CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33206|Reply: 0

[Sarawak] Syarikat dari China berminat bina loji petrokimia di Sarawak

[Copy link]
Post time 6-12-2024 04:20 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah (tiga kanan) bertukar cenderamata wakil syarikat terkemuka China semasa pertemuan baru-baru ini. Turut kelihatan Naroden (dua kanan).

KUCHING: Sebuah syarikat terkemuka China bercadang untuk menubuhkan sebuah loji petrokimia tercanggih di Sarawak.

Ia susulan perbincangkan syarikat berkenaan dengan delegasi kerajaan Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Beijing, China baru-baru ini.

Awang Tengah menyambut baik cadangan itu, mengakui potensi manfaat ekonomi dan teknologi yang boleh dibawanya ke rantau ini.

"Kerajaan Sarawak komited untuk memupuk perkongsian yang menggalakkan pertumbuhan industri dan inovasi yang mampan.

“Kami menantikan kajian kebolehlaksanaan syarikat untuk menilai daya maju projek dan kesannya terhadap pembangunan kepada Sarawak" katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) semasa pertemuan.

Perbincangan adalah mengenai cadangan syarikat untuk menubuhkan sebuah loji petrokimia tercanggih di Sarawak.

Syarikat itu akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi tempatan yang strategik untuk melaksanakan projek petrokimia ini di Sarawak
Syarikat itu merupakan salah satu daripada 500 Perusahaan Swasta Teratas China, menawarkan teknologi canggih, portfolio 20 paten berdaftar, dan kapasiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang teguh dalam petrokimia.

Syarikat itu menekankan komitmennya untuk membawa kepakaran termaju kepada projek yang dicadangkan, yang sejajar dengan visi Sarawak untuk pembangunan perindustrian dan ekonomi.

Delegasi Sarawak turut disertai Penasihat MINTRED Dato Sri Naroden Majais; setiausaha tetap MINTRED Dzulkarnain Masron, pengarah Jabatan Tanah dan Survei
Awang Zamhari Awang Mahmod; Ketua Pegawai Eksekutif InvestSarawak Timothy Ong; dan Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datuk Ismawi Ismuni.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.273383 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list