CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39811|Reply: 1

[Perlis] Pagar, CCTV di sempadan dirosakkan penyeludup

[Copy link]
Post time 1-11-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Pagar, CCTV di sempadan dirosakkan penyeludup

Aizat Sharif[email protected]



Anggota PGA menutup sementara pagar keselamatan yang dipotong oleh sindiket penyeludupan ketika tinjauan di sepanjang kawasan sempadan negara di laluan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand dari Chuping hingga ke tembok sempadan di kawasan Tangga 100, Padang Besar. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR



Padang Besar: Pagar sempadan yang sudah rosak dan usang dilihat menjadi antara penyebab kepada aktiviti pembolosan pendatang asing tanpa izin (Pati) dan penyeludupan barangan terlarang seperti dadah serta kontraban ke negara ini di sekitar laluan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

Walaupun ada pagar ini yang diganti semula, namun ia dipercayai dirosakkan semula oleh sindiket penyeludupan.

Ia menyebabkan pemantauan yang ketat perlu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertanggugjawab memantau dan menyelia sebarang aktiviti jenayah di sekitar laluan berkenaan.

Sempadan darat Malaysia-Thailand yang dikawal selia oleh PGA Briged Utara adalah sepanjang 106 kilometer (km) yang merangkumi Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga Batu Putih di Kuala Perlis di mana 98.2 km adalah kawasan di seluruh Perlis.

Tinjauan selama lima jam di sepanjang kawasan sempadan negara di laluan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand dari Chuping hingga ke tembok sempadan di kawasan Tangga 100, Padang Besar mendapati terdapat lebih 10 lokasi 'hotspot' pagar keselamatan yang dilihat uzur dan berkarat.

Malah, ada pagar keselamatan ini yang dirosakkan berulang kali dengan digunting bagi membolehkan aktiviti penyeludupan dilakukan di kawasan berkenaan walaupun pengawasan yang ketat dilakukan oleh anggota PGA di kawasan berkenaan.

Kerosakan yang berlaku itu menyebabkan PGA yang bertugas di kawasan itu terpaksa menutup kembali dawai yang dirosakkan itu dengan pelbagai kaedah termasuklah dengan menghalang laluan dengan pintu tandas polivinil klorida (PVC) lama yang rosak sebagai usaha jangka pendek menghalang sebarang pembolosan atau pencerobohan ke negara ini dari Thailand.

Berbanding dengan laluan keselamatan di Bukit Kuan Cu, Padang Besar yang berbukit dan dikelilingi hutan, laluan keselamatan di sekitar Chuping dan Padang Besar dilihat agak berisiko disebabkan terdapat jalan raya awam di bahagian Thailand yang sering dijadikan sebagai 'port' transit untuk menyeludup migran atau barangan lain.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, kebanyakan pagar keselamatan yang berada di laluan keselamatan itu dipercayai sudah melebihi 30 tahun dan faktor ini yang menyebabkan kini ia agak berkarat dan mudah dirosakkan oleh sindiket penyeludupan untuk membolosi negara ini.

"Kawasan pagar berduri dianggarkan sekitar sejauh 26.69 km, manakala kawasan tidak berpagar dan bertembok adalah sekitar 60.22 km.

"Kawal selia terhadap infrastruktur seperti naik taraf atau penggantian pagar keselamatan ini adalah di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Pada pandangan saya, sekiranya isu pengukuran batu sempadan Malaysia-Thailand sudah diselesaikan, saya mencadangkan agar adalah lebih baik menaik taraf pagar keselamatan kepada tembok dengan ketinggian sekitar 4.572 meter dan di kawasan yang sesuai di mana risiko pembolosan atau ketirisan untuk pencerobohan dapat dikawal.

"Apabila situasi ini dapat direalisasikan, maka kita boleh tempatkan pemantauan secara mekanikal menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi kamera litar tertutup (CCTV) atau penggunaan dron di sekitar kawasan laluan keselamatan ini dan dalam masa yang sama juga, kekuatan PGA ini kita boleh alihkan ke kawasan 'hotspot' yang lain," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis bersempena Sesi Wawancara Setahun Pentadbiran Ketua Polis Perlis di sini, hari ini.

Menurutnya, pada masa yang sama, sindiket penyeludupan tidak hanya merosakkan pagar keselamatan sebaliknya turut menyasarkan aset lain seperti CCTV apabila banyak dirosakkan dengan dilastik dari kawasan Thailand.

"Daripada 40 CCTV yang ada di kawasan itu, sembilan daripadanya rosak akibat perbuatan sabotaj seperti melastik dan kecurian kabel elektrik yang menyebabkan ia tidak dapat berfungsi," katanya.

Beliau berkata, selain aset, anggota PGA yang bertugas di beberapa pos kawalan di laluan keselamatan itu juga terdedah kepada serangan provokasi sindiket penyeludupan ini.

"Ada antara pos kawalan mereka ini diserang dengan balingan mercun dari kawasan negara jiran malah ada juga dilastik dan semua serangan ini dilihat cuba untuk menimbulkan provokasi kepada kita.

"Walaupun dengan fasiliti yang serba kekurangan, PGA tetap meneruskan tugas secara profesional dalam memastikan kedaulatan negara tetap terplihara meskipun berdepan risiko bertempur dengan penyeludup yang mempunyai senjata api," katanya.



Disiarkan pada: November 1, 2024 @ 4:22pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1150392/pagar-cctv-di-sempadan-dirosakkan-penyeludup





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2024 06:01 PM | Show all posts
Edited by silance at 1-11-2024 06:02 PM

Malah, ada pagar keselamatan ini yang dirosakkan berulang kali dengan digunting bagi membolehkan aktiviti penyeludupan dilakukan di kawasan berkenaan walaupun pengawasan yang ketat dilakukan oleh anggota PGA di kawasan berkenaan.

Bagus sangat lah tu. Pengkhianat desperate sampai macam ni sekali nak niaga import export.
PGA dah patut pasang jerangkap samar di situ supaya pengkhianat perosak + pati parasites ni kudung jadi oku. Hidup cukup sifat pun tiada nilai menyusahkan orang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.051165 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list