View: 36462|Reply: 10
|
Machang bergegar - “Siasatan mendapati tiada sebarang aktiviti menggunakan bahan letupan" - PDRM
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU – Tiada sebarang kegiatan menggunakan bahan letupan dan kebakaran yang boleh dikaitkan dengan dakwaan berlaku gegaran kuat di Machang dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihak polis mengesan beberapa komen di Facebook berkait satu gegaran kuat berlaku di Machang sehingga ia tular di media sosial kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.
Menurutnya, berdasarkan maklumat seorang lelaki, dia terdengar bunyi kuat di ruang udara yang dipercayai sebuah jet semasa berada di beranda rumahnya di Kampung Kelaweh, Machang kira-kira pukul 1.30 pagi.
“Siasatan mendapati tiada sebarang aktiviti menggunakan bahan letupan dan kejadian kebakaran dikesan dan dilaporkan berlaku semasa kejadian. Polis Kelantan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial ada sesetengah pihak mendakwa berlaku gegaran kuat dipercayai berlaku di kawasan sekitar Machang dekat sini malam tadi.
Gegaran tersebut turut disusuli bunyi kuat sehingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk di kawasan setempat.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
macam kes kat Ipoh bulan lepas tu ke
jawapan polis, pihak berkuasa, tetap la "misteri"
hujung2 hujan lebat, banjir, tenggelam |
|
|
|
|
|
|
|
Machang-machang lah mung nim |
|
|
|
|
|
|
|
Tiupan cicit sangkala kot |
|
|
|
|
|
|
|
Itu bunyi ekjoz letop² dari ufo kot |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah org kata kita walaun |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN: macam kes kat Ipoh bulan lepas ...
sembang dgn drebar kat ipoh dia kata sampai terpelanting batu cross jalan [em:23:] |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 9-12-2024 02:40 AM
macam kes kat Ipoh bulan lepas tu ke
jawapan polis, pihak berkuasa, tetap la "misteri"
Ujung2 banjir air kumbahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu alam bunian tembak meriam amaran banjir le tu
Elephant xde pulak panjat bukit berjemaah |
|
|
|
|
|
|
|
orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|