CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20232|Reply: 0

[Pulau Pinang] Juruukur tanah didakwa cuba bunuh dua polis

[Copy link]
Post time 30-10-2024 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-10-2024 11:24 AM

Juruukur tanah didakwa cuba bunuh dua polis

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
30 Oktober 2024 10:34am




Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen 1 di atas pertuduhan cubaan membunuh dua anggota polis.




GEORGE TOWN - Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota polis di Mahkamah Sesyen 1 di sini pada Rabu.

Ammar Faris Zainulkifli, 32 membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Juraidah Abbas selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.


Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan perbuatan dengan niat cuba menyebabkan kematian ke atas dua anggota polis iaitu Lans Koperal Mas Safiq Azizan Matzrol dan Koperal Mohd Norhasmi Ab Razak yang sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan memandu kereta jenis Honda Civic berwarna perak dan cuba melanggar kedua-dua anggota tersebut.

Sehubungan itu, dia dituduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Tertuduh dari Kubang Semang, Bukit Mertajam didakwa melakukan kesalahan itu di belakang Gurney Plaza, Jalan Kelawai di sini pada jam 4.50 petang, 25 Oktober lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam prosiding kes, Jun Keong menawarkan wang jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.


Tertuduh bagaimanapun memohon wang jaminan dikurangkan berikutan perlu menjaga ibunya yang sedang sakit tua.

"Saya kerja sebagai juruukur tanah dengan pendapatan RM1,200 dan perlu menjaga ibu yang sedang sakit. Dia sakit tua.
[

"Bapa saya akan menjamin saya dan dia pun hanya bekerja sebagai juruukur tanah, sama seperti saya," katanya.

Juraidah kemudiannya menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin warga tempatan terhadap tertuduh.

Kes ditangguh pada 20 November ini untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

https://www.sinarharian.com.my/article/693893/berita/semasa/juruukur-tanah-didakwa-cuba-bunuh-dua-polis


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.044280 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list