View: 8993|Reply: 3
|
Koperal polis direman minta suapan RM80,000 bebas tahanan SOSMA
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan reman seorang anggota polis berpangkat koperal selama lima hari selepas disyaki meminta rasuah berjumlah RM80,000 daripada seorang wanita.
Difahamkan, suspek meminta wang rasuah itu bagi membantu wanita tersebut membebaskan suaminya yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA 2012).
Permohonan reman terhadap suspek dibuat oleh SPRM di hadapan Majistret Azlan Basri di Mahkamah Majistret George Town, hari ini.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an disyaki telah menghubungi wanita berkenaan pada 30 November lalu susulan tangkapan dibuat terhadap suami wanita terbabit.
“Menerusi perbualan telefon itu, suspek telah meminta wang kira-kira RM80,000 daripada wanita berkenaan sebagai balasan bagi mengubah keterangan untuk membantu suaminya dilepaskan daripada tahanan SOSMA.
“Suspek telah meminta wang pendahuluan kira-kira RM25,000 daripada wanita berkenaan yang kemudian membuat beberapa pindahan wang menerusi sistem pembayaran e-wallet membabitkan nilai kira-kira RM3,000,” katanya di sini hari ini.
Menurut sumber itu lagi, pada Isnin lalu, suspek sekali lagi telah menghubungi wanita berkenaan dan meminta wang kira-kira RM2,000 secara tunai.
“Susulan itu, wanita berkenaan kemudian menyerahkan wang kira-kira RM1,000 kepada suspek dalam pertemuan di sebuah stesen minyak di Sungai Dua kira-kira pukul 2 petang semalam, sebelum ditahan,” katanya.
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
BERHARAP pemberi rasuah bukan drp mereka yg menggundi parti pemerintah sekarang ni..memandangkan golongan2 ini..AMAT MEMBENCI RASUAH. |
|
|
|
|
|
|
|
Besar mana sgt la kuasa kopral |
|
|
|
|
|
|
|
kesian korporal tu, jadi kambing hitam.
apa sangat kuasa korporal,
nak di sogok security guard,
nak bagi lepas keluar tahanan sosma. |
|
|
|
|
|
|
| |
|