View: 20369|Reply: 2
|
Koperal polis dituduh curi enjin RXZ milik seorang wanita berusia 57 tahun di IPD Kemaman
[Copy link]
|
|
KEMAMAN – Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri enjin motosikal jenis Yamaha RXZ yang merupakan barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, tiga bulan lalu.
Tertuduh, Faris Zahim Farizan, 32, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Balai Polis Chukai di sini didakwa telah mencuri enjin motosikal Yamaha RXZ berkenaan yang milik seorang wanita berusia 57 tahun.
Perbuatan itu didakwa dilakukan Faris Zahim di tepi bangunan pejabat pegawai penyiasat trafik IPD Kemaman antara pukul 12.45 tengah malam hingga 1.15 pagi, 20 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM800 dan seorang penjamin.
Kosmo! 10 Ogos lalu melaporkan, tiga anggota polis yang bertugas di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan komponen motosikal Yamaha RXZ.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, penahanan dilakukan selepas komponen enjin motosikal Yamaha RXZ didapati hilang daripada simpanan di stor barangan kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
SUMBER : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman manusia kelapaq pitis
Polis pun ada napsu mencuri demi sesuap nasi haram |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan cerita baru.
Duluuuuuuu (cerita) A hantar motor pergi repair kedai ah chong. ah chong guna motor A pergi merompak. Polis tahan ahchong dan motor hantar balai.
A pergi balai minta balik motor - tak dpt sebab barang kes. Tunggu 8 bulan. Ahchong masuk penjara. Motor dipulangkan tapi lampu dan dua tiga body part dah ilang.
A buat report ............ sampai sudah tak dpt apa apa ganti rugi.
Sebab itu anak polis ramai yang tak menjadi kan @irfanonline kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|