View: 42341|Reply: 7
|
Kamu tak layak pakai uniform polis – Hakim
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – “Kamu tak layak pakai uniform polis.”
Demikian tegas Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud sebelum menjatuhi hukuman penjara tiga tahun bermula hari ini terhadap anggota polis, Koperal Azrol Khalil, 39, yang didapati bersalah kerana menerima rasuah RM16,000 bagi menutup kes dokumen palsu dua tahun lalu.
Azrol turut dikenakan denda RM80,000 atau penjara setahun sekiranya gagal membayarnya.
Selain itu, wang RM16,000 yang merupakan bahan bukti dipulangkan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Awang Kerisnada dalam penghakimannya berkata, hukuman itu mengambil kira faktor kepentingan awam dengan memastikan elemen rasuah dapat dihapuskan dan ada sifat amanah dalam kalangan penjawat awam.
“Tertuduh adalah anggota polis dan melakukan pecah amanah dalam tugasnya. Tertuduh telah mengugut mangsa (orang yang sedang disiasat) untuk membayar wang rasuah.
“Ini dilakukan sebab tertuduh mempunyai satu kedudukan sebagai anggota polis. Tertuduh sebenarnya tidak layak untuk mengenakan uniform polis,” katanya.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman selepas dipohon Peguam P.G Cyril, namun jumlah ikat jamin dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM8,000 sebelum ini dan bayaran dibenarkan dibuat esok.
“Notis rayuan penangguhan perlu difailkan esok,” kata hakim itu.
Mengikut pertuduhan, Azrol yang ketika itu bertugas sebagai detektif Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Gombak menerima suapan RM16,000 daripada lelaki berusia 52 tahun bagi menutup kesnya yang sedang disiasat bahagian berkenaan.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Taman Prima Sri Gombak pada 7 Februari 2022.
Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
ingat kan kes polis yg curi emas hari tu..
unik nama hakim pun..
banyak nye kau rugi bang, dah la kena return 16k, pstu denda 80k..
kira kalau dia x leh bayar denda, kena duduk dlm penjara 3 tahun + setahun = 4 tahun la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti tak dgr nasihat farid kamil |
|
|
|
|
|
|
|
pengeluar rasuah kene hukum tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Polis makan rasuah. Nak nafikan apa lg? Mmg bnd btl. So pihak luar nak tawan msia x pyh susah2 hntr askar, bg rasuah je kat polis, setel. Sbb tu Israel buat dek je dkt msia walaupun kita kecam dia kow2 |
|
|
|
|
|
|
|
hanamunir: ingat kan kes polis yg curi emas hari tu..unik nama hakim pun..banyak nye kau rugi bang, dah la kena return 16k, pstu denda 80k..kira kalau dia x leh ... kejap je kena tahan.. hmmm... klu berkelakuan baik, lg awallah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Duit rasuah 16k kena pulangkan kat sprm,maknanya perasuah jugak kena scamm.[em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Dikira pendapatan negara ke eh?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|