CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31336|Reply: 143

[Jenayah] "Bangga Dapat Abang MALBATT!" - Penyondol Buat Live, Tayang Aksi Baring Atas Celah Peha Abam Askar

[Copy link]
Post time 4-1-2025 04:01 PM | Show all posts |Read mode


Tular di media sosial seorang wanita berang terhadap seorang gadis yang sanggup melakukan apa sahaja demi merampas suaminya termasuk baring atas riba suami dalam sebuah siaran langsung di TikTok.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Nurul Atiqah telah memuat naik satu pendedahan berkenaan keberanian seorang gadis yang sanggup menghancurkan rumah tangga demi merebut suaminya.

Penyondol baring atas riba suami, isteri hilang sabar

Menurut Nurul Atiqah, suaminya yang merupakan seorang anggota askar Malaysia menjadi punca utama mengapa gadis itu sanggup merampas pasangan orang lain.

Dakwa Nurul Atiqah, disebabkan kehadiran gadis itu juga, dia telah dihina oleh suami sendiri yang mengatakan wanita itu hanya menumpang hartanya.

“Bangga dapat Abang MALBATT! Cinta mati konon sampai cakap kat saya, ‘memang ramai lagi lelaki lain kak, tapi saya tak boleh tipu perasaan saya’.

“Yela, mana taknya. Suami saya senang bagi pada dia dan dia pun seronok kikis suami saya, apa dia minta semua dapat. Disebabkan kau juga la suami saya hina saya, kata saya tumpang harta dia!

“Saya tak halalkan dunia akhirat apa hak saya dan anak-anak yang suami bagi kat kau. Lantaklah suami saya cakap dia ikhlas bagi tapi saya tak reda,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Atiqah turut mendakwa wanita itu juga sanggup mencederakan dirinya hanya kerana tidak menerima perhatian yang cukup daripada suaminya.

Tidak cukup dengan itu, gadis itu juga memaksa suaminya untuk berkongsi lokasi telefon bimbitnya agar dia tahu keberadaan lelaki berkenaan setiap masa.

Pamer kemesraan, penyondol baring atas riba suami orang

“Dia cakap tak hamak kat suami saya, tapi suami saya yang tergila-gilakan dia. Amboi, tapi kau meroyan teruk! Bila suami saya abai tak bagi perhatian pada kau, sampai toreh tangan.

“Meroyan sebab kena abai dengan suami saya, nakkan perhatian. Tak cukup ke suami saya pasang aplikasi Life260 tu? Siap kau tahu suami saya dan keluarganya kemana setiap hari. Saya isteri yang sah ni pun dia tak buat gitu,” ujarnya.

Pada video tersebut, gadis itu kelihatan gembira meluangkan masa bersama suami Nurul Atiqah dan sempat bergelak tawa dengan galak bersama lelaki itu.

Pada masa yang sama, suami kepada Nurul Atiqah juga mengusap-usap pipi gadis tersebut yang sedang berbaring di pahanya.

Menerusi tinjauan ke Facebook Nurul Atiqah, masih belum ada perkembangan terbaharu mengenai kemelut tersebut namun wanita ini menempuhi ujian dengan teguh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2025 04:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2025 04:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2025 04:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 04:31 PM | Show all posts
Cari laki lain ja. Biar 2 ekor mentibang ni teruskan. Mana tau rezeki kau ada org lain nak santau 2 ekor mentibang nih.

Buat repot kat majikan si mentibang jantan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi je la kak oiii!
Siap pakej dihina laki sdr, so nak tunggu apa lg?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2025 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bf die x steam ka minah tu buat position mcm tu... Tahan plak bf die...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 4-1-2025 04:31 PM
Cari laki lain ja. Biar 2 ekor mentibang ni teruskan. Mana tau rezeki kau ada org lain nak santau 2  ...

Mentibang tu natang ape uols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye... isu semasa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta myvi ke
Mcm mana dia lipat bdn dia boleh baring ats paha laki tu. Xsakit ke belakang kena handbrake?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu viral kat fesbuk dan threads pasai minah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sungai besar muka jongos, ntah2 leluhur indon tongkang tersadai kt sabak bernam tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 4-1-2025 05:40 PM
Kereta myvi ke
Mcm mana dia lipat bdn dia boleh baring ats paha laki tu. Xsakit ke belakang kena han ...

Ala dia kisah ape asalkan dpt laki org uols. Sakit belakang tu biasa sajork kalau nk dibandingkan ngan pahit getir menjadi penyondol laki org
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tp mmg ade jenis gini kan, hamak tersangat sangat kat laki uniform
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 4-1-2025 05:40 PM
Kereta myvi ke
Mcm mana dia lipat bdn dia boleh baring ats paha laki tu. Xsakit ke belakang kena han ...

Demi cinta ku sanggup mematahkan pinggang..tersendal dengan handbrake keta..

Maaflah yer..muka awam sangat2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tgk muka laki dia tu ermmmhh tipikal muka cam org belah2 utara tp taktau la laki dia tu org mana

Tp yg kelakornya si nora simah ni mmg suka abang uniform eh
Bini org tu ada menyamar kot cuba ngorat dia kat dm ngaku sbg airforce laju je dia melayan siap ajak jumpa padahal tgh berkapel ngn laki org tu
Mesti rasa mcm cantik sgt nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 4-1-2025 07:27 PM
Dah tgk muka laki dia tu ermmmhh tipikal muka cam org belah2 utara tp taktau la laki dia tu org mana ...

Mcm tue dia gula² kan bf dia.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 4-1-2025 07:39 PM

Murahannya sis.


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak cam teluq nak kena adjust..  pakai uniform tu tgh bekerja la kan.. boleh ke p merendek
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah tah penyondol tu salah sorang acik forumer dalam ni. Mana la tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054338 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list