CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 47724|Reply: 22

Ramai gesa KPM lulus pertukaran Cikgu Din jaga isteri kanser - "YB Fadhlina bantu Cikgu Din, luluskan permohonan pertukarannya"

[Copy link]
Post time 25-10-2024 06:19 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Kisah seorang guru di Sarawak dikenali sebagai Cikgu Din terus mendapat perhatian ramai apabila dia diuji dengan masalah kesihatan isterinya yang disahkan menghidap kanser tahap empat.


Pada awalanya, rakan Cikgu Din atau nama sebenarnya Izzuddin Izhar, Harimah Abd. Rahman tampil mendedahkan liku hidup diharungi rakannya itu apabila terpaksa berjauhan lebih 4,600 kilometer (km) dengan isteri tersayang, Nur Atiqah My Yusoff yang bergelut dengan masalah kesihatan kronik di Kota Bharu, Kelantan.


Harimah turut berkongsi keratan surat permohonan pertukaran yang dikemukakan Cikgu Din kepada pihak Kementerian Pendidikan (KPM), namun ia tidak diluluskan.


Semalam, KPM dalam kenyataan memaklumkan, guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama isterinya selain kementerian itu akan mengadakan satu pertemuan dengan Cikgu Din dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikan dan lain-lain perkara.


Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata orang ramai menggesa pihak KPM untuk meluluskan permohonan pertukaran Cikgu Dik untuk mengajar di sekolah berdekatan isterinya.


“Kalau tak dapat sekolah satu kampung, boleh pertimbang satu daerah, atau sekurangnya-kurangnya satu Kelantan,” kata Azizah Nawar.


“Pesakit kanser tahap empat ni, tempoh mereka tidak lama, apa-apa kemungkinan boleh berlaku. Kalau dah jauh Sarawak dengan Kelantan, sempat ka nak terbang balik kalau isteri nazak? Sempat nak bisikkan kalimah syahadah?


“Sememangnya isteri Cikgu Din perlukan Cikgu Din di sisi. Kami rayu pada KPM untuk lebih prihatin, YB Fadhlina bantu Cikgu Din, luluskan permohonan pertukarannya,” luah Ahmad Baduri.


Sementara itu, ramai turut meninggalkan kata-kata semangat kepada Cikgu Din dan keluarga agar kuat menempuhi ujian hidup selain mereka mendoakan agar kebaikan pendidik tersebut akan dibalas dengan hadiah pertukaran sekolah satu hari nanti.


“Cikgu manfaatkan dulu cuti yang diberi, kami semua doakan cikgu dapat tukar sekolah dekat dengan isteri agar dapat terus berbakti menjaga permaisuri hati cikgu,” ujar Alyy.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahhh... Manyak cantekkk...
Cuti separuh gaji cukop la. Patu pepandai ler cuti tanpa gaji.
Halo... Hada ramaaiii lg yg deserve & lebih dr cukop syarat utk tuko tp xdapat².
Give someone an inch and they'll take a mile. Haish.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissYouSayang at 25-10-2024 06:46 PM

Ramai lagi yg sdg menderita cuma x viral jer . iols cuba berada di tempat kasut cg din ni tapi mcm x adil utk org lain plak...hmmm

N then jgn disebabkan kisah cg din viral ni, syarat pgambilan guru menjadi ketat plak..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sekarang kes spp buka kekosongan cikgu di sarawak untuk semua, viral kes ini xthulah mcm mna
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CikHasanah at 25-10-2024 11:11 PM

Kalau tidk dibelenggu hutang, CH yakin ramai penjawat awam tak teragak untuk berhenti kerja. Salah satu sebab mengapa penjawat awam sekarang hanya lantikan kontrak mungkin sebab SPA nak kurangkan penjawat awam yang tak perform dan banyak masalah peribadi sehingga menganggu perkhidmatan. Yang CH tak faham, kenapa orang SM dihantar ke SS dan sebaliknya? Tidakkah itu melibatkan kos yang lebih banyak contohnya elaun wilayah dan waran tiket kapal terbang. Bukan kah kerajaan dah jimat berjuta dalam setahun kalau penempatan bersilang dikurangkan? Apa rasional SPA laksanakan penempatan bersilang ni? Maaf kalau CH silap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa perlu import guru dari semenanjung ke sarawak? Rakyat sarawak tak mahu jadi guru ke? Sarawak kan hebat. Pandai-pandai diaorg la isi jawatan guru di sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
A ah.cuti tanpa gaji ajalah.nak buat mcmana.ramai yg sama bermasalah.x adil pula kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi aku kes cikgu din ni legit...wife kanser tahap 4...memang risiko tinggi dah tu..

