CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24861|Reply: 39

[Jenayah] Suami Dedah Buat Proses Vasektomi, Bekas Mufti Kata Haram Sebab Merosakkan Kehidupan Dan Melakukan Pembunuhan!

[Copy link]
Post time 4-1-2025 04:13 PM | Show all posts |Read mode


Cetus perdebatan di media sosial apabila seorang suami mendedahkan dirinya telah jalani proses vasektomi iaitu sejenis prosedur pembedahan untuk pemandulan bagi kaum lelaki.

Menerusi perkongsian seorang pengguna yang enggan dikenali, dia akui telah melakukan proses berkenaan kerana sudah merancang untuk tidak mempunyai anak ramai.

Suami jalani proses vasektomi

Menurutnya, sebelum ini mereka melakukan langkah perancangan keluarga dengan isterinya mengambil suntikan perancang.

Namun, prosedur itu telah membuatkan isterinya ‘merana’ selama tiga bulan

    “Kami memang rancang tak nak anak lebih dan aku tak sanggup tengok isteri merana.
    “Aku kena potong, prosedur ambil masa 30 minit ( tanpa scalpel), sehari je dah 90 peratus sembuh.
    “Kalau nak anak lagi, sperma masih ada, boleh ekstrak dan buat prosedur IUI (kaedah pemanian berhadas) atau Persenyawaan In Vitro (IVF),”kongsi individu tersebut.

Perkongsian itu walau bagaimanapun telah mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menurutnya, prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.

Beliau turut menyertakan penjelasan penuh daripada Maktabah Al Bakri yang menyatakan ia tidak dibenarkan kerana ia dianggap sebagai satu bentuk kawalan kelahiran lelaki atau pemandulan yang kekal.

    “Ini disebabkan oleh keberhasilan untuk berjaya membalikkan semula (sebelum prosedur vasektomi) adalah sangat rendah, tidak mudah dan tidak selalunya berjaya/berkesan.
    “Justeru, pemandulan kekal diharamkan oleh para ulama kerana ia melibatkan pengubahan ciptaan Allah, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan,”petik Maktabah Al Bakri.

Sekadar ringkasnya, vasektomi adalah satu bentuk kawalan kelahiran lelaki yang memotong bekalan sperma ke dalam air mani yang mempunyai risiko yang rendah. Ia dilakukan dengan memotong dan menutup tiub yang membawa sperma.

Walaupun ada kemungkinan boleh untuk mengembalikannya semula, namun vasektomi harus dianggap sebagai satu bentuk kawalan kelahiran lelaki yang kekal.

Selain itu juga, vasektomi tidak menawarkan perlindungan daripada jangkitan kelamin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2025 04:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 04:26 PM | Show all posts
Sperm masih ada or air mani masih pancut?

sperm and semen are two different things tapi sering disamakan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Haram ke aku rasa majoriti lelaki kt Malaysia ni patutnye diharamkan membiak je. Sebab reti tabur sperma tp tak reti jg anak
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 06:41 PM | Show all posts
bunuh apa pulak? masih dalam bentuk sperma...dah tu, kalau isap telan sperma tu tak kena tuduh membunuh pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang tak mengerti perbahasan hukum isle tak payah menyibuk pasal biawak dan dadah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2025 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 4-1-2025 06:41 PM
bunuh apa pulak? masih dalam bentuk sperma...dah tu, kalau isap telan sperma tu tak kena tuduh membu ...

Baca betul-betul artikel dalam pautan. Hanya ada satu perkataan "pembunuhan" tetapi itu bukanlah fokusnya, fokusnya ialah mengubah kejadian Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaman 90an dulu pun Ade ustaz ckp pil perancang,rancang anak tu Harom. Sian arwah mak ngah I beranak sampai belas2, sebab tak leh nk rancang. Zaman tgk la lagi 10thn akan dtg silap2 dibenarkan pulop. Vasektomi ni boleh reverse kan, bkn nye kakal. Sama la mcm ikat peranakan utk perempuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bila bodo bercakap tak guna otak
lagi haram tabur benih sana sini hujung2 buang anak, tak pun kawin cerai tukar bini tinggal bini tinggal anak tak reti bagi nafkah, btul cakap orang atas, haram membiak utk spesis camni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-1-2025 04:26 PM
Sperm masih ada or air mani masih pancut?

sperm and semen are two different things tapi sering disa ...

Air mani jadi cairr banjir laaaa
Kalau ada byk benih tu pekat kaler keruh mcm air campur tepung

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah nak merancang pun. Populasi sekarang dah berbilion manusia. Kalau zaman awal manusia di bumi, mana boleh nak merancang. Masa tu manusia bilangan boleh dikira dengan tangan.


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-1-2025 04:26 PM
Sperm masih ada or air mani masih pancut?

sperm and semen are two different things tapi sering disa ...

Betul la dia tu cakap kalau nak anak lagi kena extract sperm tu buat ivf.. Kalau dalam semen mmm dah tkde sperm
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lelaki je mesti tak boleh,kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 08:53 PM | Show all posts
Triple_8 replied at 4-1-2025 07:03 PM
Baca betul-betul artikel dalam pautan. Hanya ada satu perkataan "pembunuhan" tetapi itu bukanlah f ...

ya ka..baca sepintas lalu aja..


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 4-1-2025 08:20 PM
Kalau lelaki je mesti tak boleh,kan?

Sila baca artikel dalam pautan. Cari penerangan mengenai "tahdid al-nasl".

Membaca itu amalan mulia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 4-1-2025 07:10 PM
Jaman 90an dulu pun Ade ustaz ckp pil perancang,rancang anak tu Harom. Sian arwah mak ngah I beranak ...

Itu sebab orang Melayu zaman dahulu kala menganggap orang yang belajar agama itu bakal makan pasir, sampai orang takut nak hantar anak ke sekolah agama. Nah, tengoklah akibatnya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 4-1-2025 07:15 PM
bila bodo bercakap tak guna otak
lagi haram tabur benih sana sini hujung2 buang anak, tak pun kawin  ...

Halal haram ditentukan oleh Tuhan, bukan oleh ahli parlimen.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-1-2025 07:43 PM
Biarlah nak merancang pun. Populasi sekarang dah berbilion manusia. Kalau zaman awal manusia di bumi ...

Masalah perancangan keluarga dan vasektomi adalah dua masalah yang berlainan. Sila baca betul-betul artikel dalam pautan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo perempuan buat halal plk. Mcm mn tu? Biasa kalo da bersalin umo 40 lbh Dr akan syorkan perempuan buat bnd tu. Ada mcm2 cara la. Cara kekal Dan temporary
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikat tiub guane?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.193496 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list