CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12879|Reply: 51

[Tempatan] Nenek Tunggu Dekat Luar Dewan MRSM, Baca Yassin Dan Berzikir Untuk Cucu Ambil SPM!

[Copy link]
Post time 8-1-2025 08:13 AM | Show all posts |Read mode


Menerusi video yang dimuat naik oleh @c_s.ihsan di TikTok, awalnya kelihatan berada di luar dewan sebuah sekolah menengah Maktab Rendah Sains Mara Lenggong, Perak.

Kelihatan pintu dewan tersebut ditutup kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang dijalankan.

Tidak lama kemudian, perakam menunjukkan satu sosok tubuh seorang wanita warga emas yang sedang duduk berdekatan dewan sambil membaca di sebuah meja.

Duduk tunggu sambil baca Yassin dan berzikir

Warga emas itu dipercayai adalah nenek kepada salah seorang pelajar yang sedang menjawab kertas peperiksaan SPM.

Nenek itu dikatakan setia menunggu cucunya diluar dewan sambil membaca Yassin dan berzikir.

“Cucu dalam dewan peperiksaan SPM, nenek menunggu di luar baca Yassin dan zikir untuk cucu,” tulis Ihsan di ruang kapsyen.

Kehilangan ibu pada Oktober tahun lalu

Melihat di ruangan komen, ada yang memaklumkan cucu kepada warga emas itu baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada Oktober 2024. Berita sedih itu turut disahkan oleh Ihsan menerusi komen balas.

Perkongsian video itu turut membuatkan segelintir daripada pengguna media sosial tersebut berasa sebak dan terkenangkan datuk serta nenek mereka.

Ada juga yang berkongsi pengalaman ibu mereka melakukan perkara yang sama dengan nenek berkenaan sewaktu mereka mengambil peperiksaan besar seperti SPM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2025 01:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2025 08:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgus nenek ni. Mcm kwn anak meols bgtaw mak dia cuti hari ni. Meols tnya sakit ke? Dia ckp mak dia cuti keje sbb nk baca yasin kat umah sempena minggu exam. Anak baru darjah 5. Hebat ikhtiar mak dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Makcik iols sorang ada mcm ni baca yaasin zikir siap puasa lagi , dia surirumah bolehla buat. Ada jgk initiative PIBG sekolah buat majlis baca yaasin zikir kat surau sek sepjg exam waktu pagi biasanya ... Ibubapa dijemput hadir.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara usaha nenek ni utk cucu dia. Aku yakin nenek ni buat sbb xnk cucu dia depress sbb hilang maka & kena pulak tempuh exam. Semoga anak ini berjaya dlm kehidupan & jd insan yg baik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2025 08:45 AM | Show all posts
alhamdulillah...inshaallah akan dijadikan ikhtibar untuk anak2 i ols
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 08:51 AM | Show all posts
bagi aku jauh lagi perjalanan yang mendatang pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah nenek atas usaha dan doa utk cucu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan nya setakat parents dan nenek calon spm. cgu² pun tunggu kat luar yasinan.. mendoakan anak murid dipermudahkan menjawab. minggu ni yg hebat sbb subjek teras.
bila kita dah usaha, kepada Allah swt je kita berserah. tk kira lah murid pandai ke kurang pandai ke, semua nya dlm doa cgu²
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya orang baca taim orang nak mati. Ini baca yasin taim orang tengah periksa spm pulak dah. Sikit lagi baca yasin malam kiraan peti undi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:08 AM | Show all posts
Bagusnya nenek ni. Orang dulu2 tak tercemar sgt pemikiran dan emosi, perkara tu penting untuk ritual doa spt ni kerana kemungkinan ada kesan positif sampai kpd penerima tu lebih besar.. apa lagi dari nenek kpd cucu..  

pd aku doa ni mcm energy juga, mcm orang marah, dari jauh kita dah terasa aura marah tu.. fizikal emosi dan fikiran kita akan adjust according pemahaman seseorang kpd suatu situasi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguih nenek doakan
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn i mak dia akan baca yassin sepanjang peperiksaan anak. Mmg kwn i cemerlang gemilang result exam dia. Selain drpd dia mmg rajin belajar la.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:03 PM | Show all posts
miamiot replied at 8-1-2025 08:32 AM
Makcik iols sorang ada mcm ni baca yaasin zikir siap puasa lagi , dia surirumah bolehla buat. Ada jg ...

ofismate iols mcm ni jugak
alhamdulillah anknya dh masuk u skrg


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:31 PM | Show all posts
mak meol pun buat gini time meol exam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 01:34 PM | Show all posts
hebat nenek ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus nenek dia. Usaha pun dah usaha pelbagai cara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak i exam biasa2 je pun.... i puasa (ganti ), pastu doa utk dia... baca yasin...  sambil pesan2 kat dia jangan gopoh2 jawab exam, tenang tarik napas..

Kita dah usaha mcm2.. bg komitmen sekolah, hantar tuition, latih tubi, teman ulangkaji, hantar kem jawab soalan... berbaik2 dgn cikgu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 02:46 PM | Show all posts
Kalau orang yang tak berapa nak pandai dibacakan yasin sedangkan yang pandai tak baca nanti hasilnya apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058508 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list