CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36540|Reply: 21

[Tempatan] Mat Sabu ajak orang ramai ternak ikan secara kecil-kecilan

[Copy link]
Post time 24-12-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Mat Sabu ajak orang ramai ternak ikan secara kecil-kecilan

https://www.sinarharian.com.my/a ... ecara-kecil-kecilan

QURRATUL AINA QUDDUS24 Disember 2024


Mohamad (dua dari kiri) menunjukkan ternakan ikan gourami di kediamannya.

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengajak orang ramai yang meminati bidang perikanan untuk cuba menternak ikan secara kecil-kecilan di rumah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, aktiviti tersebut bukan sahaja mampu menyediakan sumber makanan segar untuk keluarga malah ia menjimatkan dari segi kos perbelanjaan harian.



“Ikan gourami (ikan kaloi) ini bang Mat ternak di halaman rumah dan kebetulan hari ini (Isnin) tiba masa untuk dituai.

“Hidangan yang disajikan merupakan masakan kampung orang Utara.

“Apa yang lebih istimewa, rasa ikan gourami ini memang sedap!” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.


Mohamad ambil peluang mempelawa Anvar (kiri) ke kediamannya bagi menikmati sajian ikan kaloi yang diternak sendiri.

Beliau berkata demikian susulan selesai pertemuan dengan Duta Besar Republik Kyrgyzstan ke Malaysia, Anvar Anarbaev di Wisma Tani.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu memaklumkan beliau mengambil peluang untuk mempelawa Anvar Anarbaev ke rumahnya.

“Sajian istimewa yang menanti adalah nasi bersama ikan kaloi,” katanya.


Sajian istimewa yang dihidangkan kepada Duta Besar Republik Kyrgyzstan ke Malaysia, Anvar Anarbaev.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ikan apa? xmkn ikan..xtau la nape bila nk mkn ikan terus muntah
tp beli ikan selalu jgk utk kucing..sampai dia lupa diri xnk kibble dah..hmm kn je..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 04:46 PM | Show all posts
ramai duduk flat abang mat, ternak kat bawah rumah, hilang kena amik dengan bangla nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternak tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 06:22 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 24-12-2024 06:24 PM

amik positif, belajar skill baru.
esok korang jugak yg nangis takde makanan.
bila sampai masa, kedai dan mall takde makanan,
kedai2 kena tutup, lockdown

try hydroponics & aquaponics,
for starter.



Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sarankan kerajaan bersihkan, pulihara dan upgrade sungai-sungai, kolam takungan banjir, kawasan tasik dan sebagai nya supaya ikan atau sumber air tawar/air masin boleh hidup. Idea ni lg praktikal berbanding suruh  rakyat ternak kat rumah sebab kawasan yang terhad cuma tu lah, sebab pemimpin pujaan yang lontarkan idea tak berkutik masing-masing ye.kalau zaman kerajaan BN dulu mesti meriah thread ni dgn troll badut-badut PH/PAS. Mana la agaknya korang ye? dah mati kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2024 08:50 PM | Show all posts
nak ternak ikan keli dalam tong.kementerian pertanian blh bagi benih ok jg
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 24-12-2024 08:52 PM

Eh!...ramai jer la orng dh bela 'anak ikan'...abe mat jer yg ketinggalan....sb asyik bela 'anak' bangla,rohingya,indon,pakis dll...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 24-12-2024 09:16 PM

Mula2 hidroponik diperkenalkn early 90's en. Somi dh tanam kangkung,sawi putih,fatt choy.. iols geli nk mkn sbb tnm atas air .. ini kn pulak ikn belaaa lambat lg iols blh telannn.ikn siakap kat psr pon iols x leh telan tpikir ntah2 yg bela/pancing kolam punya.. rasa hanyir.. x msuk tekak ikn sg/darat ni bau tanah!udg bela pon iols x mkn rasa berlendir je.. pastu bila msk rasa benyek.. klu udg kertas tu dia kenyal!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 24-12-2024 04:32 PM
ikan apa? xmkn ikan..xtau la nape bila nk mkn ikan terus muntah
tp beli ikan selalu jgk utk kuc ...

