CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48432|Reply: 0

[Kedah] Tarik balik pengumuman kenaikan tiket feri atau tak layak terima subsidi diesel - Anthony Loke

[Copy link]
Post time 15-12-2024 02:00 PM | Show all posts |Read mode
Tarik balik pengumuman kenaikan tiket feri atau tak layak terima subsidi diesel - Anthony Loke

Hamzah Osman[email protected]





PENUMPANG menaiki feri dari Kuala Kedah ke Langkawi. FOTO arkib NSTP




Langkawi: Kementerian Pengangkutan meminta Ferry Line Ventures Sdn Bhd(Ferry Line) menarik balik serta-merta pengumuman kenaikan tiket feri dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi yang diumumkan syarikat itu pagi tadi.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pengusaha feri terbabit perlu menarik balik pengumuman yang dibuat mereka dengan serta-merta, seterusnya berunding dengan pihak kementerian dalam masa terdekat.

"Kementerian Pengangkutan baru mendapat kelulusan prinsip dari Kementerian Kewangan pada Jumaat lalu untuk memberi bantuan subsidi diesel kepada pengusaha feri di pulau-pulau utama seluruh negara termasuk Langkawi mulai 1 Januari 2025.

"Saya amat kesal dengan tindakan terburu-buru pengusaha feri Langkawi membuat pengumuman menaikkan kadar tambang feri pada hari ini," katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Loke turut memberi amaran kepada mana-mana pengusaha feri bahawa mereka tidak layak menerima subsidi diesel sekiranya meneruskan tindakan menaikkan kadar tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.

"Adalah lebih baik semua pengusaha menarik balik pengumuman ini serta-merta dan berunding dengan pihak Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ferry Line mengumumkan kenaikan harga tiket bagi perkhidmatan feri bagi setiap perjalanan ulang-alik dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi akan dinaikkan di antara RM3 dan RM10.50 bermula 1 Januari ini.

Pengurus Operasi Ferry Line, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid dilaporkan berkata, kenaikan tambang itu membabitkan kategori pelancong warga negara, pelancong bukan warga negara dan penduduk tempatan.



Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 1:40pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1166384/tarik-balik-pengumuman-kenaikan-tiket-feri-atau-tak-layak-terima-subsidi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.113227 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list