View: 39676|Reply: 11
|
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol didesak letak jawatan
[Copy link]
|
|
SEOUL – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol berdepan desakan untuk meletak jawatan hari ini selepas percubaan singkatnya untuk melaksanakan undang-undang tentera ditentang oleh Ahli Parlimen, serta mengakibatkan beribu-ribu penunjuk perasaan turun ke jalanan.
Tindakan mengejut Suk-yeol mengenakan undang-undang tentera ke atas Korea Selatan buat kali pertama dalam tempoh lebih empat dekad, menjerumuskan negara itu ke dalam kemelut paling serius dalam sejarah demokrasi modennya.
Perkembangan dramatik itu telah menyebabkan masa depan ahli politik konservatif dan bekas pendakwa raya terkenal yang dipilih sebagai Presiden pada 2022 tersebut, dalam bahaya.
Parti pembangkang utama Korea Selatan menuntut Suk-yeol agar meletak jawatan segera.
“Kami akan memfailkan tuduhan pemberontakan terhadap Suk-yeol, Menteri Pertahanan dan Dalam Negeri serta tokoh tentera dan polis yang terlibat,” kata Parti Demokrat dalam satu kenyataan.
Kesatuan buruh terbesar negara itu turut mendesak agar mogok umum tanpa had dilakukan sehingga Suk-yeol meletak jawatan.
Suk-yeol mengejutkan dunia dengan pengumuman di televisyen lewat malam semalam bahawa beliau mengisytiharkan undang-undang tentera disebabkan ancaman Korea Utara dan kumpulan anti negara.
Lebih 280 tentera yang disokong oleh 24 helikopter tiba di Parlimen untuk menutup lokasi tersebut selepas pengisytiharan luar biasa itu lewat semalam.
Bagaimanapun, 190 Ahli Parlimen berhadapan dengan tentera yang bersenjatakan senapang, bagi membolehkan mereka masuk ke dalam Parlimen untuk mengundi bagi menentang tindakan Suk-yeol.
Ia menyebabkan beliau tiada pilihan selain menarik balik pengisytiharan tersebut.
Di bawah Perlembagaan, undang-undang tentera mesti ditarik balik apabila majoriti Ahli Parlimen menuntut ia dibatalkan.
Sementara itu, menjelang tengah hari, hari ini, Suk-yeol masih belum muncul secara terbuka di mana-mana lokasi. – AFP
Sumber :– KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
senang keja dia jadi presiden |
|
|
|
|
|
|
|
Presiden Korea Selatan ni kalau tak masuk penjara atau hukum mati, kena assassinate atau military coup. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni baru naik jadi pm kan? Awat drastik sgt arahan nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi pm santai2 x boleh ka, ini berangan jadi george bush putin gila perang |
|
|
|
|
|
|
|
Bini heols ni kemain cantik dek surgery sana sini. Tapi gigi lakinya berkerak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tahu sesuatu yang kita tak tahu
Ww3 makin mendekat |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib pembangkang dpt lolos msk parlimen n undi utk batalkan kuasa tentera, sedap2 rasa dia je pakai undang2 darurat. Pastu tuduh pembangkang komunis proksi Korea utara pulop, senang nya kerja sorga president. |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat guling2 kat jln raya dulu lepas tu baru dia letak jawatan |
|
|
|
|
|
|
|
suruh pembankang gi tebuk atap istana president |
|
|
|
|
|
|
|
Ada team nak gulingkan dia ke sampaikan tiba2 buat keputusan gitu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|