View: 8699|Reply: 19
|
Ais Lautan Artik diramal mencair sepenuhnya pada 2027 - Kajian
[Copy link]
|
|
STOCKHOLM – Satu kajian baharu Universiti Gothenburg, Sweden mendapati bahawa kawasan Artik di Kutub Utara diramal ‘bebas’ ais dalam tempoh tiga tahun akan datang, lapor portal berita MailOnline semalam.
Pada hanya 4.27 juta kilometer persegi, liputan minimum ais di lautan tersebut tahun ini sudah jauh berada di bawah purata pada tahun 1979 hingga 1992 iaitu seluas 6.86 juta kilometer persegi.
Justeru, saintis-saintis memberi amaran bahawa musim panas pertama yang mencairkan sepenuhnya semua ais Lautan Artik dijangka berlaku menjelang 2027.
Menggunakan 300 simulasi komputer, sekumpulan saintis meramalkan bahawa hari tanpa ais pertama Artik akan berlaku dalam tempoh sembilan hingga 20 tahun, tanpa mengira bagaimana manusia mengubah pelepasan gas rumah hijau mereka.
Sembilan daripada 300 simulasi komputer bagaimanapun mencadangkan bahawa keadaan itu boleh berlaku dalam tempoh tiga tahun, tanpa mengira bagaimana manusia bertindak dari sekarang.
Menurut penulis utama kajian tersebut, Dr. Celine Heuze, ketika itu, Lautan Artik akan dapat menyerap lebih banyak haba daripada biasa.
Katanya, ketiadaan ais boleh memberi kesan ketara kepada ekosistem dan iklim Bumi dengan mengubah corak cuaca. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau bt putih tersenyum siniss |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti amat menakutkan apa yang akan berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
2027 tiada pulau yg akan tenggelam sebab berita ni percayalah |
|
|
|
|
|
|
|
Makin bertambah ke kilat kat sana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebut gothenburg ni rasa mcm gotham city yg membosankan tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
banyakkah tempat akan tenggelam?
... mcm mana pun, belum ada tanda besar muncul, bolehkah ais mencair dengan mendadak dalam masa tiga tahun dengan sebab yang tak manusia sangka, sedangkan dah ratusan tahun manusia moden memerhati tak mencair pun ais kat kutub... |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 5-12-2024 07:41 PM
banyakkah tempat akan tenggelam?
... mcm mana pun, belum ada tanda besar muncul, bolehkah ais menc ...
Boleh, kalau asyik nak panas badan musim sejuk....air pun mencair lah |
|
|
|
|
|
|
|
golongan mahakaya yang tahu bnyk benda berebut2 buat rumah pelarian dan escape bunker di pulau pulau tak takut ke pulau tenggelam sbb ais cair akibat global warming |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 5-12-2024 10:48 PM
Kalau artik antarctica sudah x boleh jadi petias semulajadi, apalagi setiap penduduk di dunia ambil 1kg air laut masuk dalam petiais atau buat sesuatu kasi beku laut |
|
|
|
|
|
|
|
daratan bakal tenggelam ke, pulau kecik sudah semestinya tenggelam, saintis berusaha kn agar jgn smpi bongkah ais ni duk mencair smua |
|
|
|
|
|
|
|
sebab ni ke dalam ramalan kata, kena berpindah ke kawasan tinggi nanti
wait, ke yang tu untuk lari dari 2 puak tu
aiseh Iols lupa pulak kronologi tu |
|
|
|
|
|
|
|
saja nak takutkan org mcm pandemic tu sume |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib lah.. human existance dalam process polar region sedang cair and tenggelam...long process untuk climate change dahulu lebih 50+ million years ago
polar region subtropical warmth.. Cycle repeating..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak apa nanti Elon mas dan china akan hantar air ke bulan, ke marikh, ke Mata Hari untuk mengelakan dataran kering di bumi di tengelami oleh air. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-12-2024 03:20 PM
Di awal 90an saya pernah tengok satu gambar yang di rakam di tempat yang sama iatu salah satu pergunungan di Switzerland tak silap saya di museum Vienna yang mana pernah di rakam pada tahun 1819 dan 1919, gambar yang di ambil pada tahun 1919 tu ais/snow sudah hilang sebanyk 70-80%. Jadi sebenarnya global warming ni telah berlaku semejk ratusan tahun dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
puak flat earth kata apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu ja lah 2027 researcher ni masih hidup kot. Kalau tak jadi dorang punya ramalan kita luku sekor2.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|