View: 9810|Reply: 24
|
Senaman pada waktu malam 'pembunuh senyap'?
[Copy link]
|
|
KESIBUKAN bekerja terutama kalangan mereka yang bekerja syif menjadi pencetus, ramai individu cenderung memilih bersenam pada waktu malam, berbanding rutin lazim yang biasanya dilakukan pada waktu pagi atau petang.
Gaya hidup dan kelaziman baharu itu menimbulkan pelbagai perdebatan, berikutan ramai menganggap bersukan atau beriadah pada waktu malam melawan fitrah dan tidak sesuai untuk kesihatan yang mana badan sepatutnya berehat selepas seharian bekerja.
Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Sukan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Dr Azhar Yaacob, berpandangan hal itu ada 'baik dan buruk', sekali gus menafikan tanggapan umum ia hanya mendatangkan kemudaratan kesihatan.
Tegasnya, senaman pada waktu malam bukan kegiatan memudaratkan kesihatan terutama bagi mereka yang mempunyai fizikal sihat dan biasa melakukannya pada waktu seumpama itu, malah ia juga tidak mendatangkan mudarat tambahan.
"Bagi mereka yang biasa melakukan senaman pada waktu malam, rutin itu menjadi 'jadual' harian walaupun terbatas dengan kesibukan, dia tetap dapat meluangkan masa untuk bersenam. Selepas melakukan aktiviti terbabit, melalui rehat atau tidur ia akan menggalakkan proses pemulihan badan.
"Bagaimanapun, kesan negatif boleh timbul apabila individu itu mempunyai tabiat makan malam dengan sajian tinggi kalori selepas bersukan, kemudiannya terus tidur dan membuatkan makanan tidak dapat diproses dengan sempurna.
"Ini akan membuatkan badan tidak mendapat rehat yang cukup ketika tidur kerana proses pencernaan masih berlaku," katanya kepada BH.
Jika disoroti pandangan serta perdebatan umum di media sosial, terdapat penulisan yang melihat senaman pada waktu malam sebagai 'pembunuh senyap' kerana amalan itu sebenarnya boleh memberikan tekanan pada badan.
Malah ada berpendapat, bersenam pada waktu malam secara 'diam-diam' mengundang mudarat pada kesihatan seseorang.
Azhar berkata, senaman pada waktu malam boleh berisiko memberi kesan kepada kesihatan kardiovaskular berikutan, pengambilan makanan tinggi kalori.
Bersenam sehingga terlalu lewat malam juga akan membuatkan waktu tidur menjadi lebih singkat.
"Keadaan boleh memudaratkan seperti mengganggu waktu rehat dan pola tidur, mengganggu ritma sirkadia serta mencetuskan perubahan tabiat pemakanan apabila seseorang itu mengambil makanan berkalori tinggi selepas bersukan," katanya.
Mengenai kriteria yang menjadi antara penilaian kepada tahap kesihatan dan kecergasan sebelum bersukan, beliau menjelaskan individu perlu cakna mengenai status kesihatan dirinya.
Ini termasuk peka sama ada dia mempunyai penyakit yang diketahui seperti asma, darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, kecederaan lampau, sakit sendi dan lain-lain.
"Rangkaian penyakit ini akan meningkatkan risiko kepada mereka yang bersukan kerana sewaktu bersenam, badan akan menerima tekanan lebih tinggi.
"Sebagai contoh, sistem pernafasan dan sistem kardiovaskular akan bekerja lebih kuat sewaktu bersenam bagi menampung permintaan oksigen yang tinggi dari badan ketika bersenam.
"Selain itu, status kecergasan semasa wajar diambil perhatian terutama bagi individu yang baru ingin memulakan aktiviti sukan atau sudah lama meninggalkan aktiviti sukan, jadi penilaian kecergasan perlu dilakukan," katanya.
Menurut Azhar, penilaian tahap kecergasan boleh dilakukan dengan melakukan aktiviti sukan dengan intensiti yang rendah dahulu, kemudian meningkatkannya secara perlahan-lahan.
"ada masa sama, faktor umur turut menjadi penilaian penting kerana semakin berusia seseorang, semakin kurang kemampuan fizikalnya.
"Hal ini akan menyebabkan badan sudah tidak mampu untuk bersukan seperti usia muda. Contohnya, bagi mereka yang aktif sewaktu muda dan ingin kembali aktif selepas sekian lama meninggalkan aktiviti sukan.
"Justeru, perlu diingatkan kemampuan fizikal seseorang akan berkurang dan intensiti sukan yang dilakukan ketika muda sudah tidak sesuai untuk mereka," katanya.
Mengenai faktor kesesuaian bersukan pada waktu malam, beliau berkata, aktiviti sukan diketahui memang meningkatkan perembesan hormon adrenaline dan menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung.
"Namun kadar degupan jantung akan kembali turun selepas beberapa ketika senaman dan bagi tempoh sama ada 90 minit atau tidak, saya tidak dapat memastikannya.
"Bagaimanapun ada kajian mengatakan degupan jantung yang tinggi disebabkan bersukan akan mengurangkan kualiti tidur bagi beberapa jam pertama sewaktu tidur sebelum kembali normal.
