CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7844|Reply: 62

Bekas penyampai radio, Kieran hidap kanser prostat

[Copy link]
Post time 16-10-2024 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Kieran kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat.




KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio, Kieran, 49, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat.
Kieran atau nama sebenarnya, Maskiran Jakiran berkata, kanser itu kini sudah mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru.
"Saya menghidap kanser prostat yang sudah sedikit merebak ke perut dan paru-paru. Sekarang, saya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur di wad Jabatan Onkologi.
"Kanser ini sudah menyerang agak lama, cuma saya yang lambat buat rawatan penuh," katanya kepada Harian Metro.


Perlu menjalani empat kali sesi kemoterapi, Kieran berkata, dia akan terus ditahan di wad sehingga Isnin bagi memudahkan pihak hospital memantau keadaan kesihatannya.
"Saya ditahan di wad bermula Jumaat lalu dan dijangka akan dirawat di sini sehingga Isnin depan bergantung kepada keadaan selepas selesai pusingan pertama kemoterapi ini.
"Jadual yang doktor beri sebanyak empat kali sesi kemoterapi. Ini sesi minggu pertama selama lima hari dan dimulakan dengan dos rendah terlebih dahulu bagi lihat reaksi kepada tubuh.
"Jadual seterusnya akan ditentukan nanti," katanya.
Sejak Ogos lalu, Kieran mula menolak tawaran kerja pengacaraan untuk majlis dan turut dinasihatkan doktor untuk berehat.
"Saya memang sudah tak ambil kerja pengacaraan majlis sejak Ogos lagi dan memang doktor suruh banyakkan berehat.
"Nampaknya, saya kena rehat betul-betul untuk kebaikan. Maaf kepada yang tawarkan kerja dan saya terpaksa tolak kerana keadaan saya tidak mengizinkan," katanya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga cpt sembuh.makin ramai kena kanser sekarang ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 02:41 PM | Show all posts
sama mcm arwah bapak aku .. prostat stage 4  ...
x sempat amik result biopsi pun
x de kimo2 ... mmg cepat serang ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 02:43 PM | Show all posts
GWS Kieran... Aku minat dia dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah..innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 02:45 PM | Show all posts
semoga kembali sembuh abg kieran & dpt jadi DJ balik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2024 02:48 PM | Show all posts
Allah... semoga dipermudah urusan rawatan & cepat sembuh. Makcik suka dgr Jawa Rangers dulu2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke dengar kira dekat era dulu ..x silap dia bergabung ngn khairil rashid.. K&k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat sembuh..suka dgr geng2 kiran dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 02:55 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh... wife dia la kan asalnya jd peminat dia, last2 jd isteri... so sweett
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2024 02:56 PM | Show all posts
Terkejut gak aku baca kat bharian..
tau2 stage 4 dah tu..
Semoga Allah permudahkan urusan beliau..Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu.. Moga diberi kesembuhan kieran dan dipermudah urusan semua
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 02:58 PM | Show all posts
semoga diberi kesembuhan.. kena kuat... suka sgt dengar dia dgn krill kat era dulu... K&K...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 03:46 PM | Show all posts
tompie replied at 16-10-2024 03:56 PM
Terkejut gak aku baca kat bharian..
tau2 stage 4 dah tu..
Semoga Allah permudahkan urusan beliau..A ...

Arwah pakcik iols cancer pankreas.
Dapat tau stage 4 bln September 2011.

Dia dah start buat kimo. Ubat cara kampung.

Tp by Feb 2012 dia meninggal.


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 03:51 PM | Show all posts
semoga diberi kesembuhan dan diangkat tuhan sakitnya..amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 03:51 PM | Show all posts
iols ingat dia India masa dgr dia kat Era.. kagum betul dgr dia cakap melayu fasih sangat.. masa dia kahwin baru tau dia melayu rupanya eh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon .. salah satu  penyampai yang best di zaman kegemilangan era ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon kieranto marcelo aka Kiran. minat dia masa jd dj era dengan kyrill.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
semoge cepat sembuh..antara dj yg bes dulu dgn kerel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.056319 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list