CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46229|Reply: 0

[Perlis] Sebahagian bandar Arau dilanda banjir kilat, pelajar dibenar pulang awal

[Copy link]
Post time 28-11-2024 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Sebahagian bandar Arau dilanda banjir kilat, pelajar dibenar pulang awal

Aizat Sharif[email protected]




BANJIR kilat yang melanda bandar Arau menyebabkan beberapa sekolah seperti SMK Syed Hussein dan SMK Dato Sheikh Ahmad terpaksa menghentikan sesi persekolahan mereka awal disebabkan air sudah pun memasuki perkarangan sekolah.FOTO Aizat Sharif




Arau: Hujan lebat yang berterusan sejak tiga hari lalu di Perlis menyebabkan sebahagian besar kawasan bandar Arau dilanda banjir kilat.

Tinjauan di sekitar bandar Arau mendapati, beberapa kawasan seperti Jalan Tuanku Syed Sirajuddin dari pekan lama Arau hingga persimpangan lampu isyarat Batas Liku turut dinaiki air separas buku lali sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Selain itu, kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Sheikh Ahmad, Arau turut dilanda banjir sehingga menyebabkan sesi persekolahan ditamatkan awal.

Pengarah Pendidikan Negeri Perlis Rose Aza Che Arifin berkata, selain SMK Dato Sheikh, tujuh lagi sekolah di kawasan Arau dan satu di Padang Besar, memohon kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk pulang awal disebabkan cuaca buruk serta keadaan sekolah yang dilanda banjir kilat.

"Selain SMK Dato Sheikh Ahmad, kita juga menerima permohonan pulang awal daripada SMK Syed Hussein, Sekolah Kebangsaan (SK) Arau, SK Tengku Budriah, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Hwa Aik serta Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah selepas sekolah berkenaan dilanda banjir kilat.

"Selain itu juga, kita turut menerima permohonan daripada SK Guar Nangka, Arau dan SK Titi Tinggi, Padang Besar yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir," katanya dihubungi.

Katanya, kesemua murid dan pelajar di sekolah yang terjejas ini akan meneruskan pembelajaran mereka menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula esok hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Pelajar SMK Dato Sheikh Ahmad, Arau, Nurdhiya Khalisya Umairah Mohd Hafizzi, 13, berkata, sekolahnya sudah dua kali dilanda banjir kilat tahun ini.

"Kami tidak sangka banjir kilat melanda sehingga memasuki kelas di tingkat bawah sekolah.

"Pengetua kemudiannya membuat pengumuman bahawa pelajar dibenarkan pulang awal sekitar jam 11 dan 12 tengah hari," katanya.

Disiarkan pada: November 28, 2024 @ 2:38pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1160159/sebahagian-bandar-arau-dilanda-banjir-kilat-pelajar-dibenar-pulang-awal





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.465921 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list