View: 24505|Reply: 8
|
Dewan Rakyat: Kunjungan kapal tentera China tidak langar peraturan - Mohamad Hasan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini tidak melanggar mana-mana peraturan negara termasuk dalam soal diplomatik.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kunjungan kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang itu mendapat kebenaran Kementerian Pertahanan.
“Permohonan diplomatik dari kedutaan China jelas untuk membuat lawatan ke sekolah yang berunsurkan dan berlatar belakang Konfusianisme dan lain-lain.
“Ini ada diuruskan oleh pihak keselamatan dan yang lain itu kita harap kalau ada apa-apa pelanggaran daripada pihak mereka, akan disiasat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat)pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mohamad seterusnya menjelaskan, acara meriah bagi menyambut ketibaan tersebut adalah bersempena meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Kementerian Luar masih menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran Nota Diplomatik dari Republik Rakyat China (PRC) kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.
Menurut beliau, siasatan menjurus kepada keaslian dokumen itu kerana ia tidak mempunyai tera air (watermark) seperti lazimnya diterima oleh pihak kementerian.
“Yang dikeluarkan itu tiada watermark, jadi kita tidak tahu di mana. Kalau di peringkat kita mesti ada watermark. Jadi itu kita akan jalankan siasatan,” katanya
Menjawab soalan asal Datuk Andy Muhammad Suryandy Bandi (BN-Kalabakan) berkaitan konflik Laut Cina Selatan, Mohamad menegaskan, Malaysia tegas memastikan kedaulatan dan kepentingan negara terpelihara.
Ujar beliau, ketegangan yang berlaku di Laut Cina Selatan adalah di luar Kawasan maritim Malaysia berdasarkan Peta Baru Malaysia pada tahun 1979.
“Isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks dan sensitif. Setiap tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif,” katanya.
Tambah beliau, ASEAN dan China juga sedang merundingkan dokumen Awal Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan sebagai satu kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan.
“Ianya adalah tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing. Rundingan COC dilaksanakan oleh ASEAN dan China menerusi platform, ASEAN- China Joint Working Group on the Implementation of the DOC (JWG- DOC),” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Yang saya tak faham kenapa pelajar sekolah yang jadi rakyat Malaysia melambai-lambai kibar bendera China masa sambut kedatangan mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tok mat. Xleh keluar statement sebarangan. Bila bn bkn majority ni la jadinya. Sabar ye tok mat. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan sebab majority, ni pasal kedaulatan & keselamatan negara. Kena provide clarification secepat mungkin utk elak speculation melampau. Lelebih lagi dr pihak yg suka create chaos kat media sosial |
|
|
|
|
|
|
|
ler ader lagi dia ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
Even klu langgar peraturan pun, kita boleh buat apa?
Nak berperang dengan chinaa?.. adoi
|
|
|
|
|
|
|
|
statment duterte ttg perang dgn china...
President Rodrigo Duterte said on Wednesday that he would be willing to “declare war” with China over its militarization in disputed areas in the West Philippine Sea. But it would be a losing endeavor.
“I can declare war with China tonight,” he told reporters at a press conference in Malacañang.
“But who’s going to war?” he added in Filipino. “My troops? My police officers? They will all just die… Why will I go to war for a battle I cannot win? That would make me look stupid.”
He said he would discuss geopolitics some other time and explain “why I allowed things to just stay there.”
“There is an airport. There are missiles there installed. There are military equipment already in place,” he said. “So what’s the point of questioning whether their planes land or not? There’s an airstrip.”
|
|
|
|
|
|
|
|
baguslah kerajaan kasi cool perkara tu, dan buat jalan diplomatik seboleh mungkin dpt penyelesaian yg terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Yg beriya-iya bokak molot semua M. Bokak la molot engkorang selagi boleh ye! Pelaku duduk belakang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|