View: 26922|Reply: 0
|
Rusia lancar roket Soyuz-2.1b hantar 55 satelit ke orbit
[Copy link]
|
|
Vladivostok: Rusia melancarkan roket Soyuz-2.1b pada Selasa dari Kosmodrom Vostochny di Timur Jauh Rusia untuk menghantar dua satelit heliophysik dan 53 satelit kecil ke orbit, lapor Xinhua memetik laporan agensi berita Rusia RIA Novosti.
Muatan utama, dua satelit "Ionosphere-M", bertujuan untuk memantau ionosfera Bumi bagi mengkaji perubahan struktur, gangguan elektromagnet, komposisi atmosfera dan pengagihan ozon di lapisan atas, serta keadaan radiasi.
Menurut laporan itu, setiap satelit seberat 430 kilogram akan beroperasi pada ketinggian 820 kilometer.
Satelit itu dijangka mencapai orbit sasaran 56 minit dan 15 saat selepas pelancaran dan akan disertai oleh satelit kecil untuk memperluas pemerhatian saintifik.
Of the 53 small satellites launched for scientific, educational and commercial use, 28 are SITRO-AIS satellites from Russian company Sputniks, designed for maritime identification.
Daripada 53 satelit kecil yang dilancarkan untuk kegunaan saintifik, pendidikan dan komersial, 28 daripadanya adalah satelit SITRO-AIS daripada syarikat Rusia, Sputniks, yang direka untuk pengenalan maritim.
Turut dibawa dalam pelancaran adalah 16 satelit yang dibina oleh pelajar di bawah inisiatif sains dan pendidikan Space-π, serta satelit Kowsar dan Hodhod daripada syarikat swasta Iran, Space Omid.
SUMBER: – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|