View: 5948|Reply: 9
|
Nenek 64 tahun dipercayai ‘ditelan’ lubang benam ketika cari kucing
[Copy link]
|
|
HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Pihak berkuasa negeri Pennsylvania giat mencari seorang nenek berusia 64 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam lubang benam ketika keluar mencari kucingnya yang hilang, lapor agensi berita United Press International semalam.
Pegawai Polis Negeri Pennsylvania, Steve Limani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) mengenai kehilangan Elizabeth Pollard.
Limani berkata, Pollard meninggalkan rumah Isnin lalu untuk mencari kucingnya dan dia kali terakhir dilihat pada pukul 5 petang (waktu tempatan) hari yang sama di komuniti Marguerite.
Pencarian seterusnya membawa kepada penemuan kereta wanita tersebut kira-kira pukul 3 pagi (waktu tempatan), keesokan harinya.
Cucu perempuan Pollard yang berusia lima tahun, ditemui di dalam kenderaan itu, dan dia berada dalam keadaan baik.
Kira-kira 4.5 meter hingga 6 meter dari situ, polis menemui lubang benam yang boleh memuatkan seorang individu dewasa dan mereka percaya, ia muncul ketika mangsa berjalan di kawasan itu.
Anggota-anggota bomba menggunakan tangga dan abah-abah untuk mencari mangsa di dalam lubang itu, namun sehingga kini, dia gagal ditemui. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Seramnye.. moga nenek ni diytemui hidop atau mati |
|
|
|
|
|
|
|
So berapa hari misi ni?blh lawan msia x |
|
|
|
|
|
|
|
Macam kes tourist india kt jalan tar |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti harga property di situ akan jatuh.
Adakah banyak gua seperti Kuala Lumpur |
|
|
|
|
|
|
|
cian nenek, kucing hilang dgn dia skali pun hilang ditelan bumi |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nek.. xsempat raya |
|
|
|
|
|
|
|
Makin hari makin banyak kes bumi ranap
Dah uzur sangat dah bumi ni |
|
|
|
|
|
|
|
harap kucing tu ditemui dgn selamat |
|
|
|
|
|
|
| |
|