CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11308|Reply: 0

Ribuan penerbangan ditunda di seluruh AS, seorang maut akibat cuaca buruk

[Copy link]
Post time 30-12-2024 06:46 AM | Show all posts |Read mode

Puting beliung kelihatan melintas sebuah padang di Katy, Texas, Amerika Syarikat (AS) dalam gambar tangkap layar dari media sosial. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Ribuan penerbangan di seluruh Amerika Syarikat (AS) terpaksa ditunda atau dibatalkan susulan cuaca buruk akibat puting beliung, angin kencang serta salji tebal di pantai barat negara itu semalam, sekali gus menjejaskan musim percutian di AS.

Menurut laman penjejakan penerbangan FlightAware, lebih 7,000 penerbangan di AS tertunda, manakala lebih 200 penerbangan dibatalkan, semalam.

Katanya, kira-kira satu pertiga daripada penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson di Atlanta mengalami kelewatan.

Hampir separuh penerbangan dari Lapangan Terbang Dallas/Fort Worth dan Lapangan Terbang George Bush Intercontinental di Houston turut ditunda.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan dan pihak berkuasa tempatan, sekurang-kurangnya 10 ribut puting beliung atau 'tornado' melanda negeri-negeri tenggara AS seperti Texas, Louisiana dan Mississippi pada semalam, menyebabkan seorang maut di Houston.

Penganalisis daripada Pusat Ramalan Ribut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Aaron Gleason, berkata jumlah berkenaan mungkin akan meningkat.

Pejabat Syerif Brazoria County pula berkata, dilaporkan seorang maut dan empat cedera di Brazoria County, Texas.

Pihak berkuasa melaporkan banyak rumah dan sekolah rosak teruk atau musnah. Imej di media sosial menunjukkan runtuhan rumah berselarakan, pokok-pokok patah serta tiang elektrik tumbang di jalan dan halaman rumah.

Berdasarkan ramalan cuaca, angin kencang sehingga 241 kilometer sejam (km/j) di kawasan tinggi Lembangan Tahoe di California dan 80km/j di kawasan rendah melanda wilayah itu hujung minggu ini, berserta hujan lebat dari San Francisco hingga Portland, Oregon.

Dijangka, antara 0.1 hingga 0.15 meter hujan akan diterima sebelum malam tahun baharu dan salji sehingga 1.8 meter di Tasik Tahoe.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memberi amaran bahawa angin kencang boleh menyebabkan pokok dan tiang elektrik tumbang serta gangguan bekalan elektrik yang meluas mungkin berlaku. - REUTERS

Disember 29, 2024

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.447364 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list