CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8464|Reply: 24

Faisal Halim ada bakat jadi jurulatih

[Copy link]
Post time 2-1-2025 12:14 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Selain bergelar pemain, Faisal Halim sebenarnya turut memiliki bakat terpendam sebagai seorang jurulatih.


Pemain sayap Selangor berusia 27 tahun itu dilihat memainkan peranan sebagai jurulatih pasukan Akademi Bolasepak DNA Faisal Halim.


Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengorbankan waktu rehat liga turut menjadi jurulatih pasukan akedemi itu yang menyertai Kejohanan Bolasepak Permatang Pauh Madani Bawah 12 Tahun, hari ini.


Kejohanan anjuran Akademi Bolasepak DNA Faisal Halim dan Skuad Bolasepak Rembat Dadah yang berlangsung di Mengkuang Titi, Penanti itu menarik penyertaan secara keseluruhan 18 pasukan termasuk dari Pulau Pinang dan Kedah.


Berdasarkan video yang tersebar di media sosial, Faisal dilihat beraksi penuh bersemangat sebagai jurulatih dengan memberi arahan kepada pasukannya dari tepi padang.


Menerusi laporan dalam BH Sukan, hari ini, Faisal menjelaskan arena bola sepak negara memerlukan lebih banyak kejohanan sebagai pendedahan untuk pemain pelapis.


"Ini tahun kedua kita melaksanakan pertandingan peringkat bawah 12 tahun dan saya berharap kita dapat mencungkil lebih ramai bakat baharu.


"Ini pengalaman pertama saya membawa pasukan dan melatih sendiri adik-adik yang baru nak faham bola sepak, bukan mudah tetapi mereka teruja selepas hampir seminggu menjalani latihan sampai tak nak cuti," katanya.


Sumber – BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2025 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya tgk muka dia skrg..
Semoga pihak yg bertanggungjawab mendapat balasan yg setimpal..aminn ya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah baru tgk ni kesan kat muka dia ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 06:10 PM | Show all posts
sampai sekarang takde tangkapan.
no suspect.

negara badut sarkis.
corrupt to core.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton: sampai sekarang takde tangkapa ...


Kesian betul, org tue cuma main bola jer kot.
Dari zaman bola dulu yg baik tgh hot kes bookie pun takde la smp simbah asid nie.

Pelik betul bola zaman skrg, makin lama makin byk kelab yg lingkup.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Siyan lahai player berbakat besar mcm ni
Aku doa semoga pelaku & tukang suruh buat tu hari2 tido mimpi ngeri tanpa henti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2025 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk faisal halim dan keluarga. Jangan putus berdoa. “doa orang teraniaya, waima bukan islam tiada hijabnya” lambat atau cepat je Allah balas pada siapa y terlibat.

Lemah betul undang2 Malaysia. Dah ade rakaman y viral kan haritu? Rupanya masih x dapat nak jejak apa2 maklumat
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku berharap Faisal ni pandai dalam mengharungi hala tuju.
Muda lagi dah setup akademi bola utk anak², hat ni aku tabik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2025 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Roquoingjya ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 2-1-2025 12:39 PM
Kesiannya tgk muka dia skrg..
Semoga pihak yg bertanggungjawab mendapat balasan yg setimpal..aminn y ...

Keloid scar kat muka tuu kesan dari simbahan asid @ lepas treatment? Aii ada 2 tp dekat badan laa  dari luka jatuh masa kecik dekat basah bahu kiri & 1lg kesan chicken pix dekat tgh dada. Doc kalau check up biasa ingat aii ada masalah jantung sbb luka tu mcm luka operation doc kata
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:06 AM | Show all posts
sian dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga sihat semula tanpa ada kemudaratan lain... mmg kalia#ak pada pelaku.. semoga xcdent kiok langgar lori najis pada pelaku
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:33 AM | Show all posts
moga apa saja yang dilakukan dipermudahkan untuk dia. maybe takde rezeki untuk dia dalam nak meneruskan minat dia tapi moga digantikan dengan lebih baik dari tu.

tengok dia teringat tiap kali dia sumbat gol meriah 1 stadium dengan siu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:35 AM | Show all posts
hari Jumaat yg Mulia ni..
aku doakan si pelaku, si perancang simbah Faisal Halim akan ditimpa balasan dunia dan akhirat..semoga hidup mereka tidak akan tenang seluruh keturunan mereka..
Kepada Faisal Halim...aku doakan kamu terus diberikan kekuatan, kesihatan dan terus bermain bolasepak demi negara.
lahirkan sebanyak2nya bakat anak2 DNA Malaysia...
cukup2 la naturalisasi la, warisan la..apa la...
kipidap FH
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:05 AM | Show all posts
Kes dia ni ramai yg ckp si polan tu kan yg mastermind. Tunggu la kena sambar petir pastu mati pelan2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya awak dik. Semoga si pelaku mendapat balasan setimpal di dunia lagi. Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 2-1-2025 06:10 PM
sampai sekarang takde tangkapan.
no suspect.


Kalau dah berkait payung2 ni memang tak ke mana laaa..undang2 hanya untuk marhaen hamba sahaya saja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 06:19 PM | Show all posts
Prickford replied at 3-1-2025 09:05 AM
Kes dia ni ramai yg ckp si polan tu kan yg mastermind. Tunggu la kena sambar petir pastu mati pelan2 ...

Ramai tu siapa? setakat geng2 baling batu simpan tangan fokus mengumpat kat gossip cukuplah. Jenis percaya babi boleh terbang.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah masih ada ruang utk dia teruskan kerjaya yg dia minat sampai bila2
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus Faisal ni tgk dia latih budak budak, sgt kuat dan kental sampai boleh bangun balik, kerja move on. Semoga siapa yy menganiayai dia ni dapt balasan setimpal, aminn
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.595327 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list