CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71205|Reply: 0

[Kedah] Jelajah Bongkar platform rakyat Kedah nilai prestasi wakil rakyat - Johari

[Copy link]
Post time 12-10-2024 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Jelajah Bongkar platform rakyat Kedah nilai prestasi wakil rakyat - Johari

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 12, 2024 @ 8:09pm [email protected]




Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) ketika hadir pada majils Jelajah Bongkar bersama UMNO Kedah di Majlis Perbandaran Sungai Petani, hari ini. - NSTP/WAN NABIL NASIR





SUNGAI PETANI: Rakyat Kedah diminta menilai sendiri prestasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) berdasarkan janji yang dibuat ketika pilihan raya sebelum ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata UMNO Kedah memperkenalkan Jelajah Bongkar sebagai platform bagi rakyat negeri itu menilai prestasi setiap wakil rakyat yang dipilih.

Katanya, antara pengisian program itu adalah turun ke padang untuk memberitahu fakta atau fitnah terhadap isu atau perkara tertentu.

"Dalam jelajah itu akan diceritakan apa benda yang tipu, apa yang fitnah dan apa yang fakta.

"Inilah yang disusun oleh Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan 15 UMNO Bahagian di Kedah untuk memastikan kita mesti terus memberi pandangan.

"Peringatan ini dibuat kepada rakyat Kedah mengenai betapa pentingnya untuk mereka menilai setiap wakil rakyat dan pemimpin yang dipilih sebagai wakil rakyat," katanya.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Jelajah Bongkar anjuran UMNO Kedah yang turut dihadiri Mahdzir di sini, hari ini.

Johari berkata, banyak perkara penting dibincang pada program itu bagi memantapkan Jelajah Bongkar yang akan dilaksanakan.

"Misalnya, banyak janji yang dilontarkan waktu pilihan raya lalu, sama ada telah ditunaikan atau tidak itu rakyat kena nilai.

"Paling penting bila kita berdepan masalah rakyat contohnya banjir, Kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan RM13 juta.

"Saya nak tanya dengan UMNO bahagian ini dalam keadaan ramai rakyat terkesan, adakah mereka dapat bantuan daripada kerajaan negeri?

"Inilah antara isu yang kita bincang tadi dalam Jelajah Bongkar ini," katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata, asas program Jelajah Bongkar itu adalah menyampaikan fakta sebenar kepada rakyat di Kedah.

"Kita akan cakap benda betul kepada rakyat. Bukan retorik, bukan cerita pembohongan tapi cerita benar.

"Misalnya dalam hal berkaitan kebajikan rakyat dan bagaimana masa hadapan negeri Kedah.

"Adakah kita hanya nak duduk macam ini juga atau kita nak kena berubah kerana sebenar-benarnya yang tolong rakyat Kedah ketika ini kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1310041/jelajah-bongkar-platform-rakyat-kedah-nilai-prestasi-wakil-rakyat





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041574 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list