CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26939|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dapur kotor ada najis lipas, 'port lepak' tepi pantai ditutup

[Copy link]
Post time 1-11-2024 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Dapur kotor ada najis lipas, 'port lepak' tepi pantai ditutup

Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 1, 2024 @ 8:18am[email protected]




Kedai makan di Batu Feringghi diberi notis penutupan selama 14 hari susulan keadaan kebersihan premis berada pada tahap tidak memuaskan. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli



GEORGETOWN: Penemuan najis lipas di bawah kaunter pesanan dan dapur yang kotor, menyebabkan sebuah kedai makan di Batu Feringghi di sini, diberi notis penutupan selama 14 hari.

Notis berkenaan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut selepas premis terbabit diperiksa dalam Op Deepavali, semalam dan mendapati tahap kebersihan tidak memuaskan.

Selain itu, beberapa pekerjanya juga didapati tidak dapat suntikan anti tifoid dan tidak mengikuti latihan pengendali makanan.

Pemeriksaan mendapati bahan basah yang disimpan tidak terurus dan keadaan peti sejuk juga kotor serta tidak dicuci manakala rak simpanan bahan mentah pula tidak disusun rapi dan berselerak.

Pemilik premis terbabit bagaimanapun akur dengan arahan penutupan berkenaan.

Premis makanan itu menjadi tumpuan dan 'port lepak' berikutan kedudukannya berhampiran pantai serta menawarkan pertunjukan api.

Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut Wan Mohamad Akhbar Wan Ali berkata, sebanyak 14 premis di Batu Feringghi diperiksa dalam operasi yang bermula sejak pagi sehingga jam 8.30 malam.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak empat daripadanya diberi notis penutupan atas pelbagai kesalahan termasuk tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

"Kedai makan berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan kesemua penutupan premis dilakukan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

"Kesemua premis yang diperiksa terdiri daripada kedai makan, kafe dan restoran yang menjadi tumpuan pengunjung di Batu Feringghi.

"Keseluruhan nilai kompaun dikenakan terhadap premis yang diperiksa ialah sebanyak RM13,600," katanya lagi.

Mengulas lanjut Wan Mohamad Akhbar berkata, pemilik premis perlu memastikan supaya pengendali makanan atau pekerja mendapat suntikan antitifoid dalam mengelak pencemaran makanan, penyebaran penyakit bawaan makanan dan air seperti demam tifoid.

"Suntikan vaksin tifoid perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bekerja atau mengendalikan makanan.

"Tambahan pula demam tifoid mudah menular dan menyebabkan wabak dan kerana itu pencegahannya adalah sangat penting," katanya lagi.

Di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, menetapkan semua pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan vaksin tifoid.

Sekiranya gagal mendapat vaksin tifoid itu, pemilik premis boleh dikompaun sehingga RM5,000.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1318315/dapur-kotor-ada-najis-lipas-port-lepak-tepi-pantai-ditutup





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.254567 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list