CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17758|Reply: 17

Cabul fasilitator, jurulatih sebuah kem motivasi dijel 5 tahun, 1 sebatan

[Copy link]
Post time 18-12-2024 03:39 PM | Show all posts |Read mode



Muar: Jurulatih sebuah kem motivasi di Pontian yang pernah ditahan kerana disyaki merogol pembantu rumah serta amang seksual anak tiri, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul pelajar perempuan sebuah kolej, bulan lalu.


Tertuduh, Matsidi Samad, 46, bagaimanapun mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikemukakan sebelum Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman penjara lima tahun serta satu sebatan.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia 17 tahun di hadapan sebuah kuarters di Taman Soga, Batu Pahat, 7.30 malam, 30 November lalu.


Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Berdasarkan fakta kes, mangsa yang juga pelajar kolej bersama tiga lagi rakan menjadi fasilitator sambilan dengan tertuduh yang juga bekas anggota keselamatan bertindak selaku jurulatih.


Pada hari kejadian, mangsa bersama rakan dihantar pulang oleh tertuduh ke rumah masing-masing dengan menaiki sebuah kereta.


Namun, mangsa adalah individu terakhir dihantar oleh tertuduh. Sebaik tiba di hadapan rumah, tertuduh menghalang mangsa keluar dari kereta dan tidak lama kemudian, lelaki itu terus melakukan perbuatan terbabit.


Mangsa meronta dan menangis kemudian keluar dari kereta terus memasuki rumah. Kejadian itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kepada tiga rakannya sebelum diminta membuat laporan polis.


Pada jam 12.30 tengahari, atas maklumat dan risikan dijalankan, polis berjaya menahan tertuduh di Seremban, Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.


Semakan polis juga mendapati tertuduh pernah ditahan pada 2018 kerana merogol pembantu rumah dan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya pada 2007.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir dan Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Selain menjatuhkan hukuman itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang dipenjara serta pengawasan polis dua tahun sebalik selesai hukuman.




Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempat kau rogol? Depan rumah? Berapa saat/minit ja?

Bukan nak undermine jenayah yang berlaku kat mangsa tapi...Korang baca la artikel tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:14 PM | Show all posts
Macamana  kem motivasi boleh lantik org yang pernah ada rekod disyaki merogol pembantu rumah serta amang seksual anak tiri jadi Jurulatih???!!!

kenot brainnn..!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:36 PM | Show all posts
macam mana orang ada rekod jenayah rogol boleh diambil kerja jurulatih ye?
patutnya company yang hire dia pun dikenakan tindakan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 18-12-2024 03:44 PM
Sempat kau rogol? Depan rumah? Berapa saat/minit ja?

Bukan nak undermine jenayah yang  ...

Bkn kena cabul sj meh?
Belum sempat lg rasanya mcm dia buat kat maid dia dl
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam sial ye. Ko dah ada kes boleh lagi yer jadi jurulatih. MY kena jadi macam US nun. Letak sexual offender kat satu tempat. Letak diorg punya location online so that community tau nak berjaga2. Sex addict la ni. Tak boleh nampak popuan. Takutnya kalau jadi kat org keliling kita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpampang muka dia dengan janggut macam lebai.

Konon warak le tu ada janggut sejemput tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mata dia bengkak ditumbuh kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu nak free aja, cina dan bangla aman2 ada sugarbaby bagi wang terus dapat lubang
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 18-12-2024 06:36 PM
Melayu nak free aja, cina dan bangla aman2 ada sugarbaby bagi wang terus dapat lubang

Duit tak cukup kot nak tambeh bini baru.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
delsmomm replied at 18-12-2024 04:14 PM
Macamana  kem motivasi boleh lantik org yang pernah ada rekod disyaki merogol pembantu rumah serta a ...

Cuba bygkan kalau dia jd jurulatih plkn yg kononnya nk dibuat balik tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 18-12-2024 08:37 AM
Bkn kena cabul sj meh?
Belum sempat lg rasanya mcm dia buat kat maid dia dl

Oh baru baca betul2. Maid rupanya kena rogol. Mai God. Natang camni hada kes rogol, cabul, motif masih jadik fasi kem? Ni la kesialan tanahair ini. Benda gini dibuat main bhai. Tak amik serius. Pehtu sex offenders tanahair ni sukati deols je la nak ulang2 balik jadik repetitive habit dah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:50 PM | Show all posts
Mata cemey pun gigih nak merowgoal...camharam je pangai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangapnya ko sis.


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Eee sakit mental dia ni. Xde bground check ke pon kesian mangsa semuga x mental jgk
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Jarang² org jahat salah zina niii badan besor².. selalu nya buat salah jenis nii badan nya kocik² yoo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kem motivasi tersangkak di Dunia sanggup upah perogol bersiri..Forumers please spill tea nama kem kat pontian tu..da la tempat ulu banat sape je suka pegi pontian tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 11:28 PM | Show all posts
Org camni mmg takkan insaff!!

Elok dikerat je bawah tu bagi anjing makan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052736 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list