View: 33028|Reply: 64
|
Aminuddin hilang di kawasan tempat kerja ibunya sebelum ke kelas fardu ain
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa berada di kawasan tempat kerja ibunya di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Bapanya, Ibrahim Syed Mohammed Mossadeg, 40, berkata, anaknya, Mohamad Aminuddin, 11, berada di tempat kerja isterinya untuk menukar pakaian bagi menghadiri kelas fardu ain jam 1.30 tengah hari.
"Memang sudah rutin harian Aminuddin untuk menukar pakaian di sana sebelum ke kelas fardu ain memandangkan sekolahnya berhampiran dengan tempat kerja isteri.
"Selepas menukar baju, Aminuddin meninggalkan beg di pondok pengawal sebelum pengawal keselamatan bertugas memaklumkan perkara itu kepada isteri," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ibrahim berkata, isteri yang bergegas ke pondok pengawal mendapati Aminuddin sudah tiada di kawasan berhampiran dan memaklumkan perkara itu kepadanya.
"Saya terus bergegas mencarinya di kawasan sekitar, namun tiada kelibatnya. Malah, saya juga bertanyakan kepada rakannya tetapi tiada yang tahu keberadaan Aminuddin.
"Selepas usaha mencarinya gagal, saya terus membuat laporan berhubung kehilangan anak sulung daripada tiga beradik itu di Balai Polis Dang Wangi," katanya.
Beliau yang juga pesara tentera berkata, kali terakhir Aminuddin dilihat memakai baju T berkolar warna merah serta seluar hitam sebelum menghilangkan diri.
"Saya bimbang keadaannya di luar sana yang hanya sehelai sepinggang. Aminuddin memang sedikit sensitif tetapi dia tidak pernah buat seperti ini (menghilangkan diri).
"Saya merayu kepada Aminuddin supaya pulang ke rumah atau pergi semula ke tempat kerja ibunya.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Aminuddin boleh menghubungi balai polis berhampiran," katanya.
SUMBER : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
semoga selamat balik ke pangkuan keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by PULANGKAN at 29-10-2024 08:50 AM
makin kerap kes budak hilang
edit : alhamdulillah dah ditemui selamat
|
|
|
|
|
|
|
|
merajok ke dikAminuddin memang sedikit sensitif
hmm harap2 selamat pulang ya dik, smoga allah melindungi mu |
|
|
|
|
|
|
|
dah jumpa?
apa cerita? sentap ngan parent ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak dah kes budak2 kena cabul & bunuh dengan guard, dah jadi kes high profile, tetap jugak nak percaya kat orang luar...tetap jugak nak cakap 'itu rutin harian' budak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg susah nak besarkan anak skrg.. mcm cepat sgt dewasa dan sensitif.
aku pun dalam kelas bila dah tua gini, jaga mulut, jaga tingkah laku kalau nk tegur murid..
lagi besar lagi sensitif.. tokleh nak pujuk mcm budak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN: Edited by PULANGKAN at 29-10-2024 08:50 AM makin kerap kes budak hilangedit : alhamdulillah dah ditemui selamat
dah jumpa ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
salam dh jumpa dh...ni anak pegawai kt opis aku |
|
|
|
|
|
|
|
ok tak budaj tu nape boleh hilang |
|
|
|
|
|
|
|
dia merajuk ke?
mak ayah jgn mrh mrh ank..
i kalau tgk kakak i mrh ank dia..i hntr video kt tt yg share wktu mak ayah xblh mrh ank..hehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya kanak2 hilang, iols hilang kucing pun iols sedih sampai skrg memikirkan kesian heols dahlah indoor cat, itu ini tak reti, semua kami provide. Ini kan pula kanak2. Moga ditemui semula dlm keadaan safe and sound. Kat tpt iols pun ada budak umur 16 hilang dah seminggu, ikut bf naik vios masa hari keusahawanan sekolah. Ya ampun apalah dlm fikiran budak2 ni ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lari ke Thailand ikut gf dah le! |
|
|
|
|
|
|
|
x pasti pulak sbb apa dia hilang...x nmpk maknya hrni lg
|
|
|
|
|
|
|
|
reenz013 replied at 29-10-2024 10:43 AM
salam dh jumpa dh...ni anak pegawai kt opis aku
Apa citer sebenarnya weih..sekolah tu sebelah lppkn..opis uols lah kan |
|
|
|
|
|
|
|
IvyGorgon replied at 29-10-2024 11:33 AM
Sedihnya kanak2 hilang, iols hilang kucing pun iols sedih sampai skrg memikirkan kesian heols dahlah ...
