View: 58926|Reply: 27
|
Malaysia kekal dengan dasar tidak iktiraf 2 kewarganegaraan
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Malaysia kekal dengan dasar tidak mengiktiraf pemilikan lebih daripada satu kewarganegaraan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, sebarang keperluan mengenai pindaan dasar berkenaan akan dibuat sekiranya terdapat keperluan tertentu.
"Buat masa sekarang dasar itu kekal (tidak iktiraf dua kewarganegaraan), kita tidak mahu usik apa-apa lagi.
"Kalau nanti kita hadapi keadaan berbeza, apakah kita ke arah itu? Kita buat keputusan waktu itu," katanya ketika mengulas sama ada kerajaan sedia menyemak balik dasar tidak mengiktiraf dua kewarganegaraan.
Beliau berkata demikian pada sesi libat urus dan ramah mesra bersama ketua pengarang media di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Pengarang Berita Kanan BH, Sariha Mohd Ali dan Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj.
Sementara itu, Saifuddin berkata, sebanyak 17,400 permohonan kewarganegaraan berjaya diselesaikan setakat hari ini, sekali gus melepasi sasaran ditetapkannya.
"Saya letak satu penanda aras bahawa tahun ini iaitu saya sasarkan keputusan permohonan kewarganegaraan adalah 17,000.
"Hari ini kita cecah 17,400, baru Oktober dan saya ada dua bulan lagi… 80 peratus daripadanya (permohonan) adalah membabitkan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Mengenai isu bajau laut di Sabah, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sabah sentiasa mengambil inisiatif tertentu bagi membantu kumpulan itu.
Katanya, antara inisiatif dilaksana adalah membangunkan 100 rumah untuk memindahkan mereka dan bantuan pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk perladangan atau pertukangan.
"Anak mereka yang berada tanpa jagaan misalnya, ditempatkan di rumah jagaan dan Kerajaan Sabah serta badan bukan kerajaan (NGO) beri mereka pendidikan asas," katanya. – BERNAMA
Sumber: BH |
|
|
|
|
|
|
|
iols tak faham sesangat. Mcmana dgn warganegara luar baru2 ini yg dioffer-offer untuk jd warganegara malaysia, itu dikecualikan ye? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu: M. Nasir tersenyum sinis jap nape m. Nasir tersenyum lak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ia dibenarkan aku speku geng berduit ramai yang nak pegang passport HK seterusnya easy access ke UK citizenship.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg kat ireland bukan ke ramai msians dh jd rakyat sana & still pegang warga msia? Korg tau je kan? |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 12-10-2024 03:56 PM
Yg kat ireland bukan ke ramai msians dh jd rakyat sana & still pegang warga msia? Korg tau je kan?
Of course lah demi undi pos |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang declare ka? Yang haram memang lah ramai sebab tak kantoi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk dunia akan bersatu di bawah satu bendera yamg sama apabila chatgpt berbadan fizikal menguasai bumi kelak |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 12-10-2024 04:30 PM
Penduduk dunia akan bersatu di bawah satu bendera yamg sama apabila chatgpt berbadan fizikal menguas ...
Akak tak suka perempuan yang kuat membebel |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh set ke berapa patah perkataan waktu reply?
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 12-10-2024 05:23 PM
Tak boleh set ke berapa patah perkataan waktu reply?
Kita tanya sepatah, berperenggan-perenggan dibalasnya balik, stress akak tawww, lebih baik akak pergi mengail ikan |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 12-10-2024 05:18 PM
Akak tak suka perempuan yang kuat membebel
Kan blh request mintak jwb 3 patah perkataan je pun blh, dh knp nk suruh dia ckp ikut buku 1 building DBP? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi saya tengok di YouTube ramai sahaja warga Indonesia memiliki ic biru Malaysia dan juga masih memiliki ktp Indonesia. Mereka sendiri yang bagi tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pelik. Dwi-kewarganegaraan akan mengancam kedudukan melayu,raja melayu dan agama islam. Boleh pakai skrip ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 12-10-2024 07:35 PM
FOTHER-MUCKER replied at 12-10-2024 05:34 PM
Tapi saya tengok di YouTube ramai sahaja warga Indonesia memiliki ic biru Malaysia dan juga masih me ...
semuanya...bisa diatur di negara Malaydesh..pak-nusaraya |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia tanah tumpah darahku.
|
|
|
|
|
|
|
|
..bisa diatur kan, memang bisa! Dulu lama dah la iols ada tengok video di youtube. Pakcik ni orang Indonesia dan dia macam agak bangga la bercerita dengan 'pemirsa' pasal anak buah dia ni umur dalam 25 gitu ada ic biru tapi kan yang menjadi pemerhatian teliti iols ialah cara dan expressi muka anak buah dia pegang ic biru tu semacam dia sedang pegang (gambar) sambil tunjuk-tunjuk kat kamera..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 12-10-2024 05:34 PM
Tapi saya tengok di YouTube ramai sahaja warga Indonesia memiliki ic biru Malaysia dan juga masih me ...
Kalau mcm tu ko report je kt JPN.
Yg aku faham mcm ni, ada je negara yg iktiraf dual citizenship, mcm israel cthnye. Yg ni takde requirement pun suruh lucut kewarganegaraan lama , so ibaratnye ko bleh apply warganegara lama. Cuma kalau kantoi, negara kita ada undang2 tu utk auto lucut kewarganegaraan tu. So meh la kantoikan ramai2 diorg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa, Malaysian yg ada citizenship negara lain tu diorg tau je malaysia tak iktiraf dual citizenship ni. So kalau korang ternampak kat youtube ke ig ke fb ke, report la pada JPN. Golongan mcm ni bahaya sbnrnye. Kekdg dgn citizenship Malaysia tu la diorg bleh dpt harta kat Malaysia esp melalui pusaka, sedangkan diorg dh bukan warganegara. Tu blum lg bab voting, duk oversea bertahun2 tak penah bayar cukai kt malaysia tp gigih gak nk vote ntah sape sape. So please ye, esp geng leluhur yg suka menyamar jadi melayu tp jawa totok tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|