elok la daripada kes2 laki bini cikgu PJJ lepas tu bini murung la, yg laki tak nak mengajar, tak datang mengajar...tak pun bagi alasan nak jaga mak kat kampung...

banyak alasan2 remeh..tp alasan kesihatan keluarga yg sakit kanser ni harus dipertimbangkan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau bukak klebihan utk sorang, maka yg lain pun akan minta hak yg sama. ramai yg 'menderita'. cuma x viral
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 25-10-2024 11:17 PM
Kenapa perlu import guru dari semenanjung ke sarawak? Rakyat sarawak tak mahu jadi guru ke? Sarawak  ...

Rakyat sarawak busy diorang muhibbah nak nak pastikan type M makan di kedai type L (lain lain)
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Not surpise sampai kena viral
Sekolah and ppd mmg masalah
Citer kawan i la
Dgn guru besar kelentong financial audit kerani kena jawab
Susah nak dpt tukar
Gi ppd officer counter perangai little napolean pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 11:46 PM | Show all posts
Kalau kes ni, dah tahap 4 kot.
Yang komplen kate ramai lg yang bermasalah, at least yang satu mi kite cuba selesaikan.
Tahap 4 kot.
Mmg peluang nk bersama sampai tua tu sangat2 tipis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dalam kesusahan, kawan bantu. Takde isu di situ. Tapi memang dah exhaust all other cara rasmi ke? Permohonan pertukaran ke negeri kelantan adalah yang paling tinggi, paling rendah ke KL. Bayangkan la kalau kpm accomodate cikgu din, yang dah q berzaman tu rasa apa?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
CikHasanah replied at 25-10-2024 11:05 PM
Kalau tidk dibelenggu hutang, CH yakin ramai penjawat awam tak teragak untuk berhenti kerja. Salah s ...

Kalau tak sanggup dihantar ke Sabah,Sarawak,berjauhan dgn family..jgn jadi cikgu.byk lagi kerja2 lain kat Malaysia ni.

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuti tanpa gaji. Tu je cara yg paling sesuai. Mintak pindah, x adil kat org lain yg lg legit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 28-10-2024 04:45 AM
Kalau tak sanggup dihantar ke Sabah,Sarawak,berjauhan dgn family..jgn jadi cikgu.byk lagi kerja2 l ...

kan. kalau nak sangat jd penjawat awam terima je lah kena humban mana2 pon, ramai je org pilih kerja sendiri atau cari keje swasta sbb nak tempat keje ikut tekak. ni segala benefits gomen nakkk, pastu tiber gomen kejam bila tak dapat tukar. nak pindah2 ni bukan ke ikut kekosongan? kalau kelate mmg la susah sbb ramai sangat acik gomen asal kelate semua demand nak balik tempat sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 28-10-2024 07:00 AM
kan. kalau nak sangat jd penjawat awam terima je lah kena humban mana2 pon, ramai je org pilih ker ...

Kan,asyik la salahkan gomen padahal bodoh sendiri.
Berenti je lah kalau dah susah2 sangat.ini asyik main sentimen je,sebab dorang tau ada sokong.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdasarkan pembacaan.. Cikgu Din pon kena depression..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 28-10-2024 04:45 AM
Kalau tak sanggup dihantar ke Sabah,Sarawak,berjauhan dgn family..jgn jadi cikgu.byk lagi kerja2 l ...

Bila org suggest utk kerja gomen ikot ic. Org tu ic selangor kerja dkt selangor. Geng pantai timur gak bising.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 28-10-2024 07:00 AM
kan. kalau nak sangat jd penjawat awam terima je lah kena humban mana2 pon, ramai je org pilih ker ...

Nk status penjawat awam kerja dkt kelate. Baru status tggi sikit. Kerja jela cikgu tahfiz swasta dkt kelate
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.052889 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list