CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46625|Reply: 0

[Kedah] 'Tak masuk akal Perdana Menteri sokong Israel'

[Copy link]
Post time 17-11-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode
'Tak masuk akal Perdana Menteri sokong Israel'

M Hifzuddin Ikhsan[email protected]




SAIFUDDIN Nasution bercakap kepada pemberita pada Majlis Peluncuran Kempen Anti Dadah di Sekolah Peringkat Kebangsaan 2024 di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir. FOTO Wan Nabil Nasir




Bandar Baharu: Kerajaan sedia mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terus membuat fitnah mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menyokong Israel.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Perdana Menteri secara jelas termasuk di pentas antarabangsa mengecam dan menentang kekejaman dilakukan Israel sejak mula memimpin negara ini.

Jelasnya, perbuatan memfitnah itu dilakukan hanya atas sebab politik sedangkan dasar kerajaan ketika ini jelas mengkritik Israel dan rejim Zionis yang berterusan menyerang rakyat Palestin.

"Hendak sebut Perdana Menteri sokong Israel masuk akal atau tidak? Dia seorang pemimpin Muslim, pendirian dia sejak dua tahun di semua pentas antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah sangat jelas.

"Dia jumpa semua pemimpin dunia yang dilihat condong kepada Israel secara bersemuka seperti Canselor Jerman dan dia berikan penegasan menolak sama sekali tindakan Israel.

"Kita mengecam tindakan membunuh wanita dan kanak-kanak, bom sekolah, hospital dan sebagainya, kemudian Israel sekat peranan pertubuhan antarabangsa dari segi misi menyelamat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Kempen Antidadah di Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh.

Mengulas lanjut, Saifuddin menyatakan kekesalannya apabila pendirian Anwar yang jelas menentang Israel masih lagi dipertikai sedangkan kerajaan sudah menjelaskannya berulang kali.

Berikutan itu katanya, kerajaan tidak akan berdiam diri dan tindakan tegas termasuk penguatkuasaan ke atas pihak atau individu terbabit menyebarkan fitnah akan dilakukan selepas ini.

"Pendirian Perdana Menteri sangat jelas, terang, namun masih ada lagi main sebut bahawa Anwar sokong Israel, iktiraf Israel. Sebab itu Perdana Menteri kata berpolitik biar ada sempadan, takkan tak boleh buat penilaian langsung bab itu hanya untuk dapat keuntungan politik.

"Saya percaya rakyat terbanyak mengikuti perkara ini dan rakyat tahu buat penilaian, sebab itu kita minta hentikan, tetapi kalau berlebihan tentulah pendekatan penguatkuasaan kita ambil," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri membidas pihak yang masih memfitnahnya berhubung isu berkaitan sokongan kepada Israel, menyifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan memperbodoh rakyat.

Anwar menegaskan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf Israel secara 'de jure', meskipun keberadaan negara itu di peringkat antarabangsa adalah fakta 'de facto'.

Beliau turut menegaskan bahawa semasa berada di Riyadh, beliau mengusulkan agar Israel disingkirkan dari keanggotaan PBB, satu langkah yang mencerminkan pendirian tegas Malaysia terhadap dasar penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.



Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 4:10pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1156126/tak-masuk-akal-perdana-menteri-sokong-israel




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.309621 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list