CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20581|Reply: 20

[Tempatan] Akhirnya selepas berpuluh tahun Imigresen tahan 17 ‘ulat parkir’ warga asing di Bukit Bintang

[Copy link]
Post time 3-1-2025 07:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-1-2025 03:17 AM



Imigresen tahan 17 ‘ulat parkir’ warga asing di Bukit BintangBernama
-30 Dec 2024, 11:58 PM
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata warga asing itu terdiri daripada 15 Myanmar dan dua Bangladesh.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti itu menyalurkan maklumat kepada imigresen untuk tindakan lanjut. (Gambar Facebook)




KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur melumpuhkan satu sindiket parkir haram yang beroperasi di sekitar Bukit Bintang dengan penahanan 17 lelaki warga asing dalam satu operasi yang dilakukan tengah hari tadi.


Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff dalam kenyataan berkata, serbuan dijalankan pada 1 tengah hari dengan disertai enam pegawai dan anggota Unit Operasi Khas Imigresen Kuala Lumpur.

Beliau berkata hasil operasi hampir sejam itu, pihaknya menahan 17 lelaki warga asing yang berumur dalam lingkungan 30-an yang dipercayai mengutip wang parkir secara haram di dua lokasi di Bukit Bintang.

Di lokasi pertama, imigresen menahan dua lelaki Bangladesh dan sembilan lelaki Myanmar, manakala di lokasi kedua seramai enam lelaki Myanmar ditahan,” katanya.

Beliau berkata operasi itu dilakukan kurang daripada 24 jam selepas pihaknya mengesan satu video berdurasi 1 minit 39 saat yang dimuat naik oleh akaun ‘SKUAD 4NTI PATI’ di Facebook, yang memaparkan beberapa warga asing menjadi ‘ulat’ parkir di lokasi serbuan.

Wan Saupee pada masa yang sama berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti sedemikian supaya dapat menyalurkan maklumat kepada imigresen untuk tindakan lanjut.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2025 07:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2025 07:28 PM | Show all posts
Kenapa mereka ni nak tunggu di viralkan dahulu baru nak buat kerja sedangkan penjaga parking haram oleh warga asing di BB tu telah beroperasi semejak belasan tahun lamanya.

Dan juga pihak polis dan DBKL kenapa tidak menempatkan pekerja mereka sentiasa mengawasi di BB dan KLCC setiap masa untuk menyaman ataupun menyitak pemilik yang meletakan kenderaan mereka di jalan bukit bintang? Apa masalahnya jika diletakan pihak berkuasa setiap masa? Mereka tu di bayar gaji. Ini nak buat kerja mesti di viralkan dahulu baru nak datang buat operasi.  Bila ada orang kata melayu malas sentap pula!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
gila..tunggu puluh tahun baru nak banteras
member siap dah bina banglo kat kg halaman hasil parkir
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa ni kutip utk diri sendiri ke or ada kepala warga mesia
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg diorg viral dlm TikTok boss deme nama usop tempang tu ke?

Immi ni kerja ke dok dlm pjbt sambil layan tt ke sampai bertahun2 x nmpk pati pay duit org?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2025 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau dah la mkn gaji rakyt yg tlg bayar, pastu mintak maklumat org awam utk tangkap pati, amenda la ko nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:02 PM | Show all posts
kat Bangi ni
ramai pati naik motor naik basikal potong rumput
bangla jadi tokeh kerja buat / reno rumah
ehhh pendek kata ramaii lah
yg heran tak ada uylak kena tangkap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 10:26 PM | Show all posts
Harap selesailah masalah ulat parkir ni. Jadi menyampah nak pergi BB nak kena hadap ulat hanat ni. Aku lebih suka kalau DBKL kenakan caj around the clock untuk road side parking ni. Rasa halal nak bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 04:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Iol masuk basement parking je. Selamat
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 3-1-2025 10:02 PM
kat Bangi ni
ramai pati naik motor naik basikal potong rumput
bangla jadi tokeh kerja buat / reno ru ...

Tu tunggu sis buat video n viralkan. KPI depa skrg ni tunggu viral je
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:53 AM | Show all posts
DBKL dah boleh buat penguatkuasa 2 shift.. siang malam ada jaga... at least untuk kl centre..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 4-1-2025 02:14 PM

Lari dari kerja 3d terus kerja kedai2 la jual carpet la jual tudung la, xde pembeli terus kerja peminta sedekah la busking nyanyi2 la jual pelam di traffic light jadi bapak ayam bertani kebun haram hidup perlu diteruskan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 02:21 PM | Show all posts
Beliau berkata operasi itu dilakukan kurang daripada 24 jam selepas pihaknya mengesan satu video berdurasi 1 minit 39 saat yang dimuat naik oleh akaun ‘SKUAD 4NTI PATI’ di Facebook, yang memaparkan beberapa warga asing menjadi ‘ulat’ parkir di lokasi serbuan.

- Di you tube / tiktok / lain-lain social media ada banyak video pasal masalah warga asing. Lokasi pun mesti diorang disclosed sekali. Ada ambil tindakan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pihak berkuasa ni kena org ramai dulu ke yg tlg buat kerja basmi hal2 sebegini baru nak jlnkan tugas? Bab gaji nak tak perlu lak org paksa ambil baru nak ambil kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
patutnya jabatan2 kerajaan ni kena penalti setiap kali ada isu yg viral. Ketua Pengarah dan pengarah2 ditolak markah sejajar kegagalan monitor kawasan dan anak buah. Biar markah rendah , gaji tak naik2 , tak boleh naik pangkat dan gred. Barulah depa kecut perut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 03:17 PM | Show all posts
Kalau dibiarkan nanti berjangkit jadi macam indon… mana2 parking semua kena collect
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 03:31 PM | Show all posts
tahanie replied at 4-1-2025 04:52 AM
Iol masuk basement parking je. Selamat

Kekadang kita drop by nak beli kebab take away je, rasa tak berbaloi nak pusing2 masuk parking.

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello haritu iols kena ulat parkir kt BB tapi org kita hurkeh. Iols hulur rm3 x mau tp mintak rm10. Geram betul iols. Takut dia rosakkan kete ke pancitkan tayar plak kalo xbg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2025 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-1-2025 11:31 PM
Kekadang kita drop by nak beli kebab take away je, rasa tak berbaloi nak pusing2 masuk parking.

...

Masuk parking di hotel grand millennium tu. Saya Jika pergi bukit bintang memang parking di hotel tu, tapi di waktu itu masih lagi regents hotel
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.050513 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list