CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32714|Reply: 1

[Kedah] 2 bot bawa 300 PATI diusir dari perairan Langkawi selepas dibantu - Maritim Malaysia

[Copy link]
Post time 4-1-2025 11:15 PM | Show all posts |Read mode
2 bot bawa 300 PATI diusir dari perairan Langkawi selepas dibantu - Maritim Malaysia

Oleh Nor Azizah Mokhtar - Januari 4, 2025 @ 9:01pm [email protected]




Laporan BH Online hari ini.





KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan dua bot membawa pendatang tanpa izin (PATI) diusir daripada perairan Langkawi di Kedah selepas berjaya dihalang berhampiran Pulau Rebak semalam.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata tindakan itu diambil selepas bantuan diberikan kepada PATI dari Myanmar yang dipercayai etnik Rohingya itu yang keletihan dan kelaparan.

Kedua-dua bot itu terlebih dahulu berjaya dikesan di kawasan dua batu nautika barat daya Pulau Rebak.

Mohd Rosli berkata, semua PATI ditemukan dalam keadaan keletihan selepas dipercayai melalui perjalanan panjang tanpa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi.





"Dianggarkan hampir 300 orang PATI berada dalam dua bot terbabit dan pihak Maritim Malaysia telah memberi bantuan termasuk bekalan makanan dan minuman air bersih.

"Seterusnya dua bot PATI Myanmar terbabit diusir keluar sehingga ke perairan sempadan negara bagi meneruskan pelayaran," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Terdahulu, BH Online melaporkan mengenai dua bot kayu yang sarat penumpang disyaki etnik Rohingya dipintas Maritim Malaysia ketika cuba menceroboh perairan Langkawi hari ini.

Ia kes kedua selepas polis menahan sekumpulan 196 etnik Rohingya di Pantai Teluk Yu, Mukim Ayer Hangat awal pagi semalam.

Mohd Rosli berkata, Maritim Malaysia bekerjasama rapat dengan pihak penguat kuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai pergerakan dua bot terbabit yang dipercayai sebahagian daripada tiga bot yang cuba mendarat di Pulau Langkawi.

Dalam pada itu, Mohd Rusli menasihatkan komuniti maritim segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi di talian 04-9662750 atau 011-58925868.

Media semalam melaporkan, Maritim Malaysia melancarkan operasi bagi mengesan saki-baki PATI dari Myanmar yang dilaporkan menuju ke Langkawi.

Mohd Rosli, dipetik berkata, operasi GUARD Bilangan 4/2025 diaktifkan susulan laporan mengatakan dua lagi bot dipercayai membawa PATI berada di laut.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344991/2-bot-bawa-300-pati-diusir-dari-perairan-langkawi-selepas-dibantu





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 11:27 PM | Show all posts
"Seterusnya dua bot PATI Myanmar terbabit diusir keluar sehingga ke perairan sempadan negara bagi meneruskan pelayaran," katanya melalui kenyataan, hari ini.
- Terima kasih Jabatan Maritim Malaysia. Terus bertegas dan sentiasa siap siaga demi kesejahteraan negara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.079852 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list