CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43475|Reply: 4

Penjawat awam negeri diminta pakai kain benang Johor setiap Jumaat tahun depan

[Copy link]
Post time 27-11-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode





ISKANDAR PUTERI: Penjawat awam Johor diminta memakai baju kurung dan baju Melayu teluk belanga bersama Kain Benang Johor sebagai baju kerja pada setiap Jumaat bermula tahun depan.


Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar berkata langkah itu bertujuan mempromosikan Kain Benang Johor yang merupakan hasil kraf negeri kepada pelancong tempatan dan luar negara.


"emakaian oleh pegawai kerajaan merupakan satu strategi promosi untuk memperkenalkan produk Kain Benang Johor. Produk kraf tangan berkenaan kini semakin dikenali dan diminati," katanya.


Beliau menjawab soalan Gan Peck Cheng (PH-Penggaram) mengenai langkah kerajaan dalam mempromosikan hasil kraf tangan Johor agar menjadi daya tarikan pelancongan negeri, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, hari ini.


Raven Kumar berkata selain itu, kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan menawarkan bidang tenunan dalam program pendidikan Perintis Seni Johor bermula tahun depan sebagai usaha mencari bakat dan tenaga mahir dalam bidang itu.




Program itu katanya, bakal dilaksanakan selama tiga bulan atau 12 minggu berdasarkan modul disediakan jabatan dalam bentuk latihan asas kepada pengenalan dan penghasilan produk tenunan berkaitan Kain Benang Johor.


"Sebagai permulaan, program ini menyasarkan 20 belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berminat dalam bidang kraf tangan. Melalui inisiatif ini, kita dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Johor dan meningkatkan penghasilan produk kraf negeri bersempena dengan Tahun Melawat Johor 2026.


"YWJ tidak hanya tumpu kepada latihan jangka masa pendek ini, tetapi juga dikembangkan lagi dengan program pengembangan kerjaya melalui kolaborasi bersama Institut Kraf Negara untuk melahirkan tenaga kerja pakar dalam bidang tenunan selain melahirkan adiguru kraf pada masa depan," katanya.


Raven Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh berkata sejak 2018 hingga Oktober tahun ini, sebanyak 873 helai Kain Benang Johor telah dihasilkan di Galeri Tenun Johor yang terletak di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.


"Galeri Tenun Johor kelolaan YWJ mempamerkan dan menghasilkan produk Kain Benang Johor, iaitu satu daripada produk kraf tangan beridentitikan Johor. Terdapat lapan penenun menghasilkan produk Kain Benang Johor di galeri yang dirasmikan pada 2018. Galeri ini telah menerima 14,660 pengunjung setakat bulan lepas," katanya.


Menurut beliau, bersempena dengan Tahun Melawat Johor, YWJ merancang untuk mengadakan peragaan fesyen bagi produk Kain Benang Johor menerusi kerjasama dengan pereka fesyen terkenal.


"eragaan ini tidak hanya terhad pada pemakaian, tetapi juga ia akan dihasilkan dalam pelbagai produk, seperti pemakaian samping, baju tradisonal Johor, aksesori wanita dan lelaki, kusyen serta perabot," katanya.


Sumber – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau nama kain ni. Pernah jd fenomena masa i sekolah dlu, byk dijual di mana2. I suka jgk kain ni , cantik
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 08:02 AM | Show all posts
ohh baru tau nama kain ni.. macam best pulak...kebetulan hujung minggu ni jln2 ke johor, pakat beli la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
cantik kainnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg menarik sgt warnanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.426774 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list