CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19559|Reply: 0

[Sabah] Tamu Desa mampu kurangkan kemiskinan di luar bandar dan perkasa sektor keusahawanan

[Copy link]
Post time 6-12-2024 04:08 PM | Show all posts |Read mode


Ewon ketika ditemui di Pejabat TEKUN Nasional Penampang baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Program Tamu Desa wajib dijadikan inisiatif tahunan supaya mampu membantu para peniaga kecil dalam negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, Tamu Desa bukan hanya membantu peniaga kecil tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan meningkatkan aktiviti perniagaan, mengurangkan kemiskinan di luar bandar serta memperkukuhkan sektor keusahawanan dan perdagangan tempatan sekali gus dapat meningkatkan sektor pelancongan negara.

“Semua ini mempunyai kesan positif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kesejahteraan ekonomi secara keseluruhan.

“Tamu Desa menjadi pusat jualan produk tempatan (seperti hasil pertanian dan kraf tangan) yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran dan perdagangan produk-produk tempatan.

“Ia juga memberi peluang untuk produk tempatan dipasarkan ke pasaran yang lebih luas, meningkatkan pendapatan negara melalui penjualan produk domestik yang berkualiti,” katanya.


Ewon ketika mengadakan lawatan ke Tamu Desa Inobong, Penampang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, jumlah keseluruhan Tamu desa Sabah dan Sarawak untuk pelaksanaan 2024 sebanyak 92, dilaksanakan dalam dua fasa.

Katanya, Fasa 1 sebanyak 49 (Sabah-36, Sarawak-13) dan Fasa 2 sebanyak 43 (Sabah-18, Sarawak-25). Kesemua kemudahan itu dijangka siap sepenuhnya awal 2025 (Mac).


Ewon (empat kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan di Tamu Desa Pekan Melalap, Tenom.

Beliau berkata, perkara itu dapat direalisasi dengan menjadikan projek Tamu Desa ini sebagai pusat pertumbuhan ekonomi setempat, yang memberi manfaat kepada peniaga dan penduduk dan menjadi platform yang memberi impak positif jangka panjang kepada peniaga kecil.

“KUSKOP menjalin kerjasama strategik bersama Kementerian Perdangangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) dan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) bagi menyelaras pelaksanaan projek Tamu Desa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pelaksanaan projek Tamu Desa di Sarawak.

“Bagi projek Tamu Desa Sabah pula, KUSKOP menjalinkan kerjasama strategik bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPN Sabah) dan Pejabat Daerah bagi menjayakan projek Tamu Desa ini,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian itu turut menjelaskan mengikut pembentangan Belanjawan MADANI 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober 2024 lalu, adalah terkait dengan komitmen kerajaan untuk memastikan keadaan warung, gerai dan pasar adalah selesa dan selamat.

Bagi tujuan itu katanya, sejumlah RM100 juta diperuntukan bagi membina gerai-gerai dan membaik pulih prasarana pasar awam di semua PBT seluruh negara, menaik taraf kemudahan perniagaan di bawah DBKL dan Mara.

“Usaha itu juga bagi menyediakan ruang niaga kepada penjaja kecil Tamu Desa di Sabah dan Sarawak, namun jumlah peruntukan sebenar bagi Tamu desa di Sabah dan Sarawak masih belum diterima oleh pihak KUSKOP.

“KUSKOP akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dimana Pejabat daerah di Sabah dan PBT di Sarawak akan dilantik sebagai agensi pelaksana bagi  membangunkan premis Tamu Desa yang lebih baik dan kondusif serta menyediakan kemudahan yang selesa untuk para peniaga serta pengunjung,” katanya.


Ewon (tengah) ketika membuat tinjauan ke Tamu Desa Mahandoi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.060326 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list