CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36316|Reply: 0

[Kedah] Pekerja kilang terbabas, maut dilanggar motosikal lain

[Copy link]
Post time 20-12-2024 12:22 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja kilang terbabas, maut dilanggar motosikal lain

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Polis




Sungai Petani: Seorang pekerja kilang gagal menyelamatkan diri selepas motosikal yang ditungganginya terbabas menyebabkan dia terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal lain di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini hari ini.

Mangsa, Mohamad Mizam Ali, 25, yang menunggang Yamaha Y15ZF-R15 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kemalangan itu pada jam 7 pagi tadi berkaitan kemalangan yang membabitkan dua motosikal.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal seorang diri dan sebaik sampai di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai terbabas sendiri dan jatuh di lorong kiri lebuh raya.

"Tidak lama kemudian datang sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggangi lelaki berusia 28 tahun yang juga peniaga itu ternampak mangsa jatuh di laluannya namun tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa dan jatuh di atas jalan raya.

"Akibat kejadian itu, mangsa maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal yang melanggarnya mengalami kecederaan di tangan serta kaki dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSAH untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Disiarkan pada: Disember 19, 2024 @ 10:05pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1168065/pekerja-kilang-terbabas-maut-dilanggar-motosikal-lain




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.278358 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list