Dh jumpa ke budak yg ikut boipren tu? Better cepat2 viralkan..cepat sikit jumpanya |
|
|
|
|
|
|
|
Dah viral dah kat sini tp tulah tak jumpa lagi, aduhai anak ohhh anakkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 29-10-2024 02:15 PM
Agaknya parents hari ini perlu ada special dialog session dgn anak2. Selain secara friendly approach, adakan semcm program brainwash: tanya anak how do they feel with their life, dgn parents/family, happy or tak happy duduk di rumah. How do they evaluate their mother n father. Ayah atau emak terlalu strict, terlalu command ke. Ayah dn ibu kemudian boleh terangkan kpd anak kenapa makayah bersikap begitu, melarang dn mengongkong: serba tak boleh. Bonding sekeluarga perlu diikat rapat, umpama melentur buluh selagi rebung.
Explain to the child kenapa ia dilarang, semata2 demi keselamatan kerana di luar banyak orang jahat. Nak lari konon, nak ke mana? Awak tu kecik lagi. Kalau kena tangkap, dibawa lari/dikurung orang jahat, dibunuh untuk diambil organ, dizalimi (rogol or liwat), terjebak dg pemerdagangan orang, cuba membayangkan hal yg bakal terjadi, takut tak? Hari ini anak2 lari, kalau tak jumpa lagi makayah, tak jumpa Along, Angah d adik2 lain, tak rindu?
Tanamkan dlm fikiran anak2, jgn cepat nak merajuk dn sikit2 lari mnghilangkan diri. Nak buat ape2, waima nak ke rumah jiran sebelah, kena beritau dgn sape saja yg ada di rumah. Takutnya disangka anak ke rumah jiran, tapi depan rumah pun boleh dpt musibah. Yg ada anak2 gadis remaja/gadis sunti lagilah kena lebih waspada. Makayah kena lebih alert, ambik tau sape kawan2nya, kawan sekolah dn kawan sealam maya. Dlm soal parenting, kena telus, kena ambik tau aktiviti anak2: pljrannya, pakaiannya, pergaulannya dn yg penting solatnya. Waktu maghrib, suruhlah anak lelaki azan, sedap tak sedap azannya tak apa. Latihkan aja tapi jgn pula suruh kanak2 itu jadi imam. Suruh jadi makmum di saf belakang. Pastu ajar/ajak anak mengaji surah2 pendek. Ceritakan hal syurga-neraka kpd anak2. Pokoknya makayah kena bina sahsiah anak2 dunia akhirat. Anak2 zmn skr tak mudah nak dikawal spt zaman anak2 kita dahulu.
InsyaAllah, doa makayah kpd anak2 akan Allah restui d rahmati. Amin......
Duhai anak2 'Pse don't break ur parents' heart'.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols setuju dgn apa uols tulis ni. Iols skrg ni tgh ada isu dgn anak jiran i, anak dia terbiar and berlapar sepjg hari, so i panggil dia makan kat rumah i, once mamanya tahu, dia bantai anak dia (i tahu anak i balik sekolah passed by rumah dia and nampak si kecil tu main2 kat compund rumah, kat lengan berbilai2 kesan kena pukul). Allahu iols yg terkesan. Kesian anak tu kecil lg, mmg i makin realized anak yg hidup dlm broken family ni mmg kasihan sgt2. Betapa iols and anak i beruntung tak lalui semua tu. Iols masih tggu dia..Harap kalau dia lapar dtglah ke rumah aunty, Insya Allah kenyang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|