CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36909|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mercedes-Benz terbakar: Polis kesan saksi, CCTV

[Copy link]
Post time 31-12-2024 12:41 AM | Show all posts |Read mode
Mercedes-Benz terbakar: Polis kesan saksi, CCTV

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kereta Mercedes-Benz C200 di Kilometer 18 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS). FOTO Ihsan JBPM. ​





Bayan Lepas: Polis sedang mengesan saksi kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian kebakaran yang membabitkan kereta Mercedes-Benz C200 di Kilometer 18.0 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS), hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Peraturan 94 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 94 LN 170/59).

"Hasil siasatan mendapati kereta itu terlanggar baterilori di lorong kanan Lebuh Raya Utara Selatan sebelum persimpangan keluar JSAHMS.

"Lelaki itu meneruskan pemanduan sebelum kereta mengeluarkan asap dan terbakar di JSAHMS," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sazalee berkata, kereta itu terbakar secara keseluruhan namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian.

"Pemandu lelaki berusia 23 tahun dan penumpangnya berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kebakaran kereta berkenaan menyebabkan aliran trafik sesak lebih lima kilometer di JSAHMS.

Kenderaan itu dipercayai terlanggar bateri kereta yang ditinggalkan di tepi jalan sebelum terbabas dan terbakar.



Disiarkan pada: Disember 30, 2024 @ 8:45pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1171196/mercedes-benz-terbakar-polis-kesan-saksi-cctv




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.727994 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list