CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16953|Reply: 41

[Tempatan] Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tiong King Sing digesa jelaskan ketiadaan masjid dalam montaj Tahun Melawat Malaysia 2026

[Copy link]
Post time 8-1-2025 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Tiong digesa jelaskan ketiadaan masjid dalam montaj Tahun Melawat Malaysia 2026

https://www.malaysianow.com/my/n ... lawat-malaysia-2026

MalaysiaNow
Januari 8, 2025

Ramai mempersoalkan mengapa rumah ibadat bukan Islam dipaparkan tetapi bukan masjid.



Sebuah klip video sempena pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 telah mengundang kritikan kerana tidak memaparkan masjid seperti mana rumah ibadat bukan Islam, dalam apa yang menyerupai kontroversi melibatkan Festival George Town tahun lepas.

Video berdurasi 41 saat itu dimuat naik dalam Facebook Tourism Malaysia pada 6 Januari, dan antara lain menunjukkan sebuah gereja dan kuil Hindu di samping mercu tanda lain yang meraikan kepelbagaian.

Bagaimanapun, ramai menyatakan rasa tidak puas hati kerana ia tidak menunjukkan identiti agama majoriti penduduk di Malaysia.

"Mengancam untuk menghapuskan identiti Islam negara?" soal Kamarul Ariffin dalam reaksinya.

"Ini ada idea, klip itu boleh jadi menarik lagi dengan memasukkan beberapa botol arak dan jenama seperti Jack Daniel's, Chivas atau Black Label sebagai simbol negara kita?" katanya dalam nada sindiran.

Ramai yang mengkritik klip itu berkata masjid Malaysia terkenal kerana seni bina yang cantik.

"Semoga salah satu masjid daripada 100,000 buah masjid di Malaysia akan dimasukkan ke dalam video montaj penuh nanti," kata Ikhwan Ibrahim.

Ahmad Aiman ​​melahirkan rasa terkejut kerana tiada satu pun masjid bersejarah di negara ini mendapat tempat dalam video tersebut.

"Saya rasa ini tidak wajar dan tidak sesuai agenda Malaysia Madani hari ini. Penjelasan perlu diberikan, kenapa video 41 saat tak boleh letak beberapa saat masjid?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Radzi Jidin menuntut penjelasan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tiong King Sing.

Ketika dihubungi, setiausaha akhbar kepada Tiong berkata rumah ibadat bukan Islam yang digambarkaàn dalam klip itu adalah tarikan pelancong, memberikan contoh kuil Batu Caves yang turut dipaparkan.

"Tapi ada silat," kata Ross Sia Wan Teng, sambil menambah bahawa penjelasan rasmi akan dikeluarkan.

Klip montaj itu ditayangkan semasa pelancaran rasmi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Sepang pada 6 Januari.

Kritikan yang mengiringi video itu menyerupai  kontroversi melibatkan Festival George Town 2024 anjuran kerajaan Pulau Pinang tidak lama dulu.

Video selama dua minit untuk pesta tahunan itu dikecam umat Islam dan pakar sejarah, yang mendakwa ia cuba mengenepikan warisan Melayu-Islam dalam menggambarkan kepelbagaian budaya di Pulau Pinang.

Susulan itu, penganjur menurunkan video itu, sambil menyatakan rasa kesal sekiranya klip itu "menyinggung sesetengah individu atau kumpulan".

"Sebenarnya, kesemua perancangan dan promosi George Town Festival 2024 telah mencuba sedaya upaya untuk memastikan perwakilan yang inklusif, lengkap dan seimbang, termasuk dari segi kategori program, kumpulan jantina, umur dan perwakilan etnik dalam semua program George Town Festival," kata George Town Festival.

MalaysiaNow ketika itu melaporkan bahawa daripada 24 staf penganjur dari sebuah syarikat swasta yang menguruskan festival itu, hanya seorang berketurunan Melayu.

Pakar sejarah Ahmad Murad Merican pula mengecam video itu sebagai contoh usaha menghapuskan warisan Melayu-Islam di Pulau Pinang.

"Ini adalah satu pencerobohan, penindasan budaya dan memori yang amat serius sekali," katanya kepada MalaysiaNow.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng Siti Kassim akan kata, itu kan promosi pelancungan, ramai non-moslem akan datang untuk melancung, kalau diletak semejid, nanti diorang datang semejid untuk bergambar dengan berpakaian menjolok mata, ajk semejid jugak lah yang akan bising. So lebih baik tak payah letak terus biar diorang pun tak pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 07:25 PM | Show all posts
Kita tunggu apa apek ni nk pusing
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 07:25 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-1-2025 03:37 AM

Lebih baik tak ada kerana ada unsur penghinaan agama kepada pelancong yang bukan berugama Islam ketika mereka melawat misjid di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Masjid Putrajaya n masjid negara kan destinasi wajibul ghunnah utk pelancong.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 10:10 PM | Show all posts
Edited by highcastle at 8-1-2025 10:11 PM

Dari FB Firdaus Wong..

