View: 27000|Reply: 28
|
Qistina Raisah Dedah Pengikut Mencanak Naik Hampir Sejuta Di TikTok Lepas Video Simbah Air Ke Muka Arnie Shasha Tular
[Copy link]
|
|
Pelakon Qistina Raisah mendedahkan pengikut di TikTok miliknya bertambah sebanyak 15,000 sejak video dia menyimbah air ke muka rakannya yang juga penyanyi dan aktres, Arnie Shasha tular.
Qistina, 16, berkata, dia tidak menyangka pengikut di platform tersebut naik mendadak biarpun video berkenaan merupakan gimik bagi pelancaran lagu sulung Shasha berjudul Lepak.
"engikut saya di TikTok menaik sejak video simbah air tu viral. Lagi 4,000 nak cecah sejuta. Saya lihat bertambah dalam 15,000. Memang ‘love’.
"Mungkin netizen berkampung sebab mereka nak tahu perkembangan kes tersebut."
Qistina berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu sulung Arnie Shasha berjudul Lepak yang berlangsung di sekitar ibu kota, pada Khamis.
Berkongsi lanjut, pelakon drama Iktibar ini berkata, dia hanya mengetahui mengenai tugasan untuk menjayakan gimik berkenaan selepas dimaklumkan oleh ibunya.
Pun begitu, Qistina akui tidak terkesan dengan kritikan yang dilemparkan netizen yang mengecam dirinya.
"Saya tak rasa gimik ini telah mencalarkan nama saya pun. Saya hanya menjayakan watak dan jalankan tugasan saya.
"Saya tidak tahu menahu, sehari sebelum buat gimik baru tahu. Itu pun mak saya beritahu ada ‘job’ ini. Saya pun kata okay.
"Netizen pula memang suka bercakap fasal saya, kalau saya tak buat apa pun mereka tetap akan bercakap.
"Saya tidak terkesan dengan hencapan yang dilemparkan netizen. Saya tak baca langsung komen netizen. Sesekali baca boleh, tapi jangan balas."
Dalam pada itu, ditanya apakah reaksi apabila dilabel sebagai ‘kaki gaduh’, Qistina menafikan perkara tersebut.
"Saya kuat gaduh? Saya tidak kuat gaduh pun. Selalunya kalau ada isu melibatkan saya, orang lain yang mulakan dahulu bukan saya."
"Jika saya ada terlibat dengan pergaduhan sekali pun, saya lebih suka selesaikan secara baik dan personal. Tidak sampai nak viral."
Terdahulu, Arnie meluahkan rasa berang dan tidak lagi mampu menahan sabar dengan sikap rakannya iaitu Qistina yang didakwa sering mendedahkan aib dirinya kepada orang lain.
Tidak lama kemudian, tular sepotong video pergaduhan antara mereka yang memaparkan Qistina menyimbah air ke muka Arnie.
Sumber : Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
another pelachhh and another senduk in the industry. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak pun...job macam ni pun ko ambik utk anak ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Lucu la awak. Org asyk ckp pasal sy wlau sy tak buat apa. Bukan slalu org ckp pasal ko pun |
|
|
|
|
|
|
|
Qistina tu aiyo ajet2 nya lahai, ko dah lah sekolah, patut perangai mcm bimbo.. Takde beza dgn rohingya, tak sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
Harap 5-10 tahun lagi takde mak dia keluarkan kenyataan anak dia milik istana bunian |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 mana lak ni
Comotnya gaya masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap dia cepat kawen jumpa laki kaya dan tinggalkan mak dia confirm perangai elok lepastu..dia jadi brat macam ni sebab mak dia suruh buat bende2 bodoh..maklum la mak nak jadi retis rupa tak lepas piawaian..so terpaksa push anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sikap bitch dia ni mesti disebabkan momager dia kan. Momager terlalu nak anak tu kejar populariti, confirm akan create isu2 untuk kekal relevan. |
|
|
|
|
|
|
|
Gimik rupanya.patut la jantan yg konon2 bwk si sasha tu ckp xde isi.ckp pusing2 tp xde bgtau pon kenapa diorg gaduh. |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu laharan utk tibaiunta |
|
|
|
|
|
|
|
rosak betul artis2 sekarang...makin lama makin bodoh... |
|
|
|
|
|
|
|
So dh boleh tapau job Anna Jobling ke dik ko buat cmni...Tanya jerrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
gimik pebenda dik
kalau lagu sedap takpe gak walau nyanyi hauk
ni dua2 hauk pebenda |
|
|
|
|
|
|
| |
|