View: 37656|Reply: 3
|
Ahli politik Denmark-Sweden bakar al-Quran dipenjara 4 bulan
[Copy link]
|
|
STOCKHOLM – Seorang ahli politik Denmark-Sweden dijatuhi hukuman penjara empat bulan atas tuduhan menghasut terhadap sebuah kumpulan etnik dengan membakar kitab suci al-Quran dan membuat kenyataan menghina umat Islam, lapor akhbar The Guardian semalam.
Rasmus Paludan adalah individu pertama yang dibicarakan di Sweden dan menerima hukuman kerana membakar kitab suci umat Islam itu dalam satu demonstrasi.
Pemimpin parti politik Stram Kurs (Hard Line) di Denmark itu dijatuhi hukuman penjara empat bulan di sebuah mahkamah daerah Malmo setelah didapati bersalah dalam dua kes hasutan terhadap sebuah kumpulan etnik.
Paludan juga didapati bersalah dalam satu kes penghinaan pada 2022.
Dia juga diarahkan membayar ganti rugi sebanyak 80,800 kroner (RM32,572).
Selepas perbicaraan Paludan bulan lalu, Pengerusi Hakim Mahkamah, Nicklas Söderberg berkata: “Dalam kes ini, tidak ada persoalan mengenai sebarang perbincangan seperti itu. Kenyataan (Paludan) itu sebaliknya hanya menghina dan memburuk-burukkan umat Islam.”
“Rasmus Paludan telah menyatakan rasa tidak hormat terhadap sebuah kumpulan atau kumpulan seperti itu yang mempunyai kiasan kepada fahaman, asal kebangsaan atau etnik dan kemudian membakar, menendang dan meludah al-Quran.”
Penghakiman itu juga menyerlahkan kenyataan yang dibuat oleh Paludan dan implikasinya dengan memberi gambaran bahawa orang Islam tidak menyukai demokrasi Barat dan kebebasan bersuara.
Bercakap selepas penghakiman, Pendakwa Raya, Adrien Combier-Hogg berkata, ia adalah sabitan pertama dalam konteks politik di Sweden.
Paludan enggan menghadiri perbicaraan itu dengan berkata bahawa nyawanya akan terancam jika dia pergi ke bandar selatan Sweden itu.
Dia muncul melalui siaran video dari lokasi yang tidak didedahkan di Sweden. – AGENSI
Sumber : - KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka kau setaaaannn |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuaila perangai dgn ketidakhenseman dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|