CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28163|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lebih 700 alumni TVET tajaan ZPP berjaya tempatkan diri dalam sektor berkemahiran tinggi

[Copy link]
Post time 2-12-2024 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 2-12-2024 12:26 AM

Lebih 700 alumni TVET tajaan ZPP berjaya tempatkan diri dalam sektor berkemahiran tinggi

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
01 Disember 2024 03:46pm




Mohamad (tiga dari kiri) menyerahkan plak penghargaan kepada seorang daripada alumni TVET ZPP yang cemerlang dalam bidang diceburinya.




SEBERANG JAYA - Lebih 700 alumni Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah berjaya menempatkan diri dalam sektor berkemahiran tinggi sejak ia diperkenalkan pada 2016 di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, jumlah itu telah mencerminkan kejayaan program tajaan ZPP tersebut sejak lapan tahun lalu.

"Saya percaya alumni tajaan ZPP merupakan individu yang berpotensi tinggi dengan kemampuan untuk memberi nilai tambah kepada pembangunan negeri ini.

"Oleh itu, adalah penting untuk mewujudkan jaringan atau rangkaian yang tersusun, agar alumni dapat membantu generasi muda bumiputera negeri ini meningkatkan daya saing dalam pelbagai bidang.

"Pada masa yang sama, rasa pemilikan terhadap Pulau Pinang perlu terus dipupuk. Sebagai negeri yang komited kepada inovasi dan pembangunan bakat teknologi, kerajaan negeri menyediakan persekitaran kondusif untuk melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing dan inovatif," katanya di sini pada Ahad.

Baliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Apresiasi Alumni TVET ZPP 2024 yang dihadiri 120 alumni TVET ZPP.

Tambah beliau, melalui Visi Penang2030, pelbagai inisiatif strategik telah diperkenalkan termasuk kerjasama antara industri dan akademik serta pelaburan dalam pendidikan.

"Usaha ini bertujuan menjadikan Pulau Pinang sebagai hab global teknologi, memastikan negeri ini terus relevan dalam rantaian bekalan global.


"Dengan inisiatif-inisiatif yang dipacu oleh kerajaan negeri, peluang ekonomi yang lebih luas akan terus diwujudkan, memastikan pembangunan inklusif yang mampu memperkukuhkan sosioekonomi ummah khususnya masyarakat Islam di negeri ini," katanya.

Mohamad menambah, selama tiga dekad, ZPP yang juga anak syarikat MAINPP melalui program pemerkasaan asnaf melalui pendidikan dan TVET telah menjadi peneraju dalam membantu golongan asnaf meningkatkan taraf hidup mereka.

]
Mohamad (tengah) bergambar bersama 120 alumni TVET ZPP yang hadir ke Majlis Apresiasi Alumni TVET ZPP Tahun 2024 pada Ahad.





"Ramai peserta tajaan telah berjaya menamatkan program dengan cemerlang dan kini memainkan peranan penting dalam pelbagai sektor pekerjaan.

"Oleh itu, saya memohon semua alumni tajaan ZPP untuk terus menyumbang kepada kelestarian institusi ini, menjadi contoh kepada masyarakat dan membawa manfaat yang berpanjangan kepada generasi akan datang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali berkata, Majlis Apresiasi Alumni TVET ZPP adalah buat julung kalinya dianjurkan sebagai satu apresiasi kepada bekas pelajar tajaan ZPP bagi sesi 2016-2023.

Menurutnya, ZPP telah melaksanakan pelbagai bentuk intervensi bagi menyediakan peluang pendidikan yang lebih luas untuk masyarakat Muslim di Pulau Pinang khususnya golongan mustahik termasuk mengadakan program penajaan bagi TVET serta latihan kemahiran.

"Pelbagai agensi dilibatkan dalam kerjasama strategik ini seperti High Skills Technology Sdn Bhd, Akademi Binaan Malaysia (ABM), Kulim Technology Advanced, DRB Hicom University Automotive Malaysia dan sebagainya.

"Oleh yang demikian, dalam konteks majlis pada hari ini, keprihatinan ZPP terhadap alumni TVET adalah untuk membentuk rangkaian alumni yang mantap.

"Justeru, adalah dihasratkan pada perhimpunan ini untuk meningkatkan hubungan kolaborasi di antara alumni dan ZPP dalam usaha untuk memperkukuhkan peranan ZPP seterusnya menyokong belia Muslim di Pulau Pinang," ujarnya.

Tambah Amran, menerusi majlis tersebut juga, alumni yang hadir boleh berkongsi kejayaan dan pengalaman masing-masing agar menjadi motivasi dalam meningkatkan kerjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi.

"ZPP sentiasa memastikan agenda sosio-ekonomi ummah akan menjadi lebih berdaya saing, mampan dan inklusif di Pulau Pinang.

"Hasrat ini secara khususnya menyokong keutamaan Kerajaan Pulau Pinang dalam Visi Penang2030 untuk memastikan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi yang menawarkan gaji setimpal dapat diwujudkan selaras dengan usaha menarik pelaburan berkualiti tinggi ke negeri ini.

"Oleh itu, ZPP sentiasa merangka kerjasama dengan beberapa pemain industri dalam TVET untuk merealisasikan hasrat menghasilkan tenaga kerja industri yang mampu berdepan cabaran dan perubahan dalam arus pembangunan industri selain berkemahiran tinggi di Pulau Pinang khususnya kepada belia asnaf," ujarnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/699787/edisi/utara/lebih-700-alumni-tvet-tajaan-zpp-berjaya-tempatkan-diri-dalam-sektor-berkemahiran-tinggi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.100825 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list