CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8417|Reply: 0

Lelaki hidup semula selepas lintas laluan berbonggol

[Copy link]
Post time 7-1-2025 07:41 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. Agensi

New Delhi: Tindakan pemandu ambulans memandu laju di laluan berbonggol, membantu 'menghidupkan' semula warga emas yang meninggal dunia.

Warga emas Pandurang Ulpe, 65, dari Kasaba-Bawada, Kolhapur barat Maharashtra, dikejarkan ke hospital swasta pada 16 Disember selepas mengalami serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayatnya dibawa ke rumahnya untuk dikebumikan dengan sebuah ambulans.

Ketika dalam perjalanan dari hospital ke rumahnya, ambulans melalui kawasan berbonggol dengan kelajuan tinggi.

Keadaan itu menurut isterinya, menggerakkan jari suaminya.

"Ketika kami membawa pulang mayatnya dari hospital, ambulans melalui kawasan berbonggol.

"Ketika itu, kami perasan ada pergerakan di jarinya," katanya dalam laporan agensi berita PTI.

Ulpe dibawa ke hospital lain untuk menjalani angioplasti.

Dua minggu selepas kejadian itu, dia dibenarkan pulang ke rumah.

Sementara itu, Ulpe berkata, dia tidak ingat apa yang berlaku kepada dirinya sebelum ini.

"Saya pulang dari berjalan-jalan dan duduk selepas menghirup teh.

"Saya berasa pening dan sesak nafas. Saya sempat ke bilik mandi dan muntah.

"Selepas itu saya tidak ingat apa yang berlaku termasuk siapa yang membawa saya ke hospital," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.034727 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list