CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36269|Reply: 8

Waktu kerja jururawat 45 jam: MTUC pandang serius ketiadaan dialog menyeluruh dengan badan profesional

[Copy link]
Post time 27-11-2024 12:45 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memandang serius ketiadaan dialog menyeluruh antara kerajaan dan badan profesional seperti Kesatuan Jururawat Malaysia (MNU) berhubung penambahan waktu kerja profesion itu kepada 45 jam daripada 42 jam seminggu, berkuat kuasa 1 Disember ini.


Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata, langkah sedemikian melemahkan pendekatan kolaboratif yang diperlukan untuk merangka dasar yang adil dan sesuai dengan realiti lapangan.


Katanya, penambahan waktu kerja tanpa menangani cabaran sedia ada berpotensi meningkatkan tekanan kerja, keletihan, dan mengurangkan kepuasan kerja jururawat.


"Kebajikan mental jururawat yang terganggu akibat beban kerja yang melampau juga boleh memberi kesan negatif kepada kualiti perawatan yang diberikan kepada pesakit.


"Jika jururawat mengalami tekanan mental atau keletihan, ia boleh meningkatkan risiko kesilapan dalam penjagaan pesakit, sekali gus menjejaskan keselamatan dan kesihatan mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Sebelum ini, beberapa pihak dilaporkan menyuarakan kebimbangan mengenai arahan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang memerlukan jururawat di wad hospital bekerja tambahan tiga jam seminggu bermula 1 Disember ini, yang disifatkan tidak adil.


Ia termasuklah membandingkan jururawat yang bekerja secara syif, termasuk tugas malam, dengan pekerja pejabat yang hanya bekerja pada hari biasa.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bagaimanapun menyifatkan arahan baharu di bawah SSPA itu sebagai munasabah kerana kebajikan pekerja barisan hadapan kesihatan itu akan lebih terjaga menerusi waktu bekerja syif yang lebih fleksibel.


Mengulas lanjut, Mohd Effendy menegaskan, waktu kerja yang lebih panjang mungkin mendorong jururawat untuk mencari peluang pekerjaan dengan syarat kerja yang lebih baik di tempat lain, memburukkan lagi kekurangan kakitangan dalam sektor kesihatan.


Justeru, beliau berkata, MTUC meminta kerajaan untuk segera mengadakan perbincangan dengan MNU dan pihak berkepentingan lain bagi menilai semula keputusan ini.


"embabitan ini penting untuk merangka penyelesaian yang mengimbangi keperluan operasi dengan kebajikan pekerja kesihatan.


"MTUC juga mencadangkan kerajaan melaksanakan kajian komprehensif terhadap keadaan kerja jururawat, termasuk beban kerja, ganjaran, dan sistem sokongan, bagi memastikan tenaga kerja yang mampan, bermotivasi, dan mempunyai kesejahteraan mental yang baik," katanya.


Beliau juga berkata, MTUC menekankan kepentingan membabitkan kesatuan dan badan profesional dalam perumusan dasar untuk memastikan strategi kesihatan yang inklusif dan berkesan.


"MTUC berdiri teguh bersama MNU dan komuniti jururawat malah mendesak kebajikan mereka diberi keutamaan dalam setiap keputusan yang diambil.


"Jururawat adalah tulang belakang kepada sistem penjagaan kesihatan negara, dan kebajikan mereka tidak boleh dikompromi demi memastikan kualiti perkhidmatan kepada rakyat," katanya.








Sumber - Berita harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
buatlah townhall
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
nurse byk sumbangan pada masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 26-11-2024 04:38 PM

Some kerja misi boleh di ganti kan dengan patient observer...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 03:00 PM | Show all posts
menteri pon tak pertahankan nurse
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
figurae replied at 27-11-2024 03:00 PM
menteri pon tak pertahankan nurse

sb bila menteri  mai lawat spital...nurse kena la 'sembah' dia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2024 09:14 AM | Show all posts
burn out la..
nasiblah nurse gomen, banyak kelebihan dan ada pencen.. tu je buat bertahan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak tahan acik nurse leh tukar ke KK. Tengok mcm tak beban sgt kecuali kalau kena p buat lawatan lps bersalin. Ramai je kawan i yg doktor tak tahan pindah p KK tp ada jugak kawan i yg boring keje kat KK n mintak emergency department sebab baru la rasa adrenalin rush katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk adan uker la. Dulu2 ni bkn main ghairah Lagi2 acik2 jululawat kibar bendera PKR kekonon nk tumbangkan Najib. Alih2 kena ketimbang dgn Bang Non
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.139244 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list