CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4747|Reply: 48

[Jenayah] Belanja Lebih RM4,000, Pelajar USM Mengaku Banyak Pergi Aesthetic Cafe Dan Buat Facial!

[Copy link]
Post time 8-1-2025 01:36 PM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, tular satu video memaparkan ekperimen sosial di sebuah universiti awam yang bertanya kepada para pelajar jumlah perbelanjaan untuk sebulan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Desasiswa Restu di TikTok, awalnya pelajar lelaki yang pertama memaklumkan dia berbelanja sekitar RM500 dan akan mengurangkan duit makan untuk satu hari sekiranya mempunyai perancangan berhibur.

Bagi pelajar kedua yang merupakan seorang wanita mengatakan dia berbelanja sekitar RM500 hingga RM600. Manakala pelajar ketiga memaklumkan dia menggunakan kira-kira RM300 hingga RM400 untuk perbelanjaan sebulan.

Namun berbeza dengan pelajar keempat apabila lelaki tersebut memberitahu jumlah perbelanjaannya untuk sebulan hanya RM210 dan meletakkan bajet makan sehari sekitar RM8.

Ada juga pelajar wanita memaklumkan perbelanjaannya untuk sebulan sekitar RM1,000 dan ke atas bagi makan, pakaian, barangan penjagaan diri seperti produk kecantikan dan sebagainya.

Malah pelajar itu memaklumkan dia suka melakukan aktiviti ‘cafe hunting’.

Apa yang lebih menarik perhatian, seorang lagi pelajar wanita memaklumkan berbelanja lebih daripada RM4,000 untuk sebulan.

“Saya berbelanja dekat makanan, pengangkutan, saya banyak pergi asthetic kafe. Lepas tu, saya ada pergi buat ‘facial’,” katanya dalam video tersebut.

Pendedahan wanita itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang terkejut dengan perbelanjaannya sebagai seseorang yang masih belajar.

Menyedari perkara itu, pelajar itu kemudiannya tampil di ruangan komen memaklumkan dia tersilap mendengar soalan dan memberi penjelasan.

“Saya tersilap dengar soalan kerana ia adalah soalan spontan. Saya ingatkan dia (host) tanya 1 semester jadi RM4,000 tu 1 semester tau bukan 1 bulan.

“Selain itu, wang yang saya belanjakan mengikut kehendak adalah duit saya bekerja dan kumpul sendiri. Jadi harap jangan kisah mengenai cara saya berbelanja memandangkan saya memperolehnya sendiri,” kata pelajar itu.

Walau bagaimanapun di ruangan komen, turut dapat dilihat ramai yang prihatin dengan pelajar yang berbelanja RM210 kerana merasakan ia terlalu sedikit.

Malah ada yang mendoakan dia mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi apabila sudah bekerja kelak.

Ada juga yang berpendapat perbelanjaan sekitar RM500 hingga RM1,000 adalah normal.

“RM4,000 weh. Aku dulu 2014 diploma sebulan spend RM1500 tapi beli nasi sehari sekali je. Belajar pula dekat PD masa tu memang zaman tengah murah, nasi + lauk + sayur total RM7 paling mahal.”


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2025 01:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2025 01:37 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:40 PM | Show all posts
Susah nak ckp benda2 gini
ia banyak dipengaruhi
dengan kemampuan dan background masing2
ada yang sedar diri
banyak berjimat
tau situasi
its ok
ada yang take duit berlebih2
parents pun takde isu nak supply bajet
kenapa nak susah2
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 02:09 PM | Show all posts
dulu, masa zaman dip, mmg 2 minggu sekali call mak abah, masukkan duit....bila dah tua2 gini, baru terasa bersalah...susahnye mereka cari duit utk ank dia nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 03:12 PM | Show all posts
manusia sibuk dgn perbelanjaan manusia lain ye...

biaq pi la depa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2025 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak orka kot.
Syukur la dek.
Hakak dulu masa remaja muka jerawat batu teruk. Duit takde + tak reti nak berfacial2 ni ha. Dah la sakit pulak tu, pakej kena kutuk lagi pasal muka jerawat teruk. Memang jadi low self esteem.
Dah adik ni mampu, biar la dia happy dengan cara nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
anak orka mmg la...cafe hunting, facial, baju, skincare blablabla takde mslh.
yg bermasalah anak org makpak nak mkn kat umah pun bercatu tp gigih nak mcm2.
kalau dah berduit tu wajib la jaga muka, penampilan bagai nati nak kerja pun sng org nmpk presentable (tolak tepi bab pandai sbb dah masuk uni opkos la pandai blake kan)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkara biasa utk anak2 T20...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 04:28 PM | Show all posts
pandai2 la uruskan duit dik
dulu abah selalu pesan kalau tak cukup duit bgtau
kita malas nak susahkan org tua wpun dia mampu
nak sgt jadi FOMO bdk2 zaman ni...
dah mkn manis2 tu jgn lupa buat check up
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 04:37 PM | Show all posts
Mak bapak dia berduit la kot. Celah mana nak spend sampai RM4k, kalau kau takat student jahhh... Takkan jadi anak gula2 pulak. Zaman skang tak sama zaman dulu. Dulu2 most student spend duit dekat benda2 yg perlu je, yg suka bersolek2 tu tak ramai mcm skang. Skang dari zaman sekolah rendah sampai uni, semua budak pempuan suka solek. Lelaki pon sama jugekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 04:37 PM | Show all posts
Lepas tu tulis dalam media sosial # hidop ini keras
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah makbapak dak tu berduit...apadehal 4k sebulan pun...xleh la nk samakan semua org..background lain2 kut..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
some comment didn't pass the vibe korg x bca abis ke


RiP to acik porem
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau T20 tak pe la..jgn jd sugahbebe..buat DS bagai
Seram noh jaman sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai2 le ko dik ooi. Nnt dah koroje esok2 ko tahu le mcm mana... Pemahaman pun udoh ke laut dalam isk malu ke achik yg belajo sekolah rendah ni je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 06:03 PM | Show all posts
aku jealous sbb dia mampu pergi facial
aku dulu selebet muka berminyak pergi class

budak yang rm210 sebulan tu sikit sangat duit poket
semoga rezeki family beliau dmurahkan allah
semoga beliau tak rasa envy dgn life kwn2 lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dia mampu spend 4k sebulan,kenapa kita nak kena sibuk?
Ukur baju dibadan sendiri.gitteww
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 06:09 PM | Show all posts
210 sebulan cukup ke tu
mesti mkn sekali sehari je ni
huntong la student yg parents dia byk duit
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts

  


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054051 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list