View: 4500|Reply: 23
|
[Tempatan]
Doa 3 dekad termakbul
[Copy link]
|
|
Doa 3 dekad termakbul
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... a-3-dekad-termakbul
Redzuan Muharam
[email protected]
Disiarkan pada: Disember 24, 2024 @ 12:00pm
MOHD Daud Leong mengucup tangan ibunya, Lee Bee Har.
Shah Alam: Selepas hampir tiga dekad menanti, tanggal 20 Disember lalu menjadi detik paling menggembirakan buat Datuk Mohd Daud Leong Abdullah apabila ibunya, Lee Bee Har memeluk Islam pada usia 101 tahun.
Lebih manis lagi apabila Mohd Daud Leong, 59, sendiri menyaksikan ibunya mengucap dua kalimah syahadah dengan bantuan pendakwah bebas, Firdaus Wong yang juga Presiden Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa (MRM).
Mohd Daud Leong berkata, dia dan keluarga adalah insan yang paling gembira dengan penghijrahan ibunya kerana sudah lama berdoa semoga diberi peluang melihat detik itu.
"Sebelum ini, emak sudah bersedia dan saya cuba bantu mengislamkannya, namun dia tak dapat sebut lafaz syahadah dengan betul waktu itu.
"Mungkin belum sampai masanya (memeluk Islam) ketika itu dan Jumaat lalu, ustaz (Firdaus Wong) datang rumah untuk bantu.
"Ustaz kata dia akan cuba bantu kerana semuanya dengan izin Allah SWT. Alhamdulillah, waktu lafaz syahadah, sebutan emak sangat lancar dan selepas sah memeluk Islam, saya terus peluk juga menciumnya kerana itu saat yang saya tunggu sejak sekian lama," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Mohd Daud Leong, bukan mudah memujuk ibunya menerima ajaran Islam, bagaimanapun beliau tidak berputus asa dan cuba untuk menarik minat ibunya terhadap Islam dengan menunjukkan teladan yang baik.
"Sebenarnya, sejak memeluk Islam lebih 28 tahun lalu lagi saya sudah cuba tarik emak ikut sama namun awalnya memang susah nak sampaikan ajaran Islam kepadanya malah nampak dia berat nak dengar setiap kali saya mahu buka cerita.
"Tak mudah kerana emak insan yang melahirkan saya dan dulu pun dia ada persepsi bila masuk Islam jadi Melayu sedangkan hanya pegangan agama saja berubah bukannya keturunan.
"Tapi saya cuba ikut apa yang ustaz ajar iaitu tunjuk menerusi perbuatan dengan menjadi seorang anak yang lebih penyayang, ambil berat dan taat hingga emak nampak perubahan itu. Lama-kelamaan, emak jadi lembut hati nak terima dakwah cuba saya sampaikan dan nampak minatnya mendalami Islam sejak empat tahun lalu," katanya.
Sebagai anak, Mohd Daud Leong yang juga seorang peguam tidak akan lepas tangan sebaliknya mahu terus membimbing ibunya untuk mempelajari ajaran Islam.
"Emak nampak seronok sangat selepas peluk Islam sehingga waktu tidur pun dia tersenyum.
"Nampak jelas kegembiraannya kerana kami pun duduk serumah dan selain bimbing emak, saya merancang juga untuk membawanya mengerjakan umrah di Tanah Suci nanti.
"Semoga impian itu menjadi kenyataan dan saya pun berdoa dapat masuk ke dalam syurga dengan emak serta berjumpa dengannya di sana nanti," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Tak mudah kerana emak insan yang melahirkan saya dan dulu pun dia ada persepsi bila masuk Islam jadi Melayu sedangkan hanya pegangan agama saja berubah bukannya keturunan.
shady
|
|
|
|
|
|
|
|
Untung dh hjg2 usia masuk Islam x byk dosa..alhamdulillah subhanallah ..kita yg dr kecik Islam ni pon msh mencari sinar di hjg2 waktu ..msh lagho dan melakukan dosa! |
|
|
|
|
|
|
|
Weh i undi dia weh for dun dengkil parti bebas tahun lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
tiber teringat kt kad bank hong leong i..
