Edited by maklukpenggoda at 9-12-2024 03:29 AM
KOTA BHARU: Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming mendapatkan rawatan di sebuah klinik selepas disyaki rebah akibat kepenatan.
Menerusi satu rakaman video yang tular di TikTok, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman dilihat terbaring di atas katil sebuah klinik ditemani beberapa rakan.
Netizen mendakwa Khairul Aming mendapatkan rawatan akibat penat kerana tidak cukup tidur lebih kurang seminggu.
Ada juga netizen mendakwa pempengaruh berkenaan mendapatkan rawatan kerana dipercayai cirit-birit kerana ada pasukan bantuan mangsa banjir yang mengalami gejala itu.
Ramai yang mendoakan kesembuhan Khairul Aming berikutan pempengaruh itu penat membantu mangsa banjir.
Sebelum ini, Khairul Aming bersama pasukan misi Bantuan Orang Baik (BOB) bertungkus lumus lebih kurang seminggu untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.
Beliau mengetuai misi BOB dan mengagihkan bantuan kepada penduduk yang terjejas yang berakhir kelmarin.
Setakat ini, usaha untuk mendapatkan maklum balas daripada Khairul Aming belum berjaya.
BH
|