Video Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026
Tiada imej masjid di dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 bukan sesuatu yang enteng.
Saya pernah mengendalikan pengiklanan & kreatif Tourism Malaysia maka saya tahu ianya bukan proses mudah untuk mendapat kelulusan kerana mereka akan bertanya tentang warna, susunan imej, kenapa itu & ini sebelum diluluskan untuk iklan.
Ada yang cuba mengatakan Muslim terlalu sensitif bila tiada imej masjid di dalam video promosi tetapi hakikatnya mereka yang berkata begitu yang kurang sensitif.
Saya juga tidak akan bersetuju jikalau di dalam video tersebut tidak melambangkan kemajmukkan Malaysia. Malaysia Truly Asia bukan sekadar slogan.
Agensi iklan mana yang bertanggungjawab memberikan idea dan siapakah mereka yang memberikan kelulusan? Kebiasaannya untuk video promosi Tahun Melawat Malaysia seperti ini akan dipertontonkan kepada Menteri sebelum diluluskan.
Adakah memadai ‘minta maaf’ dan move on, seperti biasa?
Tiada orang akan mengadu andai video tersebut tiada imej mana-mana ibadat tetapi rumah ibadat lain mewakili agama lain tetapi rumah ibadat penduduk majoriti ditiadakan?
Common sense tetapi saya terima hakikat bahawa common sense is no longer common.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2025 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Terrrrlupa lah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kata apa lagi
Entahlah labu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 10:56 PM | Show all posts
Demi memelihara kesucian rumah Allah untuk tidak diniagakan. Kuil Batu Caves nak jadi tourism product itu dia punya pasal.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:25 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 8-1-2025 11:47 PM

Woow .. Berani betul menteri pelancongan meniadakan dan mengecilkan masjid dan budaya MalayDesh di promosi Tahun Melawat MalayDesh tahun 2026 ..

Walapun agak mengejutkan .. tetapi sebagai pengamat dari luar negara kami sepenuhnya paham dan mengerti mengapa beliau melakukan itu ...Tampaknya beliau berpendapat bahwa  budaya melayu yang  diklaim sebagai budaya asli ternyata sebenarnya bukan sepenuhnya "original" dari MalayDesh .. tetapi hanya "hasil copy paste atau curian"  dari negara jirannya berdasrkan konsep serampan serumpun di Alam Melayu..

Tampaknya Menteri bebangsa Cina itu cukup Smart ....Bukankah lebih baik membuat  promosi Tahun Melawat MalayDesh 2026  yang X lagi berpotensi  menimbulkan konflik dan protes serta bergaduh dengan negara jiran seperti yang sudah pernah terjadi di masa lampau ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagi,jomlah beramai2 ke padang merbok!

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya menteri pelancongan..cepat2 ko mamposs.. Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah provokasi lagi. Acer try provoke la lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah kata dah dulu, menteri motac msia skrg mmg bangang, no creativity dan vision...geng sepet selalu ingat diorang boleh kerja lagi bagus, telus dan amanah dari melayu tapi hakikatnya mmg tak reti buat kerja pun....yg sepet hanat yeoh pun dah pancit burnout stress bagai walaupun prestasi sukan msia semakin merudum rudum....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 08:09 AM | Show all posts
Menteri ni bagus, bagus untuk kempen PRU bagi pihak pembangkang, macam liabiliti lah kekal dia ni, ada modal politik
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 08:14 AM | Show all posts
sedeyhhh...

desperate nak naikkkan agama lain ke ape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 08:14 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-1-2025 10:56 PM
Demi memelihara kesucian rumah Allah untuk tidak diniagakan. Kuil Batu Caves nak jadi tourism produc ...

Bila letak pun marah, tak letak pun marah. Semua benda nak trigggered.

By the way, Masjid Negara tu accept pelancong asing sudah sekian lama tanpa apa-apa promosi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Hannah Yos tersenyum bangga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Payung kuning senyap je. Tegur la sikit anak2 buah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 09:29 AM | Show all posts
knp nampak suram je..tak ceria.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.081989 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list