Dulu aku x makan ikan gak, menu harian aku ayam jer
Pas aku duduk sabah dan kawen, mcm menu aku ikan tu dah jdi rutin, smpai lauk aku ikan goreng, sambal kosong dgn sayur jer
Jika x masak, beli ikan bakar style sabah, beli sambal lada cicah kicap, bertambah nasi tpi aku mkn ikan jenis kt semenanjung cecah rm20+ sekilo dan jrg org jual
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 09:56 PM | Show all posts
Tiba-tiba teringat video ni.Video legend di zaman 3gp..


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini idea terpaling unggul dari mat sabu

Tak sia2 25 tahun tunggu team ini jadi pemerintah negara..

Kenapa ler najib tak pernah terfikir begini
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 24-12-2024 08:50 PM
Eh!...ramai jer la orng dh bela 'anak ikan'...abe mat jer yg ketinggalan....sb asyik bela 'anak' ban ...

Ni betul...bela anak2 pelarian, pendatang tanpa izin...siap dibagi IC. Ni Bangladesh dah stop ambil pelarian Rohingya...bepusu2 nak masuk Malaysia.

Untuk tak OT. Mat Sabun, bukan kami taknak ternak ikan micro scale ni. Tak berbaloi. Kalau pakai integrated aquaponics, kat bandar ni bil air dengan elektrik sepanjang bela ikan lagi mahal dari beli ikan cencaru Bangladesh. Dia ingat ikan ni cycle hidup macam lalat kot, 7 hari je dah dewasa lol
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanam2 dan bela2 x payah berkos la x payah jaga x payah baja x payah bersusah payah contohnya tanam ubi keledek keladi kat ofis rumah sungai dan tepi jalan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 24-12-2024 09:17 PM
Dulu aku x makan ikan gak, menu harian aku ayam jer
Pas aku duduk sabah dan kawen, mcm menu aku ik ...

sana seafood murah kan ...
nth la xleh ni telan ikan..tp i keluar lunch ngn kwn ofis..dia mesti letak ikan dlm oinggan i sikit..i tahan ie la sat tkt dia kecik hati

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 24-12-2024 08:50 PM
Eh!...ramai jer la orng dh bela 'anak ikan'...abe mat jer yg ketinggalan....sb asyik bela 'anak' ban ...

Hahahh .....suh mat sabun bela ikn kembung dlm akuarium
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2024 04:03 PM | Show all posts
Baru sahaja melawat rumah sedara, di luar ada kolam ikan ku sangka koi rupanya talapia. Masuk rumah terus dihidang versi yang dah siap goreng. Besar2 gedabak lebih besar dari siakap kedai tom yam.

Bukti ia boleh dibuat but not for everybody lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 04:07 PM | Show all posts
edayildiz replied at 24-12-2024 04:32 PM
ikan apa? xmkn ikan..xtau la nape bila nk mkn ikan terus muntah
tp beli ikan selalu jgk utk kuc ...

Ikan ini binatang pengotor, semua benda dia sebat. Boleh teruskan boikot ikan

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 04:11 PM | Show all posts
adm7 replied at 24-12-2024 08:22 PM
Aku sarankan kerajaan bersihkan, pulihara dan upgrade sungai-sungai, kolam takungan banjir, kawasan  ...

Tasik Putrajaya dan The Mines tu ada ja ikan2 sampai terlebih obesity tapi tak dikasi pulak orang nak mancing.

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-12-2024 04:11 PM
Tasik Putrajaya dan The Mines tu ada ja ikan2 sampai terlebih obesity tapi tak dikasi pulak orang  ...

Tasik putrajaya boleh mancing..tapi kena bayar...tapi aku rasa ramai yang tak bayar kot sebab tasik tu luas. Tak larat penguatkuasa nak pantau.

Tasik mines tu tanah persendirian terpulang pada tuan tanah untuk buka kepada orang.

Banyak je kolam, tasik, sungai milik kerajaan yang boleh dimanfaatkan..rezab-rezab jalan tepi sungai pun tu boleh jugak dinaiktaraf tempat beriadah, jogging atau kayuh basikal. Kerajaan patut ambik balik tanah-tanah rezab dan robohkan semua bangunan/struktur haram esp kedai dan kuil haram tepi-tepi sungai tu. Open untuk orang beriadah dengan family. Kita perlu lebih banyak kawasan hijau dari buat byk projek kediaman/shopping mall
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.059720 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list