CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 45420|Reply: 27

China pilih Malaysia tuan rumah sambutan Tahun Baru Cina tahun depan - Menteri Pelancongan, King Sing

[Copy link]
Post time 27-11-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode





SHAH ALAM - China memilih Malaysia sebagai tuan rumah dalam acara sambutan Tahun Baru Cina yang pertama kali diadakan di luar dari negara Tembok Besar itu.


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, hal berkenaan dimaklumkan menerusi pertemuan bersama Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China, Sun Yeli ketika penganjuran China International Travel Mart di Shanghai.


“Beliau juga mengumumkan bahawa acara Selamat Tahun Baru Cina yang terkenal, penuh dengan tradisi Cina akan diadakan di luar negara buat kali pertama pada 23 Januari, bertepatan dengan ‘Tahun Baru Kecil’.


“Malaysia telah dipilih sebagai negara tuan rumah dan persiapan sedang giat dijalankan.
“Pihak China pula telah mula memuktamadkan senarai penghibur yang akan mengambil bahagian dan menggesa Malaysia untuk memberikan sokongan dan memaksimumkan kempen promosi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.


Pada masa sama, King Sing memberitahu bahawa Yeli menyifatkan bahawa kedua-dua negara ini mempunyai pertalian budaya yang mendalam dan ia bakal menyerlahkan usaha aktif China mengindustrikan sektor kebudayaan.


Sehubungan itu, beliau mencadangkan kedua-dua negara meneroka pembangunan bersama dalam bidang tersebut.


“Dengan mengambil inspirasi daripada kemajuan budaya China, Malaysia berhasrat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di masa akan datang,” ujarnya.


Mengulas mengenai kejayaan inskripsi bersama “Majlis Wangkang” dalam senarai warisan ICH UNESCO pada 2020, King Sing berkata, Malaysia dan China akan bekerjasama sekali lagi pada tahun ini.


Sumber - Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 04:37 PM | Show all posts
Apa maksud pertama kali di luar China? Yang hampir satu dunia sambut tiap2 tahun tu bukan eh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm msia ni sebahagian tanah jajahan cina la plk, blh pilih2 jd tuan rumah cny....knp x pilih usa jd tn rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 05:22 PM | Show all posts
taik betul. betul2 nak jadikan Malaysia ni little china.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 05:31 PM | Show all posts
Firenzza replied at 27-11-2024 05:14 PM
Dah mcm msia ni sebahagian tanah jajahan cina la plk, blh pilih2 jd tuan rumah cny....knp x pilih us ...

cuba jadi USA tuan rumah mau terbang serban2 songkok2 orang ingat kita nak jadi yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 05:36 PM | Show all posts
Baguslah semoga pelancongan di Malaysia semakin berjaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2024 05:36 PM | Show all posts
Tak perlu berperang


China dah menang.


Tiong Pig bakal PM
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 05:38 PM | Show all posts
Kalau kita melihat cuma dari perspektif ekonomi, ia menguntungkan...

tetapi jika mula melihat dari sisi kepentingan negara .. adakah kita akan terasa kehilangan sesuatu? Jika iya adakah memudaratkan? Mana lebih besar, mudarat atau keuntungan? Adakah negara kita akan kehilangan identiti? Apa kesan buruk jangka panjang, ada? Apa keuntungan jangka panjang? Apa pengaruhnya kepada pemikiran rakyat terutamanya anak muda kerana mereka akan mempin dimasa hadapan? Adakah kita terlalu bimbang? .. aku pening banyak sangat soalan dlm fikiran

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 05:38 PM | Show all posts
bangla myanmar rohingya vietnam nepal pun pilih malesya. Misteri nusantara.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 07:13 PM | Show all posts
Woow.. TAHNIAH ... Perlu anda ketahui beratus-ratus negara di dunia berlumba-lumba menggoda dan membujuk China untuk menunjuk negaranya sebagai partnert atau rekan bisnis China yang saat ini telah menjadi negara dengan ekonomi terbesar di Dunia ....

Dan hebatnya ternyata Malaysia yang TERPILIH ... TAHIAH. Mungkin ini terkait dengan eratnya hubungan 2 empayar besar dunia di abad ke 15 yaiu Empayar Melaka bangsa melayu malaka dan Dinasti Ming ...penguat kuasa alam melayu dan China dan Asia Timur saat itu ..