"Tetapi perkara ini berlaku jika individu itu tidak melakukan aktiviti 'cooling Downy' dengan betul selepas bersenam," katanya.
Katanya, bersukan pada waktu malam boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan jenis sukan yang dipilih seharusnya mengikut tahap kemampuan individu.
"Bagi individu yang mempunyai hari yang panjang dan penat bekerja, disarankan tidak melakukan aktiviti sukan yang berintensiti tinggi, manakala bagi individu sihat, pilihan aktiviti sukan yang ingin dilakukan lebih banyak.
"Namun aktiviti yang berintensiti rendah dan sederhana lebih selamat jika hanya ingin mengekalkan kesihatan contohnya senaman di gimnasium, berjalan, joging atau berlari.
"Jika ingin melakukan aktiviti seperti bermain badminton, futsal dan bola sepak, individu itu perlu mengawal intensiti permainan supaya tidak terlalu tinggi," katanya.
INFO:
Sukan atau senaman berintensiti tinggi
* Badminton
* Futsal
* Bola sepak.
* Aktiviti pendakian (perubahan altitude sewaktu pendakian akan menyebabkan kekurangan ketumpatanoksigen dalam udara, perubahan suhu dan terdedah kepada sinaran matahari) (Ini bagi gunung betul-betul tinggi seperti Everest).
#Fakta:
Sukan ini membabitkan pergerakan laju, memerlukan kekuatan otot, ketahanan kardiovaskular dan kemahiran khusus.
Sukan ini bersifat perlawanan iaitu pemain berlawan dengan pemain lain.
Bila situasi terjadi, intensiti permainan menjadi sukar dijangka dan boleh meningkat dengan cepat dan memberikan risiko terutama kepada mereka yang mempunyai tahap kecergasan dan kesihatan rendah.
Senaman berintensiti rendah adalah selamat dan boleh dilakukan pada waktu malam.
Senaman regangan (stretching), ia sangat sesuai dilakukan pada waktu malam kerana senaman ini tidak membabitkan perpeluhan dan tidak memberikan tekanan kepada sistem pernafasan dan jantung.
Senaman ini hanya berfaedah bagi mengurangkan ketegangan otot selepas seharian bekerja dan meningkatkan julat pergerakan anggota badan(range of motion).
Tiada impak akan diberikan kepadakesihatan kardiovaskular.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu ke punca kena serangan jantung walaupun aktif bersukan, im very curious to know about sudden death |
|
|
|
|
|
|
|
macam kes meninggal kat gelanggang futsal, gelanggang badminton waktu malam tu ke. ada yang kata lepas makan terus exercise, bahaya juga |
|
|
|
|
|
|
|
Iols masuk event run je waktu malam.
Kalau jogging, awal pagi je.
Tak berani iols nak jogging malam2..banyak dah kes kan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku eksesais weekend.. pagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Untunglah tukang kebun, tukang sapu dan lain2 tukang yg x perlu bersenam selepas bekerja |
|
|
|
|
|
|
|
panjangnya, wartawan cari ni mmg pemalas ye
buat la ringkasan amik point2 penting je
btw larat ye korang senaman malam2
ni mesti kerja kuat mengular tu tak penat kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Xpyh senam waktu malam. tdo lg baik. Lg awal lg bagus.. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju gak..
malam time berehat..body ko dari pagi dok bekerja pancet la... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul..dh ada beberapa org yg iols kenal meninggal lepas senam waktu mlm |
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 25-11-2024 07:00 PM
Iols masuk event run je waktu malam.
Kalau jogging, awal pagi je.
Tak berani iols nak jogging malam2 ...
Iols tak pernah dgr yg meninggal jogging waktu mlm..yg main futsal, badminton kerap juga |
|
|
|
|
|
|
|
tacot titew nak exicise sblm tidur |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu
skrg zaman dah terbalik yg sihat sudden death yg gemuk is awesome
|
|
|
|
|
|
|
|
warga asing kerja 3d senyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Xyah la senam2 waktu mlm. Tido awal lg bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 26-11-2024 01:59 PM
gigeh jogging waktu malam,
termasuk main badminton dan main futsal,
banyak sudden death.
especially yang umur 30an ke atas.
badan manosia waktu malam dah ready utk berehat,
korang paksa exercise malam2, mmg shutdown ler
Allah dah bagi manosia, waktu malam utk berehat,
lepas Isyak terus masuk tidur ler,
tido awal lepas Isyak, bangun awal sebelum Subuh.
nak exercise sangat waktu malam, exercise dgn laki bini di bilik
|
|
|
|
|
|
|
|
kerja 8jam menghadap komputer, tak banyak bergerak. lemau. tu yang cari aktiviti sukan malam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikutlah fitrah badan sebab malam bukan waktu utk bersenam kecuali mendirikan solat2 sunat.
Lakukan lah senaman sepenuhnya pd waktu siang kerana ia tidak memudaratkan. |
|
|
|
|
|
|
|
duri_durians replied at 26-11-2024 01:50 PM
kerja 8jam menghadap komputer, tak banyak bergerak. lemau. tu yang cari aktiviti sukan malam.
oh ni mesti bujang lg klu dah ada anak bini takdenya nak senaman2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|