CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63145|Reply: 0

[Pulau Pinang] Selimut, nasi kandar ceriakan gelandangan pada musim hujan

[Copy link]
Post time 14-12-2024 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Selimut, nasi kandar ceriakan gelandangan pada musim hujan

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Disember 14, 2024 @ 5:16pm [email protected]




Vimalan (kanan) mengedarkan barangan keperluan dan makanan kepada orang ramai yang memerlukan terutama gelandangan di hadapan sebuah tokong di Georgetown. - Foto NSTP/DANIAL SAAD





GEORGETOWN: Musim tengkujuh yang melanda negara ketika ini turut mempengaruhi kehidupan segelintir gelandangan yang ada ketikanya terpaksa tidur dalam keadaan basah dan sejuk apabila tempat mereka berteduh di lorong belakang kedai terkena tempias hujan.

Prihatin dengan keadaan itu, seorang guru dan pemilik pusat tuisyen, Vimalan Chandrasekaran, 43, mengambil inisiatif mengumpulkan lebih 70 pek barangan keperluan asas seperti selimut tebal, barangan penjagaan diri dan ubat-ubatan untuk diagihkan kepada golongan terbabit.

"Pada musim hujan ketika ini, saya melihat sendiri ada segelintir golongan gelandangan ini terpaksa tidur dalam keadaan basah apabila mereka tidak sempat mencari tempat perlindungan.

"Saya tidak mahu mereka dilupakan, terutama ketika musim cuti hujung tahun kerana itu kami sediakan barang keperluan seperti selimut, tuala, sabun, berus dan ubat gigi serta ubat-ubatan termasuk minyak angin untuk golongan kurang bernasib baik ini," katanya ketika ditemui hari ini.

Lebih istimewa, golongan gelandangan itu turut diberikan 90 bungkus nasi kandar.

Vimalan berkata, aktiviti kebajikan seperti itu wajar dilakukan dari semasa ke semasa meskipun sudah terdapat pertubuhan lain seperti Penang Community Care (PGCC) dan Pusat Transit Gelandangan yang diwujudkan kerajaan negeri bagi membantu golongan terbabit terutama di pusat bandar.

"Kebanyakan mereka akan pulang ke pusat gelandangan pada waktu petang, ada juga yang berteduh di lorong belakang kedai dan kaki lima, tetapi saya lihat jumlahnya sudah berkurangan sekarang," katanya yang sudah lebih 10 tahun menjalankan kerja amal itu.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, setiap anggota masyarakat harus berganding bahu dan mengambil sikap 'menjaga tepi kain' orang lain ke arah perkara yang menjurus kebaikan.

"Saya lihat gelandangan ini kebanyakan orang yang sama, malah kami saling kenal dan bila berjumpa ada masa mereka bisik perlukan bantuan jadi saya akan usahakan tunaikan permintaan mereka.

"Saya percaya, jika kita ada keupayaan untuk membuat seseorang gembira, kita harus lakukannya. Dunia ini memerlukan lebih banyak kebaikan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/12/1336950/selimut-nasi-kandar-ceriakan-gelandangan-pada-musim-hujan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.069577 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list