Ayo sambutlah mereka karena Malaysia walaupun akan hilang identitynya sebagai melayu akan menikmati status yang lebih tinggi di mata dunia ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
China kan dah luas
Kenapa nak sesakkan Malaysia yg sempit ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 27-11-2024 05:38 PM
Kalau kita melihat cuma dari perspektif ekonomi, ia menguntungkan...

tetapi jika mula melihat dari  ...


kita tukar,kita ubah PRU 16.....nak pening apa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 07:42 PM | Show all posts
lepas ni berapa juta pulak yg ilang....
aritu...1.2 juta pun tak muncul2
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 01:32 AM | Show all posts
plywood replied at 27-11-2024 05:38 PM
Kalau kita melihat cuma dari perspektif ekonomi, ia menguntungkan...

tetapi jika mula melihat dari  ...

Saya bukan seorang rasis tapi saya tak sambut ria berita begini.   Setenang2 air di tasik kolam, adakah naga di dlmnya?
Asyik mikirkan ekonomi dn keuntungan, apakah rakyat harus memberatkan soal itu shj. Apakah tidak ada lagi semangat mempertahankan dn menjaga kelestarian jatidiri bangsa dn negara?  Sanggupkah mencagar dn menggadaikan negara dn berkiblatkan ke China. Saban waktu: siang-malam, pagi-petang, utara-selatan-timur-barat, dari Perlis sampai ke Sabah-S'wak, fikirkan keuntungan terus, pada akhirnya siapakah yg benar2 untung. Atau Melayu yg akan buntung.
Apakah rakyat redha kalau negara kita yg tercinta ini, disusupi dgn segala cara, adat dan budaya negara luar seumpama membiarkan api di dlm sekam. Perlukah sambutan CNY at a grand scale sponsored by the China govt?. Kenapa sebelum ini tak ade the superich M'sian chinese terfikir nak buat begitu?
Sebelum perkara ini diperkenan/diluluskan, semoga pemerintah dpt renungkan sesuatu.  M'sia sendiri sudah ada perayaan CNY dgn cara yg tersendiri, sejajar dgn keperibadian bangsa beradat budaya dgn citarasa M'sia.

Tulisan Jawi sudahpun hilang, hendak dikembalikan tapi terhalang. Chinese signboard mau terpampang besar,  BMnya jgn terlihat dek mata kasar. Usah dibiarkan rumput-rumpai tumbuh meliar atas nama pelancongan. Tebaslah sebelum kaduk naik ke junjung dn rawatlah sebelum cacing naik ke mata.  Menteri Pelancongan juga harus fikir dan jaga sensitiviti umat melayu muslim M'sia.

Melayu itu ramah dn hemat,
salam dn tunduk tanda hormat
tapi jangan salah kira,  
tunduk tak minta dipijak kepala   






Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 01:42 AM | Show all posts
nusaraya replied at 27-11-2024 07:13 PM
Woow.. TAHNIAH ... Perlu anda ketahui beratus-ratus negara di dunia berlumba-lumba menggoda dan memb ...

Jgn seenaknya ngomong begitu. Apakah sdr tidak membaca berita betapa China menjadi salah satu investor utama di IKN, Indonesia. Mungkin tanpa investasi perusahaan China di IKN,  IKN akan jadi gajah putih saja.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
China pun mesti hantar 'rombongan' sebab nak buat persiapan CNY diluar China.

Najib dulu China dtg utk melabur pun siang malam PH memekak, sekarang mcm² dibuat dgn china.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
leluhur parashit terpaling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 10:37 AM | Show all posts
sapeka replied at 27-11-2024 07:16 PM
China kan dah luas
Kenapa nak sesakkan Malaysia yg sempit ni?

ikut peta purba china komunis,
semenanjung, sabah dan sarawak,
semua wilayah china komunis.

melayu ni semua pendatang
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 10:45 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 28-11-2024 10:52 AM
ctaz replied at 27-11-2024 07:42 PM
lepas ni berapa juta pulak yg ilang....
aritu...1.2 juta pun tak muncul2

mana pulak 1.2 juta
dalam report dalaman,
ada 6 juta cina prc komunis sudah masuk tak keluar,
ramai ada IC biru.

naseb korang ler
worang melayu kan suka berpecah, taik politik,
ramai pengkhianat, salah guna kuasa,
kebulur duit rasuah cina racist DAP.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 28-11-2024 01:32 AM
Saya bukan seorang rasis tapi saya tak sambut ria berita begini.   Setenang2 air di tasik kolam, a ...

Patut la kor ming beria2 halalkan bakar mecun, kot esok abg besar dtg bawak 5 kapal mercun bakar 7 hari 7 mlm x berhenti komen jgn plk nk komplen ya sbb dh jd tuan rumah kena la hormat tetamu, karang kome komplen, king Kong bawak dlm parlimen isu ni plk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.219212 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list