CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36913|Reply: 0

[Pulau Pinang] PAC akan panggil PDC perjelaskan isu Jalan Tok Kangar

[Copy link]
Post time 25-11-2024 08:24 PM | Show all posts |Read mode
PAC akan panggil PDC perjelaskan isu Jalan Tok Kangar

MOHD ISKANDAR OTHMAN
25 November 2024 02:53pm





Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, penduduk di sekitar kawasan Juru menuntut penjelasan dan tindakan segera kerajaan dalam menangani isu kesesakan trafik serta jalan rosak di Jalan Tok Kangar di sini selepas ia didakwa berlarutan lebih lapan tahun lalu. Gambar kecil: Muhammad Fauzi




GEORGE TOWN - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) akan memanggil Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi menjelaskan isu projek pelebaran Jalan Tok Kangar di Juru yang gagal disiapkan bertahun lamanya.

Pengerusinya, Muhammad Fauzi Yusof berkata, PDC didakwa sudah tidak mampu untuk menguruskan projek berkenaan hingga menyebabkan pelbagai masalah lain timbul dan menyusahkan rakyat khususnya penduduk di kawasan Juru.


Muhammad Fauzi yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri berkata, Jalan Tok Kangar terletak dalam kawasan Parlimen Batu Kawan diwakili oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow malah jawatan Pengerusi PDC juga disandang oleh individu sama.

"Pada Jumaat lalu saya telah menerima memorandum daripada penduduk mengenai kegagalan projek tersebut dan mereka menggelarkan jalan ini sebagai jalan maut kerana banyak berlaku kemalangan yang membawa kepada kematian, kecederaan dan kerosakan kenderaan.

"Ternyata PDC gagal melaksanakan projek ini, justeru saya menggesa agar projek ini diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang berpengalaman dalam projek infrastruktur," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini pada Isnin.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan keluhan penduduk di sekitar kawasan Juru dan menuntut penjelasan serta tindakan segera kerajaan dalam menangani isu kesesakan trafik serta jalan rosak di Jalan Tok Kangar di sini selepas ia didakwa berlarutan lebih lapan tahun lalu.

Masalah yang berlaku bukan sahaja mengakibatkan mereka terperangkap dalam kesesakan yang panjang terutamanya pada waktu puncak malah keadaan lebih teruk lagi apabila kawasan itu dikatakan sering berlaku banjir kilat.

Tinjauan Sinar Harian pada Sabtu lalu mendapati rata-rata pengguna laluan itu melahirkan rasa kecewa dengan masalah yang sekian lama dihadapi selain bimbang dengan keselamatan ketika menggunakan jalan terbabit.



https://www.sinarharian.com.my/article/698533/edisi/utara/pac-akan-panggil-pdc-perjelaskan-isu-jalan-tok-kangar


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.038050 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list