CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29896|Reply: 5

Nak masuk 2025, kes cerai Farid-Diana belum selesai

[Copy link]
Post time 23-12-2024 11:13 PM | Show all posts |Read mode






Berbaki  seminggu sahaja lagi sebelum menjengah tahun 2025. Namun, drama rumah tangga pasangan pelakon  sensasi, Farid Kamil, 43, dan Diana Danielle, 33,  masih belum berakhir.


Awal minggu ini mereka kembali ke mahkamah bagi mencari jalan penyelesaian kes penceraian yang belum bertemu titik noktah.


Jika selebriti lain boleh menarik nafas lega kerana sudah bebas kemelut perkahwinan yang mencengkam jiwa tetapi tidak bagi Diana yang masih dibelenggu permasalahan rumah tangga tidak berkesudahan.


Diana ingin bebas diulit derita, Farid pula masih mahu mepertahankan mahligai yang retak menanti belah. Persoalannya sampai bila?


Menurut Diana, peluang kedua yang diberikan kepada Farid dengan harapan mahligai yang dibina sejak 2012 itu kembali menemui sinar bahagia akhirnya dipersia-siakan sehingga dia kembali terkapai-kapai dalam kegelapan.


“Bila kami kembali rujuk selama setahun, bukankah itu satu peluang untuk kami berdamai dan memperbaiki keadaan, tetapi dia (Farid) gagal untuk berbuat demikian.


“Tindakan dia melambat-lambatkan proses perceraian sangat memualkan. Dia tidak berpijak di bumi nyata. Perkahwinan ini sudah tidak boleh diselamatkan.


“Saya telah bulat hati untuk teruskan perceraian ini tidak kisah berapa lama masa yang diambil,” katanya.


Penulis pasti, bukan sahaja Diana berasa mual, ramai pengikutnya turut berasakan perkara serupa terhadap kisah kisah rumah tangga pasangan itu yang menjadi ‘hidangan’ sejak 2023.


Bagaimanapun, perkara itu mungkin tidak dirasai Farid kerana dia percaya bahawa Diana masih menyayanginya.


“Perkahwinan kami dirahmati. Saya akan teruskan perkahwinan ini walau apa sahaja dugaan yang melanda.


“Perasaan sayang dan kasih Diana terhadap saya, orang lain tak boleh rasa. Hanya saya yang rasa. Kasih sayang itu masih kuat dan masih berlangsung,” katanya yang nekad tidak melepaskan Diana.


Melihat dua pendirian berbeza pasangan itu, pelbagai andaian boleh ditebak netizen.


Ada yang beranggapan Farid seakan berhalusinasi dan bermimpi di siang hari sedangkan Diana sudah tidak sudi lagi untuk hidup bersama.


Itu apa kata netizen. Hakikatnya orang luar tidak punya hak untuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain. Namun, apabila perceraian melibatkan golongan selebriti, sudah tentu banyak mata yang memandang dan lidah berkata-kata.


Pergelutan mencari masa hadapan dan kehidupan baharu ini pasti akan bertemu pengakhirannya juga. Cuma waktunya entah bila akan tiba.


Bak kata Diana, proses yang berlarutan ini hanya akan membuang masa dan tenaga semua pihak terlibat. Paling terkesan pastinya anak-anak yang kian membesar.


Hakikatnya apa yang sedang dilalui Diana dan Farid  ibarat Deja Vu kerana mereka pernah lalui proses yang sama pada tahun lalu. Justeru, kenapa tidak jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran bagi memudahkan proses mencari jalan penyelesaian?


Semoga tirai 2025 yang bakal menjelang tidak lama lagi dapat dibuka dengan lembaran baharu yang lebih damai dan bahagia buat Diana, Farid dan kita semua.  


Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
DD is Ina Naim versi putih sikit je. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
lol. Drama sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
2 komen jer....mana achik keladi yg puji2 sangat si FK ni...effort tu effort....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 02:59 PM | Show all posts
bORING AIH DUA KETOI NI
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat drama betul dua2 eko ni...elok2 dulu dah cerai ko terima balik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.033227 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list