CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35979|Reply: 3

Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun

[Copy link]
Post time 27-11-2024 12:43 AM | Show all posts |Read mode





TOKYO: Satu gempa bumi dengan magnitud 6.4 telah menggegarkan pesisir barat Ishikawa, Jepun, hari ini, lapor Xinhua, memetik agensi cuaca negara.


Gempa berlaku pada jam 10:47 malam waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer (km), berukuran intensiti lima rendah pada skala intensiti gempa Jepun yang mempunyai skala tujuh di beberapa bahagian wilayah itu, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).'


Pusat gempa terletak pada garisan lintang 37 darjah utara dan garis bujur 136.5 darjah timur.


Bandar Wajima di Wilayah Ishikawa merekodkan intensiti gempa lima rendah, sementara di Timur dan Barat Wilayah Tayoma serta beberapa kawasan di Wilayah Fukui mengalami intensiti pada bacaan empat.


Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.


Sekitar Januari tahun ini, satu siri gempa bumi kuat dengan magnitud sehingga 7.6 telah menggegarkan wilayah itu dan kawasan sekitarnya, menyebabkan lebih 400 orang terkorban dan ramai lagi masih tinggal di tempat perlindungan.


Sumber - BERNAMA-XINHUA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
pray for japan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
takut ade tsunami je
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 10:21 AM | Show all posts
pray for japan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.557090 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list