CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33436|Reply: 9

[Tempatan] Calon SPM miliki video pornografi dihantar ke Henry Gurney

[Copy link]
Post time 23-12-2024 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Calon SPM miliki video pornografi dihantar ke Henry Gurney

https://www.bharian.com.my/berit ... tar-ke-henry-gurney

Oleh Alias Abd Rani - Disember 23, 2024 @ 6:13pm
[email protected]


- Foto hiasan mahkamah

BATU PAHAT: Seorang pelajar yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan didakwa dengan 63 pertuduhan memiliki video pornografi juniornya diarah dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka selama tiga tahun.

Majistret Suhaila Shafi'uddin memerintahkan demikian kerana tertuduh yang berusia 17 tahun adalah juvana selain mengarahkan ibu bapa pelajar itu melawatnya sebulan sekali.

Majistret turut mengarahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun serta melapor diri di balai polis berhampiran sebaik menjalani perintah di sekolah itu.

"Bertaubatlah, jadikan hukuman ini untuk kamu bermuhasabah diri," kata Suhaila sebelum mengeluarkan perintah ke sekolah berkenaan.

Keputusan itu berkuat kuasa hari ini mengikut Seksyen 91 (1) (f) Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan tertuduh dikategorikan pesalah juvana.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-62, dia didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap tujuh pelajar junior lelaki dengan meminta mangsa menunjukkan tubuh supaya dilihat oleh tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan di beberapa lokasi berasingan antaranya tandas surau dan sekolah serta rumah mangsa dalam daerah ini, Kluang dan Tangkak.

Semua kejadian itu berlaku antara jam 10 pagi hingga 11 malam, bermula Disember 2023 hingga hujung bulan lalu membabitkan mangsa berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (a) (ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSKK) 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-dua, bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Bagi pertuduhan ke-63, dia didakwa memiliki video pornografi kanak-kanak dalam komputer riba di sebuah rumah pada jam 2.30 pagi, 11 November lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 AKKSTKK dan boleh dipenjara selama lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan laporan dibuat, tertuduh meminta mangsa melakukan aksi tidak senonoh serta memintanya merakam.

Selepas selesai melakukan aksi itu, semua mangsa diminta menyerahkan rakaman video terbabit kepada mangsa.

Kejadian itu berlaku beberapa kali malah ada pelajar diminta membuat aksi itu sehingga 12 kali.

Mangsa juga diminta oleh tertuduh mengulangi perkara sama, serta diugut untuk disebarkan video atau menyerahkan wang jika enggan menuruti arahannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Razak Sharif.

Terdahulu, Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Batu Pahat, Silanoraismawati Mhd Zain dalam pembentangan laporan akhlak mencadangkan agar tertuduh ditempatkan di sekolah sama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dahsyat jugak..memula baca tajuk ingatkan download bideo dari internet je..tringat budak pandai yg kena tangkap kat UK..tapi dah balik malaysia dgr citernya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah kena tazerkan kot kepala otak dia ni...dont think kena tahan berapa lama pun ke dlm tu keluar dia ok...ni sejenis ketagihan dah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 09:04 PM | Show all posts
cam rasanya yg wat mende2 ni pernah mengalami situasi yg sama oleh abuser terdahulu dan ianya cm jadi mende yg sama dilakukan terhadap junior2 dan apa yg menakutkan nanti ianya akan jadi berulang2 pula...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
makin rosak la sekolah situ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan memiliki video porn yg kat internet tu baru nak komen dahsyat gak law msia sampai kene anto ke henry gurney 3thn skali tu aihhh ko yg buat.
ape nak jd laa bdk lagi peel dah camni kalau dibiarkan mmg jd pedo+sexual abuser+perogol gayah bersiri gamaknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak dia jenis camne?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 11:50 PM | Show all posts
Budak ni kuat seks mungkin juga jahat lain dia tak ada. Kalau dicampak sekali dalam kandang gangster henry gurney dia mungkin boleh mati.

Criminal minds ni ada banyak jenis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin dibaca, makin paham kenapa sampai kena masuk ‘institusi istimewa itu’
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerah masa depan budak ni jadi Perdana Menteri Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.037398 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list