btw untung la...xde dosa..mcm kain putih je maknya skrg..
alhamdulilah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Awal tengok gambar mmg manis bersih wajah nenek ni
Syukur alhamdulillah diberi hidayah
Moga nenek diberi ketenangan jiwa dan kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah kebesaran Allah swt memberikan taufik hidayahNya kpd sekalian ummatnya yg terpilih. Para mualaf itu mereka mendapat augerah istimewa, Allah memberi rahmat dn hidayahNya dn mereka menjadi mualaf penuh makna serta mengamalkannya. Kalaupun ada antara mereka yg tidak menjadi muslim yg baik dn cantik, ttpi masih ramai lagi yg masyarakat muslim boleh berbangga dgn mereka.
Just to mention, saya salute kpd Ustad Farid Ravi yg begitu menjiwai Islam walaupun Ustaz dilahirkan dari keluarga India. Dan saya sangat kagum dgn beliau yg dpt dijadikan tempat rujuk ttng hukum-hakam Islam dan ilmu AQ: tajwidnya, taranum dn tafsiran AQ itu sendiri. Syabas Ustaz Ravi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingtkn lim guan eng tgk dr tepi |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 24-12-2024 11:58 PM
Itulah kebesaran Allah swt memberikan taufik hidayahNya kpd sekalian ummatnya yg terpilih. Para mu ...
Betul tu,mereka lg kuat Islamnya, lg mendalami dr kita2 ni.. btl2 fokus dan kecintaan derang pd agama sgt tinggi.sbb kaum india tu mmg kuat beragama.. tgk derang jln kaki x pakai kasut dr kuil kt area tun hs lee/ area2 pudu sana.. sampai ke batu caves jauh tu jln kaki x pakai kasut! Aku yg tinggal kasut kat pantai nk naik speed boat..pastu boat tu bwk balik landing tempat lain.. bebel2 aku bising jln kaki tgh pns x pakai kasut..hi hi |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah kepada keduanya. Itulah sebabnya kita tak patut senang2 mengata orang itu ini kapir masuk neraka dsb sebab pengakhiran setiap org tidak kita ketahui. Entah2 pada hujung hayat diberikan hidayah jauh lebih baik dari yang mencerca. |
|
|
|
|
|
|
|
sebak pula rasa
mesti anak dia sangat2 gembira dan lega
sebab insyaallah akan dapat bersama sama ibu dia di Syurga |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 24-12-2024 07:14 AM
shady
Cina memang hada fikiran gini. Meols pernah ajar budak Form 2 kat Johor yang tak mau cakap BM sebab dia hada persepsi if I speak BM, I become Malay.
Bodoh je ajaran orang tua camtu. Sebab tu Cina klas blakang bodoh BM. Yang klas depan2 ni at least hado la effort nak cakap BM terutama yang sekolah SMK. |
|
|
|
|
|
|
|
Non muslim yang mati sempat ngucaplagi beruntung dari kita yang lahir lahir dah muslim.
kita yang muslim ni salah hb Dajjal & sakaratul maut
tak pasti lepas atau tidak
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul ka umur 101 tu atau estimate ja? Sebegitu lama nak menunggu dia berjaya mengucap dgn betul macam mana yang lain2, solat? |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 24-12-2024 03:14 PM
shady
Takut betul cina untuk jadi Melayu macam takutnya whites untuk jadi coloured walau pun mereka pendatang. Sebab di mana2 mereka pergi mereka nampak inferior culture. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 24-12-2024 11:41 PM
Weh i undi dia weh for dun dengkil parti bebas tahun lepas.
Undi tu kan rahsia....
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 25-12-2024 01:53 PM
Undi tu kan rahsia....
Hehe rasa i mmg bgtau time tu x de yg elok tu i pilih dia tengok manifesto dgn juga multicultural party ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|